Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

A true Independence is a MUST in Borneo For Sabah and Sarawak.

Sabah (formerly known as North Borneo) and Sarawak MUST gain back its Freedom through a REAL Independence.

Wednesday 19 November 2014

Sulu tiada hak ke atas Sabah berdasarkan keputusan tuntutan di ICJ, kata Majlis Peguam

KUALA LUMPUR, 10 Mac — Kesultanan Sulu tidak mempunyai hak untuk menuntut Sabah kerana keputusan dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda memihak kepada Putrajaya apabila berlaku pertindihan tuntutan Pulau Sipadan dan Ligitan dengan Jakarta yang diputuskan pada tahun 2002.

Menurut naib presiden Majlis Peguam Christopher Leong, keputusan itu sekaligus mengiktiraf Sabah dan pulau-pulau disekitarnya sebagai sebahagian dari Malaysia.

"Jika kita merujuk perkara sebelum ini, Kesultanan Sulu, dalam tindakannya dari 19 April 1851 hingga 26 Jun 1946 telah melepaskan hak, kepentingan dan penguasaannya terhadap Borneo Utara, atau kini dikenali sebagai Sabah," kata Leong dalam sidang media yang ditulis di laman web Majlis Peguam hari ini.

Menurut Leong, terdapat banyak perjanjian, di antaranya perjanjian antara Kesultanan Sulu dan Sepanyol pada 19 April 1851, dan disahkan oleh Protokol pada 22 Julai 1878 sebagai menjadi sebahagian dari jajahan Sepanyol.

Kemudian, British, Sepanyol dan Jerman telah menandatangani satu perjanjian menentukan sempadan masing-masing 7 Mac 1885, di mana Madrid melepaskan semua jajahannya di Borneo kepada London, yang bagaimanapun ditadbir Syarikat Borneo Utara British (SBUB).

Borneo Utara, yang kini sebagai Sabah merupakan sebahagian dari Kesultanan Sulu, yang kemudiannya dipajakkan kepada Baron von Overback dan Alfred Dent, yang membentuk SBUB, sehingga 26 Jun 1946, setahun selepas tamat perang dunia kedua, di mana syarikat tidak mampu untuk membangunkan semua prasarana dan diserahkan kepada kerajaan British.

British, pada 9 Julai 1963 menandatangani perjanjian dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk menyerahkan Borneo Utara, Sarawak serta Singapura untuk menyertai Malaysia, selepas Suruhanjaya Cobbold mendapati penduduk di kawasan tersebut mahu menyertai Malaysia, yang kemudiannya dibentuk pada 16 September 1963.

Pulau Sipadan dan Ligitan adalah dua pulau bertindih di timur laut Sabah, di Laut Celebes yang hampir dengan sempadan Indonesia-Malaysia.

Dalam masa sama Leong juga mahu anggota keselamatan negara untuk menguruskan keselamatan di samping terus komited dengan hak asasi manusia dalam situasi di Lahad Datu.

Majlis Peguam juga mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dalam menangani penceroboh di Lahad Datu.

malaysia TIDAK pernah merdeka!

MALAYSIA tidak pernah merdeka. Mengapa? Pernahkah Malaysia dijajah? TIDAK! Apa yang perlu disambut ialah Hari Malaysia (Malaysia Day) pada 16 September setiap tahun.

Bukankah dengan mengatakan Malaysia Merdeka, ia membawa erti seolah-olah Malaysia pernah dijajah oleh kuasa asing? Kalau betul Malaysia dijajah, siapakah yang telah menjajah Malaysia?

Setahu saya, hanya North Borneo (Sabah), Sarawak, Singapore dan Malaya sahaja yang pernah dijajah oleh kuasa asing iaitu British. Pada 31 Ogos 1957 adalah hari kemerdekaan Malaya yang bebas daripada kuasa asing manakala Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 dan Sarawak pada 22 Julai 1963.

Maka, jangan keliru akan perkara ini yang telah diputar belitkan oleh kerajaan Malaya kerana 'Malaysia' adalah nama yang dipersetujui oleh empat buah negara yang ingin membentuk negara bersekutu.

Walaupun sebelum itu, Malaya ingin mengunakan nama Melayu Raya dalam persekutuan ini (konsep yang dicuri daripada Indonesia yang berkeinginan untuk mewujudkan negara Indonesia Raya) tetapi tidak diterima oleh 3 buah negara kerana ia lebih mengambarkan Kemelayuan.

Maka, sedarlah akan hal ini. Kibarkan bendera Negara Sabah / bendera Negara Sarawak dan bukan bendera Jalur Gemilang kerana jikalau anda sedari, itu adalah bendera penjajah!

Oleh itu, saya menyeru anda sekalian yang menggelarkan diri mereka 'Anak Sabah', Anak Sarawak, 'Bangsa Negara Sabah', 'Bangsa Negara Sarawak', 'Bangsa yang Merdeka dan Berdaulat' dan 'Bangsa yang Berani' untuk bersama-sama kibarkan bendera Negara Sabah, bendera Negara Sarawak sebanyak yang mungkin di halaman rumah, kampung atau sekitar tempat tinggal anda untuk menghidupkan semangat Kemerdekaan yang telah diberikan kepada kita oleh pihak British pada 31 Ogos 1963 (Sabah)/ 22 Julai 1963 (Sarawak).

Tarikh inilah yang mesti kita pertahankan walau apa cara sekalipun. Jangan cuba menafikan kenyataan ini kerana ini adalah fakta! Maka, mari kita bersama-sama menyambut hari Kemerdekaan kita. Kemerdekaan Negara Sabah (North Borneo) / Negara Sarawak kerana kita sekali Merdeka, selamanya MERDEKA!

Sebarkan...

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...