Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

A true Independence is a MUST in Borneo For Sabah and Sarawak.

Sabah (formerly known as North Borneo) and Sarawak MUST gain back its Freedom through a REAL Independence.

Wednesday 10 June 2015

Penerangan Ringkas Mengenai Gempabumi Ranau

Gempabumi merupakan gegaran bumi hasil pelepasan tenaga yang sangat cepat. Gelombang seismos bergerak pada semua arah daripada punca yang dikenali sebagai fokus. Titik pada permukaan bumi diatas fokus ini dikenali sebagai pusat gempabumi. Misalnya pusat gempabumi semalam didapati berdekatan puncak Gunung Kinabalu.  Ini bermakna fokus gempabumi terletak dibawah pusat ini. Dalam kes ini, fokus gempa berada sekitar 10 km dibawah. Inilah sebabnya berlaku tanah runtuh besar di gunung.

Gempabumi biasanya berlaku sepanjang sesar (retakan memanjang) dalam bumi sewaktu pembalikan elastik (elastic rebound). Bayangkan kita ambil pembaris plastik dan kita bengkokkannya. Selepas tahap tertentu ia akan patah dan seterusnya melepaskan tenaga yang disimpan olehnya. Batuan di dalam bumi pun berkelakuan begini.

Ada tiga jenis sesar, iaitu sesar mendatar (pergerakan horizontal), sesar naik dan sesar turun (pergerakan tegak). Dalam kes gempa di Ranau semalam, ia dihasilkan oleh sesar normal bertrend timurlaut-baratdaya.

Selepas gegaran besar beberapa gegaran kecil, dikenali sebagai "aftershocks" atau gempa susulan berlaku semasa kerak bumi mengalami pengubahsuaian. Kadang kadang terdapat gegaran kecil mendahului gegaran besar dikenali sebagai "foreshocks". Setakat ini terdapat 33 gempa susulan yang direkod oleh Jabatan Metereologi akibat gempabumi semalam.

Sekitar 80% gempabumi berlaku di Jalur Lingkaran Pasifik, hasil dari pertembungan plet bumi. Yang lain berlaku di luar jalur yang dikaitkan dengan sesar rantau yang masih aktif.

Seismik merujuk kepada gelombang tenaga yang dilepaskan selepas berlaku gempabumi. Ada tiga jenis gelombang seismik, iaitu gelombang mampatan dikenali sebagai P (Primer), gelombang ricih S (Sekunder) dan gelombang permukaan. Gelombang P adalah yang paling laju dan bergerak kedepan dan kebelakang, seperti "spring" kereta. Ini yang membuat kita merasa terayun dan pening bila gempa sampai di lokasi kita. Gelombang S pula bergerak turun dan naik, sementara gelombang permukaan bergerak dati kiri dan kanan. Kita-tiga gelombang ini akan dirasai hampir serentak kalau kita berada berdekatan dengan pusat gempabumi.

Kejadian gempabumi di Ranau berkait dengan kehadiran sesar aktif. Sesar aktif ini digerakkan kerana Sabah masih menerima tenaga mampatan dari interaksi 3 plet utama. Sebenarnya Sabah terletak pada tenggara Plet Eurasia. Di sebelah timur terdapat Plet Filipina-Pasifik. Plet ini bergerak sekitar 10cm per tahun kearah barat bertembung dengan Plet Eurasia.  Di bahagian selatan Plet Australia bergerak kearah utara dengan kelajuan sekitar 7 cm per tahun. Sempadan pertembungan plet inilah adalah yang paling aktif dan tidak stabil. Gempabumi bermagnitud besar sampai M8 boleh terjadi selain berlaku gunung berapi. Walaupun Sabah terletak sekitar 1000km dari jalur pertembungan plet, ia masih menerima tenaga mampatan jarak jauh ini. Makin jauh dari jalur bahaya ini, makin kurang kesannya. Oleh kerana Sabah paling dekat dengan Filipina dan Indonesia (Sulawesi), maka ia menerima kesan yang lebih serius berbanding dengan Sarawak dan Semenanjung. Aktivi mampatan di Sumatra yang memberi kesan kepada Semenanjung.

Di Ranau terdapat intrusi batuan igneus akibat mampatan oleh interaksi tiga plet diatas. Intrusi batuan yang lebur ini juga satu cara untuk melepaskan tenaga tersimpan melalui sesar aktif. Jadi di Ranau bukan terjadi volkano, seperti yang dipercayai orang ramai. Maka itu Gunung Kinabalu tidak akan meletup. Volkano hanya terdapat di Tawau dan Semporna, dimana pernah berlaku letupan beberapa puluh ribu tahun dahulu. Kawa volkano  masih kelihatan di Tawau.

Intrusi batuan igneus Gunung Kinabalu berlaku sekitar 7-8 juta tahun dahulu. Kini ia sudah sejuk di permukaan tapi masih ada sisa haba di bahagian dalam (beberapa km). Air panas Poring mendapat sumber haba dari ini apabila air hujan masuk dalam bumi melalui sesar-sesar yang masih aktif.

Semasa gempabumi semalam, air panas poring menjadi sangat keruh selama beberapa jam. Gegaran gempabumi nampaknya telah mengeluarkan mineral lempung yang terendap dicelah celah sesar ini. Akibatnya pengaliran air panas Poring lebih lancar dan lebih panas.

Gegaran kuat seperti yang berlaku semalam akan terus berlaku, apabila tenaga yang tersimpan sudah melebihi kemampuan bumi untuk menyimpannya. Ini biasanya berlaku secara berkala. Dalam kes gempabumi Ranau, ia berlaku sekitar 25 tahun. Yang pertama dalam ingatan kita berlaku pada tahun 1966 dengan magnitud 5.3. Yang kedua pada tahun 1991 bermagnitud 5.2 dan terkini pada tahun 2015. Kitaran ini anggaran saja, sebab rekod sejarah gempabumi di Sabah belum cukup panjang.

Sumber: Prof. Felix Tongkul, Pensyarah Geologi, UMS. 6/6/2015

NEGARA SABAH MEMPUNYAI GUNUNG BERAPI! TAPI BUKAN GUNUNG KINABALU

Gunung Maria di Tawau merupakan sebuah gunung berapi tidak aktif. Malaysia memiliki gugusan gunung berapi, itu adalah fakta yang tidak mungkin anda temui di dalam buku teks di sekolah. Hanya kajian lanjut diperingkat pengajian tinggi mendedahkan perkara ini. Semenanjung Semporna bertapak di atas gugusan lapisan tebal batuan yang mengalir di bawahnya aliran lava dan batuan gunung berapi. Kajian topography menunjukkan kawasan di bahagian Tenggara, Sabah itu meliputi pergunungan Andrassy, Lucia, Maria, Wullersdorf dan Magdalena terbentuk mengunjur dari gugusan gunung berapi dari rantau Sulu, Filipina. 

Gunung ini diberi nama Gunung Maria, dikelaskan sebagai gunung berapi tidak aktif terletak di wilayah Bombalai, dalam daerah Tawau dengan ketinggian 1,067 meter dari aras laut Gunung Maria adalah jenis gunung berapi "Pyroclastic Cone" dan berstatus "Perholecene" iaitu berusia melebihi 12,000 tahun. Terdapat banyak gunung dan bukit kecil di dalam gugusan gunung berapi di Tawau termasuklah Bukit Gemok. Bukit Gemok umumnya adalah sebuah bukit curam disamping beberapa dataran landai. Puncak bukit ini berada di paras 396m dari aras laut.

Terdapat banyak gunung berapi tidak aktif di daerah Tawau termasuklah:-
- Gunung Tiger
- Gunung Bombalai
- Gunung Andrassy
- Gunung Maria
- Gunung Lucia
- Gunung Magdalena
- Quion Hill
- Gunung Wullersdorf
- Gunung Tagasan
- Gunung Glas
- Tengah Hill
- Kukusan Hill

Gunung berapi tidak aktif berhampiran Semporna ialah Gunung Pock dan Gunung Conner. Pulau Boheydulong dan Pulau Tetagan dekat Semporna juga merupakan sebahagian dari gugusan gunung berapi tidak aktif. Gunung Magdalena berketinggian 1,208 meter dari aras laut merupakan gunung tertinggi di gugusan itu.

Sumber: Geology UMS

Hikmah disebalik kejadian Bogel di Puncak Gunung Kinabalu

Disini, ingin pihak SSKM-SSU(UK) mencadangkan dan menyarankan kepada pihak Persatuan-persatuan Etnik yang ada di Negara Sabah untuk menyenaraikan adat budaya dan pantang larangan masing-masing untuk diwartakan sebagai satu Peraturan yang mesti dihormati dan dipatuhi di Negara Sabah. Ia kan berfungsi sebagai perisai dan kekebalan kepada etnik-etnik Orang Asal. 

Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang dan juga Sogit mengikut Makhamah Anak Negeri.

Melalui cara ini, semua adat budaya dan pantang larang etnik masing-masing akan mendapat pengiktirafan daripada semua pihak. Ini juga akan membantu Tourists Guide Sabah untuk memberikan pendidikan dan panduan umum kepada pelancong-pelancong asing dibawah jagaan dan tanggungjawab mereka tentang apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat agar perbuatan-perbuatan yang menjadi larangan adat budaya dan pantang larang etnik-etnik di Negara Sabah dihormati dan dipatuhi.

Dengan cara ini juga, ia mampu membendung perbuatan yang menjadi larangan dan pada masa yang sama ia memartabatkan kebudayaan dan adat resam nenek moyang Orang-orang Asal. Tambahan lagi, ia juga akan mampu berfungsi untuk menangkis sebarang cubaan untuk menghilangkan identiti dan keunikan yang sangat istimewa etnik-etnik Negara Sabah.

Perlu diingatkan juga bahawa pengamalan kebudayan dan adat resam perlu mendapat persetujuan bersama dikalangan etnik masing-masing agar ia tidak bertentangan dengan kepercayaan agama (kepada mereka yang memiliki agama).

Lain daerah, lain adat dan budayanya maka kerjasama pelbagai pihak perlu diberikan dalam menjayakan usaha ini demi kebaikan bersama.

Adat dan Kebudayaan ini merupakan identiti yang tidak boleh sesekali dihilangkan kerana jikalau ini berlaku, maka dunia tidak akan mampu mengenali etnik dan kebudayaan anda.

Selain itu, antara adat dan budaya Orang Asal Negara Sabah yang mesti diperkuatkan dan dipertahankan ialah "Pembukaan Tanah Kosong" untuk tujuan penanaman. Bukankah didalam adat dan budaya Orang Asal khususnya KDMR, aktiviti dan kegiatan pembukaan Tanah Kosong ini adalah sebahagian daripadanya? Apabila pembukaan Tanah Kosong ini berlaku, secara langsung, ia akan menjadi milik kepada si Peneroka. 

Dengan itu, kerajaan mahupun syarikat asing tidak boleh sewenang-wenangnya merampas kawasan tanah yang telah diusahakan oleh Orang Asal. Ia perlulah melalui pengadilan Makhamah Anak Negeri Sabah yang bertanggungjawab memberikan pengadilan dalam isu-isu budaya dan adat resam ini. Pampasan yang sewajarnya mesti diberikan jikalau pihak kerajaan berkeras untuk mengambil kawasan yang telah diteroka. Pihak kami yakin bahawa perkara ini sememangnya telah dipraktiskan tetapi sejauh manakah perkara ini mendapat pembelaan secara adil itu yang menjadi persoalan.

Semoga cadangan ringkas ini mampu membantu rakyat dan Kerajaan Negara Sabah khususnya untuk membuat penambahbaikan untuk masa depan agar perbuatan yang tidak senonoh seperti apa yang berlaku di Gunung Kinabalu dapat dielekkan dan nasib Orang Asal mendapat pembelaan sewajarnya mengikut peruntukan Adat dan Budaya yang dipraktiskan di Negara Sabah.

Sabah quake: ‘Sorrowful’ atmosphere on mountain, says guide who led students on trip

SINGAPORE — Adventure guide Mohamad Amin Mohamad Nor, 29, who had led the fateful trip that the Tanjong Katong Primary School (TKPS) teachers and students made to Mount Kinabalu, had a recurring thought for the past two days as he stayed behind in Sabah to tie up the loose ends, including transporting home the trekkers’ personal belongings.

“What’s in my mind ... was it was me who brought them out (to Mt Kinabalu), I want to help to bring them all back ... Being the group leader who brought 39 others out with me, but I don’t have all of them back together with me … the feeling is just …” said Mr Amin, his voice breaking off mid-sentence.

Six TKPS Primary 6 students and one teacher were killed by the earthquake which struck on Friday morning. Mr Amin’s colleague, Muhammad Daanish Amran, 22, was among the fatalities.

Mr Amin, who was greeted by family and friends when he touched down at Changi Airport yesterday, was among three Camp Challenge guides who went on the trip with the TKPS trekkers.

He decided to return home on Sunday night to settle the administrative matters after completing his duties on Mount Kinabalu. Mr Amin, who has a decade of experience in guiding adventure tours, described the atmosphere on the mountain as “sorrowful”.

He can still vividly remember what happened when the earthquake struck. He had just finished helping some TKPS students — who were about to start on the Via Ferrata route — put on their helmets and harnesses, and had said goodbye. Back in his room, he felt the hut where the group was staying shake violently, and he ran out to the lounge area. “I was able to see a small part of the Via Ferrata (route) and there were big rocks rolling down. I knew the kids were already up there,” said Mr Amin.

Having little time to let what he saw sink in, he rushed back into the hut to ensure the safety of the other students.

Mr Amin said he will fondly remember the months of pre-trip training with the “energetic and lively” TKPS pupils. “I will still go along on such adventure trips in future, but taking along kids … I’m not sure … maybe,” he said. NG JING YNG

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...