Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

A true Independence is a MUST in Borneo For Sabah and Sarawak.

Sabah (formerly known as North Borneo) and Sarawak MUST gain back its Freedom through a REAL Independence.

Wednesday 2 August 2023

KAJIAN TUNTUTAN SABAH & SARAWAK KELUAR MALAYSIA (SSKM) DALAM MEDIA MASSA

 PROF MADYA DR. NIDZAM SULAIMAN, KITA UKM 

PROF MADYA DR. KARTINI ABOO TALIB @ KHALID, KITA UKM PROF MADYA DR. SUZANNA MOHAMED ISA FUU, UKM 

LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN JPNIN 

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL 2016 

Laporan Eksekutif: Kumpulan Kajian Tuntutan Sabah & Sarawak  Keluar Malaysia (SSKM) dalam Media Massa 

Dr. Nidzam Sulaiman, Dr. Kartini Aboo Talib, Dr Suzanna Mohammed Isa, UKM 


LATAR BELAKANG SSKM 

SSKM merupakan satu gerakan yang cuba mempengaruhi pemikiran ramai untuk mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Ia menggunakan facebook, mendakwa sebagai satu Pertubuhan Bukan Kerajaan atau NGO yang dipelopori oleh Doris Jones. Kumpulan ini melahirkan rasa tidak senang dengan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia dan mendakwa dua negeri ini tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari kerajaan pusat. Perjanjian penubuhan Malaysia diungkit kembali akan kesahannya.  


MEDIA DI MALAYSIA 

Dalam konteks kebebasan bersuara, terdapat kekangan kebebasan media di negara ini, membuatkan SSKM menggunakan media sosial yang lebih terbuka. Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Penyiaran dan lain-lain memberi ruang yang agak terhad. Ini menyebabkan karyawan menerbit dari luar Malaysia. 


ISU / FAKTOR 

Terdapat pelbagai faktor yang mendasari tuntutan SSKM ini seperti berikut (beberapa pilihan), 

1. Ketidakpuasan dalam Isu Royalti Minyak. SSKM berpandangan bahawa kerajaan Malaysia telah melanggar perjanjian hak royalti minyak. Kekayaan minyak Sabah & Sarawak sepatutnya menjadi negeri ini dan bukan menjadi hak ‘Semenanjung’.  

2. Isu pengagihan kekayaan yang tidak sama rata sehingga memberi impak kepada pembangunan Sabah dan Sarawak yang lebih ketinggalan berbanding dengan Semenanjung.  

3. Isu Malayanisasi dalam pengurusan pentadbiran. Kerajaan pusat didakwa melakukan dasar Malayanisasi sehingga pentadbiran dalaman dua negeri ini didominasi pegawai dari Semenanjung. 

4. Isu gagal mematuhi Perkara 20 (Sabah) & Perkara 18 (Sarawak): Kerajaan pusat didakwa telah melanggar Perkara 20 dan Perkara 18 apabila gagal melaksanakan apa yang telah dipersetujui.  

5. Perjanjian Malaysia telah melanggar perundangan antarabangsa, yang menyatakan hanya negara merdeka boleh menyertai perjanjian antarabangsa. Sabah dan Sarawak masih koloni Inggeris. 

6. Legitimasi wakil kepada rakyat Sabah dan Sarawak dalam perjanjian ini diragukan. Lima individu yang menandatangani untuk Sarawak – P.E.H Pike, Tun Jugah, Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Abang Haji Openg tidak mempunyai mandat rakyat Sarawak. 

7. Perjanjian Malaysia 1963 melanggar Artikel 5, United Nations Decolonisation Declaration 1960 (UNDD 1960) apabila Britain dan Malaya memindahkan kemerdekaan koloni Borneo kepada Malaysia tanpa memindahkan kesemua kuasa kepada rakyat terlebih dahulu.  

8. Suruhanjaya Cobbold dan United Nations Assessment Mission tidak dilakukan dengan sempurna apabila hanya menemui 4,000 penduduk daripada jumlah waktu itu 1.2 juta dan mendakwa menerima 2,200 memo dan surat orang ramai, sedangkan ramai yang tidak ditemui.  

9. Perjanjian Malaysia 1963 dianggap terbatal apabila berlaku pemisahan Singapura pada tahun 1965 tanpa persetujuan semua pihak termasuk tanpa rundingan dengan Sabah dan Sarawak.  

10. Sabah merasa tiga pihak saja dalam pejanjian Malaysia, iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan merasa kedudukan agak kuat sebagai satu pertiga. Namun seterusnya SSKM mendapati Malaysia telah melanggar konsep asal pembentukan Persekutuan tiga negeri apabila pentadbiran seterusnya menjadikan dua negeri ini sebahagian dari kumpulan 13 negeri.  


CADANGAN  

a) Pembangunan inklusif 

Usaha pembangunan inklusif perlu dilaksana secara agresif terhadap dua negeri ini dalam proses pembangunan Malaysia keseluruhan.  

b) Sejarah Untuk Semua 

Pusat perlu mengurangkan kawalan sehingga elemen asas federalisme hilang. Kuasa pusat yang berleluasa menjadikan negeri tidak mempunyai ruang luas untuk merancang pembangunan dalaman negeri. 

(c) Dikotomi pusat dan negeri – Perlembagaan 

Literasi mengenai dikotomi kuasa pusat dan negeri ini harus dikongsi dan difahamkan kepada rakyat Malaysia. Ia harus dilihat sebagai perbezaan kawasan secara geografi sahaja, bukan diikuti dengan perbezaan layanan, peruntukan, kekayaan dan sebagainya.  

(d) Mengambil perhatian tuntutan peruntukan dan peningkatan biaya atas nama keterpinggiran, bukan kerana keistimewaan. 

(e) Kadar 5% royalty minyak sebaiknya dirunding semuala untuk memberi kewajaran kepada hak negeri.  


KESIMPULAN 

Tuntutan SSKM setakat ini masih kencang dan tidak menampakkan akan berhenti. Kerajaan Malaysia mempunyai pelbagai pilihan untuk menangani perkara ini dan setakat ini mengambil pendirian memerhati sahaja dahulu. Pihak SSKM harus rasional dan professional dalam melaksanakan tuntutan. Manipulasi sentimen etnik, agama dan lain-lain unsur sensitif tidak akan membantu.



Source: JPNIN


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...