Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

A true Independence is a MUST in Borneo For Sabah and Sarawak.

Sabah (formerly known as North Borneo) and Sarawak MUST gain back its Freedom through a REAL Independence.

Saturday 21 March 2015

Sarawak Isytihar 'Perang' Terhadap PATI

KUCHING, 21 Mac (Bernama) -- Selepas 'perang' terhadap kegiatan pembalakan haram membuahkan hasil, kerajaan negeri Sarawak kini mengisytiharkan 'perang' terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem semasa mengumumkan perkara itu berkata langkah itu perlu diambil sebelum masalah PATI di negeri ini menjadi besar dan sukar untuk diatasi.

Beliau berkata kini terdapat ramai PATI terutama orang Suluk dan Bajau dari Filipina khususnya di Miri.

"Mereka ini perlu segera ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal mereka sebelum menimbulkan masalah besar yang sukar diselesaikan di kemudian hari," katanya ketika berucap merasmikan Hari Perhutanan Antarabangsa peringkat negeri di sini, Sabtu.

Adenan berkata Jabatan Imigresen telah dimaklumkan tentang masalah PATI dari Filipina itu sejak setahun lalu tetapi tidak mengambil tindakan penguatkuasaan tegas dan sehubungan itu beliau telah mengarahkan jabatan segera bertindak tegas untuk menahan PATI terbabit.

Beliau bagaimanapun mahu supaya PATI yang ditahan dilayan baik, sesuai dengan layanan yang sepatutnya diberi kepada manusia terutama dalam kalangan kanak-kanak dan ibu mereka.

Sementara itu, Adenan berkata operasi antipembalakan haram, yang dilancarkan sejak beliau menjadi ketua menteri kini mulai membuahkan hasil.

Katanya, setiap hari pasukan penguat kuasa Jabatan Hutan melancarkan serbuan dan rampasan kayu balak yang ditebang secara haram.

Beliau turut mengingatkan pegawai dan kakitangan Jabatan Hutan Sarawak dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) bahawa tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah akan diambil terhadap mereka sekiranya didapati bersekongkol dengan syarikat terbabit dalam kegiatan pembalakan haram.

Dalam pada itu, Ketua Menteri berkata kerajaan negeri juga merancang untuk memperluaskan taman negara dan kawasan hutan simpan di negeri ini.

"Kita berharap pada suatu hari nanti kita menebang dan menjual kayu balak dari kawasan hutan yang ditanam, manakala hutan semula jadi kita dikekalkan.

"Bagaimanapun buat masa ini kita tidak boleh berbuat demikian kerana kawasan hutan tanam kita masih tidak mencukupi untuk menghasilkan kayu balak yang mencukupi," katanya.

Adenan berkata semua itu perlu dilaksanakan bagi memulihara hutan tropika untuk generasi akan datang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hutan negeri Sapuan Ahmad berkata penguat kuasa jabatan berkenaan akan memperluaskan lagi operasi pembanterasan pembalakan haram.

#idefend – Making sure civil society has its voice

An initiative of the Delegation of the European Union to the UN in Geneva in partnership with the Office of the High Commissioner for Human Rights and the Permanent Missions of Brazil, the Republic of Korea and Tunisia to the UN in Geneva.

Every day in every part of the world, NGOs, human rights defenders and other civil society representatives contribute to the promotion, protection and advancement of human rights. They are also an integral part of the UN Human Rights Council, where it is their voices and stories that provide States with essential information on human rights violations. Yet, civil society advocates across the globe, including those who attend the Human Rights Council, are too often exposed to harassment and intimidation.

The #idefend campaign takes a firm public stance to support the voices of civil society. #idefend aims at expressing solidarity with all those human rights defenders and civil society actors, whose dedication and everyday work improve the human rights of people in every corner of the world. Join the campaign and help empower those who speak up for human rights!






“Human rights defenders are not violent seditionists, criminals, nor bloody revolutionaries, as so many governments like to portray them. They are the best of us, all of us. And they have a message. To all governments, we say: focus on their message. Listen to what they are saying. Understand the message, talk to them about it, be persuaded or persuade, without violence, instead of silencing them, punishing them, their families, and their communities.”

Zeid Ra’ad Al Hussein, UN High Commissioner for Human Rights

“Sadly, over the past years, we have observed a worrying trend at the Human Rights Council: Human Rights Defenders and civil society representatives are hampered from speaking at the Council, sometimes they are harassed upon their arrival to Geneva, or subject to reprisals in their home country upon their return. This is not acceptable.”

Peter Sørensen, Head of the EU Delegation to the United Nations Office and other international organisations in Geneva.


Gaji Minimum Tidak Boleh Lebih RM800 di Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR 21 Jun - Gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi bagi Sabah dan Sarawak melainkan pada tahap RM800 sebulan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, penetapan pada tahap itu dibuat memandangkan gaji penengah di dua negeri berkenaan pada masa ini sangat rendah iaitu masing-masing RM577 dan RM738 sebulan.

“Gaji penengah yang rendah memberi indikator bahawa majikan tidak mempunyai keupayaan untuk membayar gaji yang tinggi.

“Sekiranya gaji minimum ditetapkan terlalu tinggi ia berkemungkinan terpaksa mengurangkan jumlah pekerja.

“Jika keadaan ini berlaku, ia akan merugikan pekerja kerana mereka kehilangan pekerjaan dan ini akan menimbulkan masalah pengangguran," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...