Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

A true Independence is a MUST in Borneo For Sabah and Sarawak.

Sabah (formerly known as North Borneo) and Sarawak MUST gain back its Freedom through a REAL Independence.

Saturday 18 July 2015

Majoriti Orang Islam Di Negara Sabah Bukan Orang Melayu

"Ia sebenarnya merupakan satu strategi manipulasi propaganda politik bn-umno yang kotor kerana ia bersembunyi disebalik nama etnik dan agama" ujarnya. Tegas beliau, "definisi perlembagaan ini tidak boleh digunapakai di Borneo iaitu di negara Sabah dan negara Sarawak. Ini kerana, definisi ini hanya dihadkan atau merangkumi kepulauan tanah melayu sahaja iaitu di malaya."

LONDON, 17 Julai 2015: Doris Jones telah mempersoalkan tentang takrifan "melayu" mengikut definisi perlembagaan persekutuan malaya yang juga dikenali sebagai perlembagaan persekutuan malaysia.

Didalam pos beliau, perkongsian mengenai takrifan ataupun definisi "melayu" telah menyatakan bahawa didalam Artikel 160 Perlembagaan Malaysia menurut Perkara 160 (2), orang melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura.

Beliau menerangkan bahawa takrifan ataupun definisi tersebut adalah tidak kena mengena dengan lebih 40 etnik di negara Sabah. Penganut Islam di negara Sabah tidak semestinya melayu dan tidak semestinya mengamalkan adat budaya melayu kerana etnik-etnik di negara Sabah memiliki amalan adat dan budayanya sendiri sejak turun-temurun lagi.

Didalam penjelasan ini, beliau telah menjelaskan lagi bahawa sebenarnya rakyat negara Sabah telah dikelirukan dan disesatkan oleh pemimpin-pemimpin barisan nasional dan umno yang ingin mendapatkan sokongan daripada rakyat negara Sabah yang beragama Islam melalui definisi perlembagaan ini yang kononnya melayu di negara Sabah harus menyokong perjuangan politik barisan nasional dan umno kerana perjuangan ini adalah untuk menjaga kepentingan mereka.

 "Ia sebenarnya merupakan satu strategi manipulasi propaganda politik bn-umno yang kotor kerana ia bersembunyi disebalik nama etnik dan agama" ujarnya. Tegas beliau, "definisi perlembagaan ini tidak boleh digunapakai di Borneo iaitu di negara Sabah dan negara Sarawak. Ini kerana, definisi ini hanya dihadkan atau merangkumi kepulauan tanah melayu sahaja iaitu di malaya."

"Kebenaran kenyataan ini dapat dibuktikan dengan jelas sekali melalui definisi "persekutuan" perlembagaan malaysia itu sendiri", ujarnya. "Persekutuan" melalui definisi perlembagaan malaysia adalah merujuk kepada "persekutuan yang dibentuk pada tahun 1957" iaitu pada 31 Ogos 1957 yang mana kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) telah mendapat kemerdekaan daripada kerajaan British.

Oleh itu, beliau telah menyeru kepada semua etnik-etnik Orang Asal Sabah (Natives Sabahan) khususnya agar tidak diperbodohkan dan tidak disesatkan melalui kefahaman songsang ini. Setiap etnik di negara Sabah yang beragama Islam dan berada didalam kategori Orang Asal seperti Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Bajau, Suluk, Tidung, Ubian, Sungai dan seterusnya haruslah bertanggungjawab didalam menjaga identiti etnik dan kebudayaan mereka masing-masing. Ini kerana, sebarang pengakuan ataupun deklarasi yang mengatakan diri mereka adalah etnik "melayu" di negara Sabah, dengan secara automatiknya, mereka akan terkeluar daripada senarai Orang Asal dan ini secara langsung, mereka tidak berhak untuk mendapatkan keistimewaan yang telah diperuntukkan dan dikhaskan kepada Orang Asal (Natives) didalam Perlembagaan Negara Sabah.

Ini kerana, perlembagaan negara Sabah tidak mengiktiraf melayu sebagai Orang Asal negara Sabah. Melayu adalah berada didalam kategori "Orang Bukan Asal ataupun Non-Natives".

Maka, melalui laporan statistik kependudukan negara Sabah yang telah mencatatkan peningkatan "melayu" di negara Sabah mesti dikecualikan daripada memperolehi hak-hak Orang Asal kerana mereka tergolong didalam kategori "Bukan Orang Asal ataupaun Non-Natives". Segala pemilikan tanah yang diperolehi atas nama Orang Asal haruslah ditarik balik.

Namun, jikalau mereka yang berada didalam kategori "melayu" ini telah menukar semula status etnik mereka kepada etnik sebenar mereka yang terdiri daripada Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Bajau, Suluk, Tidung, Ubian dan seterusnya, maka mereka berhak untuk mengekalkan keistimewaan tersebut.

Apabila ditanya tentang kenyataan beliau ini, ia mengatakan bahawa beliau termasuk dengan pemimpin-pemimpin yang berjiwa Patriotik sedar bahawa terdapat usaha-usaha kotor, hina dan jijik daripada kerajaan persekutuan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia melalui sokongan barua-barua malaya yang ingin memalayunisasikan etnik-etnik Orang Asal Sabah yang beragama Islam.

Katanya, "adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya untuk setiap rakyat negara Sabah yang sedar akan strategi politik bn-umno yang kotor, hina dan jijik ini dihentikan sepenuhnya melalui kerjasama setiap etnik Orang Asal (natives) Sabah. Ini kerana, kita tidak mahu kehilangan mana-mana etnik-etnik Orang Asal negara Sabah. Kita mahu mempertahankan identiti, adat dan kebudayaan mereka tanpa sebarang penyesatan identiti mereka kerana itulah keunikan setiap etnik di negara Sabah. Jikalau tidak, etnik Orang Asal yang beragama Islam ini akan hilang ditelan oleh pengkhianat-pengkhianat bangsa negara Sabah yang mempunyai kepentingan politik semata-mata."

Beliau menegaskan bahawa "kenyataan ini adalah berdasarkan kepada sudut perundangan Perlembagaan negara Sabah dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tambahannya lagi, jika ada sesiapa merasakan bahawa maklumat ataupun penerangan yang diberikan ini adalah salah, sila kemukakan hujah dengan kenyataan yang kukuh".

Laporan ini disampaikan oleh Reporter Borneo Nationalist.

Negara Sabah dan Negara Sarawak Tidak Terikat Dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Tambahannya lagi, Perlembagaan Persekutuan yang wujud sekarang sebenarnya adalah Perlembagaan asal Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang diwujudkan sebelum malaya mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Beliau juga berkata, ini dapat dibuktikan dengan jelas bahawa definisi "Persekutuan" itu sendiri telah membawa maksud "Persekutuan yang dibentuk pada tahun 1957".

LONDON, 17 Julai 2015: Doris Jones yang merupakan pemimpin kepada sebuah organisasi sosial didalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini sudah berdaftar secara sah dibawah bidang kuasa perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) dengan nama Sabah Sarawak Union (SSU-UK) telah menimbulkan beberapa persoalan tentang kesahihan perlembagaan persekutuan malaysia sehingga menjadi perbualan yang hangat dikalangan pengguna sosial halaman Facebook.

Didalam kenyataannya, beliau mempersoalkan tentang bagaimana Sabah mahupun Sarawak boleh tertakluk kepada perkara-perkara dalam Perlembagaan yang diwujudkan sebelum pembentukkan Malaysia.

Menurutnya, Perlembagaan Malaysia yang juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara adalah merupakan undang-undang yang tertinggi di Malaysia. Namun, ujarnya, ia sebenarnya merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang telah merdeka pada tahun 1957. 

Penjelasan kepada kenyataannya menerangkan bahawa sebelum terbentuknya Persekutuan Malaysia, sebuah Perlembagaan Baru Persekutuan Malaysia yang dibentuk pada tahun 1963 perlulah diwujudkan seperti mana yang disarankan didalam laporan Inter-Governmental Committee (IGC) namun pemimpim kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) pada ketika itu yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan untuk menggunakan terlebih dahulu Perlembagaan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sementara sebuah perlembagaan baru akan diwujudkan nanti. Namun, sehingga kini, perlembagaan baru tersebut tidak pernah wujud. 

Tambahannya lagi, Perlembagaan Persekutuan yang wujud sekarang sebenarnya adalah Perlembagaan asal Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang diwujudkan sebelum malaya mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Beliau juga berkata, ini dapat dibuktikan dengan jelas bahawa definisi "Persekutuan" itu sendiri telah membawa maksud "Persekutuan yang dibentuk pada tahun 1957".

Persoalan yang timbul daripada definisi tersebut ialah, adakah negara-negara di Borneo pada ketika itu iaitu North Borneo (kini negara Sabah) dan negara Sarawak telah menyertai Persekutuan Tanah Melayu? Jawapannya adalah Tidak, katanya.

Beliau menegaskan lagi bahawa pada ketika malaya mencapai kemerdekaannya, negara North Borneo dan negara Sarawak masih lagi merupakan Tanah Jajahan Makhota British sehingga pada tahun 1963. Jadi, dimanakah logiknya kesahihan akan penggunaan perlembagaan ini, ujarnya.

Definisi "Persekutuan" menurut Perlembagaan negara Sabah dan negara Sarawak memberikan pengertian "Persekutuan yang dibentuk semasa dan selepas Malaysia Day". Malaysia Day yang dimaksudkan didalam Perlembagaan kedua-dua negara Borneo ini adalah merujuk kepada tarikh terbentuknya Persekutuan Malaysia melalui Deklarasi Rasmi pada 16 September 1963. Beliau mempersoalkan lagi tentang bagaimana definisi "persekutuan" ini saling bercanggah antara satu sama yang lain.

Dalam erti kata lain, beliau menegaskan bahawa jikalau undang-undang yang tertinggi ini sudah memberikan definisi yang salah, maka perjuangan Sabah Sarawak Union (SSU-UK) adalah sah disisi undang-undang didalam mempersoalkan kesahihan perlembagaan dan pada masa yang sama perjuangan kearah kemerdekaan sebenar negara Sabah dan negara Sarawak melalui perpisahan daripada persekutuan malaysia adalah tidak menyalahi undang-undang sama sekali. Ini juga jelas dinyatakan didalam laporan Cobbold Commission yang mengatakan bahawa "mana-mana negara yang menyertai persekutuan ini dengan secara sukarela mempunyai hak intrinsik (hak dalaman) untuk berpisah daripada persekutuan jikalau mereka mendapati bahawa persekutuan ini tidak memberikan manfaat kepada mereka". Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Lord Cobbold dan disokong sepenuhnya oleh Sir Landowsne dengan tidak memasukkan larangan berpisah didalam Perjanjian Malaysia yang telah ditandagani pada 9 Julai 1963.

Laporan ini disampaikan oleh Reporter Borneo Nationalist.

S4S desak Ketua Polis Sarawak letak jawatan

Negara Sarawak: Gerakan 'Sarawak For Sarawakian' (S4S) mendesak Ketua Polis Sarawak agar meletak jawatan berikutan larangan perarakan yang bakal diadakan pada 22 Julai ini.

Menurut status laman sosial Facebook salah seorang ketua gerakan S4S ini, Datuk Muhammad Sabtu mesti meletak jawatan diatas ketidakcekapan beliau dalam menjalankan tugas dan ia memberi imej buruk kepada PDRM.

Selasa lepas, Ketua Polis Sarawak mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa PDRM tidak membenarkan perarakan diadakan pada 22 Julai yang mana sebelum itu permohonan tersebut telah dibuat oleh NGO Sarawak Dayak Iban Association (SADIA).

Dalam kenyataan media tersebut, Datuk Muhammad Sabtu juga menegaskan bahawa sebarang aktiviti yang boleh mendatangkan kesesakan jalan atau mengganggu hak orang awam adalah dilarang.

Kenyataan tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati pihak S4S kerana menurut mereka, terdapat dua perhimpunan bakal diadakan sempena memperingati hari kemerdekaan Sarawak.

Akan tetapi, Ketua Polis Sarawak cuma membenarkan perhimpunan yang bakal diadakan pada 19 Julai.

Senario ini telah mendatangkan beberapa reaksi termasuk cadangan ahli S4S mahu Ketua polis Sarawak digantikan dari golongan rakyat tempatan Sarawak.

Menurut sumber SarawakLIVE, kedua-dua perhimpunan serta perarakan ini dianjur oleh kumpulan yang sama; diketuai oleh Peter John Jaban dan Yeu Beng Kang (Beng Kor atau Freeman).

Persekutuan Malaysia HANYA WUJUD pada 16 September 1963 dan BUKAN pada 31 Ogos 1957!

Adakah anda masih tidak faham??? Mengapa tidak menggunakan Perjanjian Persekutuan Malaysia 1963? Untuk menggunakan perjanjian Persekutuan Malaysia 1963, sebuah Perlembagaan Baru yang terdiri daripada Negara Sabah, Negara Sarawak, Negara Singapura dan malaya (yang terdiri daripada 11 negeri) perlulah diwujudkan. Pemimpin malaya yang dahulu diketuai oleh tunku abdul rahman mengatakan gunakanlah dahulu perlembagaan malaya dan nanti perlembagaan baru akan diwujudkan. Sehingga kini, tiada sebarang usaha untuk mewujudkan perlembagaan Persekutuan Malaysia. Yang ada hanyalah perlembagaan malaya bertopengkan malaysia. 

Adakah susah sangat untuk anda memahami perkara ini?

Perlembagaan malaya tidak mampu mengikat Negara Sabah mahupun Negara Sarawak kerana dasar perjanjian tidak dipatuhi sepenuhnya. Ini kerana perlembagaan yang wujud sekarang hanyalah yang melibatkan negeri-negeri tanah melayu. Apabila terwujudnya persekutuan malaysia, Negara Sabah dan Negara Sarawak hanya diselitkan didalam beberapa artikel dan perkara didalam perlembagaan malaya.

Adakah itu yang anda katakan perlembagaan baru? Atas sebab itu jugalah malaya tidak mampu mengikat negara Singapura kerana pembentukkan persekutuan ini adalah atas dasar sukarela. You don't like, you can quit from the federation. Singapura sudah membuktikan kebenaran kata-kata ini.

Namun, kepimpinan negara Sabah dan negara Sarawak pada waktu dahulu tidak sehebat seperti negara Singapura kerana taraf kehebatan pemikiran dan kesedaran serta sokongan rakyat telah menjadi faktor kepada kelemahan penentangan yang inginkan perpisahan. Ditambahkan lagi terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang sanggup mengkhianati kepentingan bangsa dan negara telah membawa negara Sabah dan negara Sarawak kepada keadaan yang mendukacitakan sehingga kini.

Tetapi, perkara ini akan berubah tidak lama lagi kerana kesedaran dan keberanian itu sudah mulai menampakkan aura dan kebangkitan. Apakah ancaman seperti penangkapan, akta hasutan dan sebagainya mampu menakutkan serta melemahkan gerakkan Kemerdekaan ini? 

Sejarah sudah membuktikan bahawa usaha seperti itu hanya akan menjadi faktor pemangkin yang paling mujarab dalam menjayakan gerakkan kemerdekaan ini.

Apakah ini semua omongan kosong? Lakukanlah jikalau tidak percaya.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...