Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

A true Independence is a MUST in Borneo For Sabah and Sarawak.

Sabah (formerly known as North Borneo) and Sarawak MUST gain back its Freedom through a REAL Independence.

Monday 29 August 2016

Ketua Polis Malaya-DSP Chung Salah Guna Kuasa Diturunkan Pangkat Dan Dipindahkan Ke Sibu!

Kemenangan Pasukan S4S!!~Kejadian 722 di Serian!!!

Berita terkini: Penyalahgunaan kuasa oleh Ketua Polis Daerah Serian DSP Chung (Malayan) dengan menghalang Pasukan S4S meraikan Karnival 722 di Serian, telah dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kuching, pangkat jawatan beliau juga diturunkan.

Pihak berkuasa di Serian telah mengesahkan pangkat jawatan DSP Chung diturunkan, dan akan dipindahkan ke daerah Sibu ataupun balik ke Malaya.

Penduduk Serian rasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada pasukan S4S atas pertolongan besar ini dengan membantu mangsa-mangsa membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Kuching, menarik perhatian supaya pihak polis melanjutkan siasatan mereka.

Dengan ini, berakhirnya “Jajahan” ketua polis Malaya ini di Serian, beliau sudah cukup terkenal dengan tingkah laku yang berlagak “Bossy”, tutup tirai sajalah “Filem Aksi” beliau!

S4S sekali lagi Berjaya menamatkan misi mustahil !

Cayok! S4S!

Source: S4S

Mengapa 31 Ogos Perlu Diboikot Oleh Bangsa Negara Sabah dan Sarawak?

Ada sebab kenapa 31 Ogos 1957 dijadikan Tarikh Kemerdekaan Malaysia. Kerana itu adalah tarikh kemerdekaan Malaya. Kerana sudah tertulis di dalam Perlembagaan Malaysia 1976 bahawa Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada negeri-negeri dalam Malaysia. Dan Malaysia adalah Malaya. Pada pendapat Malaya, mereka betul. Berdasarkan fakta sejarah Malaya, mereka betul.

Malaysia adalah Malaya.

Ada sebab kenapa rakyat Sabah dan Sarawak wajib tidak boleh mengiktirafkan 31 Ogos 1957 sebagai Tarikh Kemerdekaan Malaysia.

Kerana... apa menda kemerdekaan Malaysia bermula dari tahun 1957 kalau nama Malaysia hanya ujud pada tahun 1963? Satu sahaja caranya 31 Ogos 1957 boleh menjadi Tarikh Kemerdekaan Malaysia. Caranya ialah Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian daripada negeri-negeri dalam Malaya untuk meraikan kemerdekaan Malaya. 

Malaysia adalah Malaya.

Cara seterusnya ialah, SabahSarawak mesti bersetuju Malaysia hanya lah nama baru bagi Malaya. Bersetuju setiap tahun. Bersetuju dengan suara lantang sambil mengibarkan Jalur Gemilang Malaya. Sambil mulut berbuih melafazkan Merdeka!

Malaysia adalah Malaya.

Kalau ada rakyat SabahSarawak meraikan 31 Ogos 1957 sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia maka tanpa awak sedari awak sudah memberi tanda bersetuju bahwa Malaysia adalah Malaya. Tandanya awak sebagai rakyat Sabah dan Sarawak sudah buat salah. Awak benar di mata Perlembagaan Malaya tapi di mata Perlembagaan Malaysia awak salah.

Kerana sudah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia 1963 bahawa Sabah dan Sarawak bukan lah sebahagian daripada negeri-negeri dalam Malaya.

Perkara ini tidak boleh disangkal lagi. Pada pendapat Borneo, kita betul. Berdasarkan fakta sejarah Borneo, kita betul. Merujuk kepada Malaysia Agreement 1963, kita adalah betul, sebetul-betulnya betul tiada lagi yang lebih betul daripada itu.

Malaysia bukan Malaya.

Malaysia Agreement adalah warkah perundangan teragung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dari tahun 1963 sehingga kini. Tiada Malaysia Agreement maka tiada lah Malaysia. 

Malaysia bukan Malaya.

Perlembagaan tahun 1976 pula hanya lah PINDAAN. Pindaan berat sebelah yang dibuat oleh Malaya, dipersetujui oleh Malaya dan diluluskan oleh Malaya dengan kuasa dua pertiga Parlimen. Dan kalau diletakkan bersebelahan dengan Malaysia Agreement 1963 maka Pindaan 1976 adalah tidak sah.

Malaysia bukan Malaya.

Memang benar Perlembagaan Malaysia adalah terbentuk berpandukan Perlembagaan Malaya. Tetapi ia tidak bermakna Malaysia adalah Malaya. Kerana dalam Perlembagaan Malaysia ada Malaysia Agreement yang memberi garis panduan bahawa Sabah dan Sarawak tidak perlu patuh pada Perlembagaan Malaya. SabahSarawak patuh pada Malaysia, bukan patuh pada Malaya.

Malaysia sama sekali bukan Malaya.

Malaysia Agreement masih hidup lagi dalam Persekutuan Malaysia, masih berjuang menentang asakan bertubi-tubi Perlembagaan Malaya yang mahu menjajah. Rakyat SabahSarawak pula yang kelihatan mudah mahu mengalah.

Kalau awak masih juga mahu meraikan 31 Ogos 1957 sebagai Tarikh Kemerdekaan Malaysia maka tidak salah kalau kami katakan awak adalah rakyat Malaya bukan rakyat Persekutuan Malaysia. 

Awak rakyat Malaya Pindaan 1976. Kami rakyat Malaysia yang Ori 1963. Dan kami rakyat Malaysia Ori masih memperjuangkan Malaysia Agreement. Dulu kini dan selamanya. Kerana kami sayang pada Persekutuan Malaysia. Perjuangan kami murni. Kami mahu bebaskan Persekutuan Malaysia dari cengkaman Malaya. Selepas kami berjaya baru lah mulut kami berbuih-buih melaungkan MERDEKA!



Tujuan Pembentukkan Malaysia Adalah Bertujuan Untuk Proses Dekolonisasi Untuk Negara Sarawak dan Negara Sabah

Tujuan pembentukan MALAYSIA ialah proses dekolonisasi untuk Sarawak dan Sabah dan seterusnya Sarawak dan Sabah akan MERDEKA.

MERDEKA di sini boleh dicapai dengan pelbagai cara. Contohnya;

1. Sarawak dan Sabah memilih (eg. Referendum, Pindaan Perlembagaan etc) untuk MERDEKA dan berdiri sendiri itu lah MERDEKA.

2. Sarawak dan Sabah memilih (eg. Referendum, Pindaan Perlembagaan etc) untuk kekal bersama Malaya di dalam Persekutuan MALAYSIA berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 itulah MERDEKA.

3. Sarawak dan Sabah memilih (eg. Referendum, Pindaan Perlembagaan etc) untuk kekal bersama Malaya di dalam Persekutuan MALAYSIA berdasarkan perjanjian baru itulah MERDEKA.

4. Sarawak dan Sabah memilih (eg. Referendum, Pindaan Perlembagaan etc) untuk "free association" dengan Malaya dengan pembentukan persekutuan atau unitary state etc itulah MERDEKA.

5. Sarawak dan Sabah memilih (eg. Referendum, Pindaan Perlembagaan etc) untuk membentuk Borneo Federation dan meluluskan Borneo Separation Agreement dengan Malaya, itulah MERDEKA.

6. Pelbagai cara lain etc etc

Pendek kata, MERDEKA boleh dicapai dengan pelbagai cara dan konsep atas KEHENDAK RAKYAT Sarawak dan Sabah. Sebab itu pembentukan MALAYSIA menggunakan Resolusi PBB 1541 yang FLEKSIBEL.

Faham, bisa.


Henti raikan ‘kemerdekaan’ Malaysia pada 31 Ogos

Meraikan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos adalah tidak betul kerana Malaysia tidak pernah dijajah atau dimerdekakan, sebaliknya Malaysia adalah Persekutuan baru yang dibentuk pada 16 September.

Oleh Dewitt Ferrer Motijun

Apabila tiba saja bulan Ogos pada setiap tahun, akan timbul persoalan tentang tarikh kemerdekaan Malaysia yang sebenar. Sesetengah pihak mendakwa Malaysia merdeka pada 31 Ogos, dan ada juga yang mempertikaikan tarikh tersebut dan mengatakan Malaysia sebenarnya hanya merdeka pada 16 September.

Harus diingat Malaya, Sabah dan Sarawak diperintah dan dikawal secara berbeza semasa zaman penjajahan British dan diberikan kemerdekaan secara berasingan. Persekutuan Malaya dimerdekakan British pada 31 Ogos 1957, manakala Sabah dimerdekakan pada 31 Ogos 1963. Sarawak pula mendapat kemerdekaan lebih awal daripada Sabah, iaitu pada 22 Julai 1963.

Fakta sejarah jelas menunjukkan Malaysia tidak pernah dijajah atau dimerdekakan kerana Malaysia adalah satu Persekutuan baru yang dibentuk bersama oleh Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya secara rasmi pada 16 September 1963 (Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia pada 1965). Persekutuan Malaysia dibentuk melalui Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.

Adalah jelas Malaysia sebagai satu Persekutuan baru hanya terbentuk pada 16 September 1963 dan bukannya 31 Ogos. Tidak ada “kemerdekaan” Malaysia yang harus diraikan pada setiap tahun kerana Malaysia dibentuk dan bukan dimerdekakan. Apa yang harus diraikan ialah Hari Malaysia pada 16 September.

Sekiranya kerajaan serius menyatukan rakyat dan membina satu Persekutuan bersatu dan stabil, kerajaan seharusnya memberi pengiktirafan yang lebih kepada tarikh 16 September dan berhenti meraikan “kemerdekaan” Malaysia pada 31 Ogos, sebaliknya hanya meraikan Hari Malaysia pada 16 September.

Penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi perayaan dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan tidak menyelesaikan isu ini, kerana yang menjadi persoalannya adalah tarikh 31 Ogos.

Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos adalah tidak betul kerana Malaysia tidak pernah dijajah atau dimerdekakan, sebaliknya Malaysia adalah Persekutuan baru yang dibentuk pada 16 September.

Sabah dan Sarawak tidak menyertai Persekutuan Malaya, sebaliknya bersama Malaya dalam membentuk Persekutuan Malaysia. Kerajaan perlu membuat keputusan menyambut hari kemerdekaan di dalam konteks Pembentukan Malaysia pada 1963.

Rakyat Malaysia harus rajin membaca untuk mengetahui kebenaran fakta sejarah, terutamanya Perjanjian Malaysia yang membawa kepada penubuhan Persekutuan Malaysia. Sejarah sudah tertulis dan kita tidak boleh mengubahnya.

Dewitt Ferrer Motijun ialah pelajar kajian politik dan pemerintahan di Universiti Malaysia Sarawak.

Lawyer questions how Malaysia can be 59

Priscilla Lau
SIBU: Displays and advertisements declaring that Malaysia will celebrate its 59th ‘ birthday’ have gotten lawyer Priscilla Lau perplexed.

She pointed out that Malaysia was only formed on Sept 16, 1963, making it 53 years old next month.
“Only Malaya is celebrating its 59 years of independence from Aug 31, 1957,” she stressed.

Lau said Sarawak just celebrated 53 years of independence on July 22, while Sabah, which gained independence on Aug 31, 1963, will celebrate its 53 years of independence on Wednesday.

“Aug 31, therefore, has no significance for us Sarawakians,” she said.

She reiterated that referring to Aug 31 as Malaysia’s Independence Day is inappropriate as there was no such thing as Malaysia’s independence.

Lau said her intention of bringing up the matter is to educate rather than criticise.

“An attitude of acceptance of a wrong will never right a matter. We must seek to right a wrong matter in every possible way so that our generations will not be ignorant of our history,” she said.

“History has already been written. We cannot seek to rewrite history through our ignorance of the truth.”

Source: Borneo Post

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...