Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

A true Independence is a MUST in Borneo For Sabah and Sarawak.

Sabah (formerly known as North Borneo) and Sarawak MUST gain back its Freedom through a REAL Independence.

Tuesday 24 March 2015

Akta Hasutan tidak sah kerana tidak digubal Parlimen, kata peguam

Akta Hasutan 1948 adalah undang-undang yang tidak sah kerana ia tidak digubal oleh Parlimen, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.

Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar berhujah Akta Hasutan, undang-undang praMerdeka, asalnya dikenali sebagai Ordinan Hasutan 1948 digubal oleh Majlis Perundangan.

Katanya Akta Hasutan tidak boleh diubah suai untuk diselaraskan dengan Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu akta itu terbatal sebaik sahaja Perlembagaan Persekutuan diwujudkan.

Beliau berkata, hanya Parlimen diberi kuasa untuk menggubal undang-undang yang mengehadkan kebebasan bersuara kerana ia diberi hak eksklusif Perlembagaan Persekutuan untuk berbuat demikian.

"Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai autoriti undang-undang untuk mengubah suai Ordinan Hasutan. Autoriti Seri Paduka untuk mengubah suai undang-undang mengikut Perkara 162 (4) Perlembagaan Persekutuan perlu difahami iaitu tidak meliputi undang-undang sedia ada yang mengehadkan kebebasan bersuara," katanya.

Malik mewakili Profesor Madya Undang-Undang Universiti Malaya Dr Azmi Sharom yang mencabar keperlembagaan Akta Hasutan.

Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan dua Hakim Mahkamah Persekutuan  Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Tan Sri Suriyadi Halim Omar mendengar perkara itu yang dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan oleh Mahkamah Tinggi bagi penentuan dua soalan berkaitan perlembagaan.

Azmi, 46, berdepan pertuduhan utama dan pertuduhan pilihan di Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) akta itu, masing-masing berhubung komennya dalam berita bertajuk “Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told”, pada 15 Ogos tahun lepas.

Kedua-dua kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam Cara I Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah Akta Hasutan ialah undang-undang yang sah dan berkuat kuasa di bawah  Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, walaupun Akta Hasutan tidak digubal sebagai undang-undang Parlimen, namun ia perlu ditafsirkan sebagai digubal Parlimen.

Beliau berkata, dari Hari Merdeka sehingga 27 Jun, 1959, Parlimen masih belum wujud dan dengan itu semua undang-undang yang digubal malah pada Hari Merdeka pada 1957 sehingga 11 September 1959 apabila Parlimen pertama kali bersidang, adalah tidak digubal Parlimen.

Tun Abdul Majid berkata Ordinan Hasutan merupakan undang-undang sedia ada dan terus dikuatkuasakan pada dan selepas Hari Merdeka, dengan pengubahsuaian yang difikirkan perlu oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Ordinan Hasutan telah diubah suai beberapa kali untuk menjadikan ketetapannya selaras dengan ketetapan Perlembagaan Persekutuan. Akta Hasutan 1948 diterima sebagai satu-satunya undang-undang yang betul berkaitan perkara yang menjadi kesalahan bagi hasutan," katanya.

Beliau berkata walaupun tidak digubal secara langsung oleh Parlimen, Akta Hasutan menerima kelulusan perlembagaan oleh Parlimen.

Selepas selesai mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak, Arifin berkata mahkamah menangguhkan keputusan ke satu tarikh yang akan ditetapkan.  – Bernama, 24 Mac, 2015.

Reply to - '' Right to secession not allowed under Malaysia Agreement, says Attorney-''

Refering toTan Sri Abdul Gani Patail report on Saturday , 24th January 2015 stated in TheStar/Asia News Network are as follow :

''Right to secession not allowed under Malaysia Agreement, says Attorney-''

It is only under Malaysia Governance but the fact AG responded to those calls is a VICTORY to us, in any ways. Sabah Sarawak Keluar Malaysia Facebook Group in the last 4 years time; we know that  we do make  the Government act like they are intoxicated.

The Prime Minister, Dato Sri Najib Tun Razak  had actually admitted that he  failed to uphold and respect Malaysia Agreement 1963; with reference to  Appendix I.

Appendix I:


The reason given by Lord Lansdowne was that “any State voluntarily entering a federation had an intrinsic right to secede at will, and that it was therefore unnecessary to include it in the Constitution”. Basically what it means here is that Sabah and Sarawak is free to form Malaysia, it is also therefore free to leave.

Sabah and Sarawak does not need the approval of each of the states to leave.  Sabah and Sarawak does not need the support of the Rulers Council to leave.

All Sabah and Sarawak need to do is to pass a resolution in their respective Dewan Undangan Negeri to leave after we have all the majority voices of numbers required by United Nation; Sabah and Sarawak will become a sovereign nation.

I hope the above explanation is sufficient to clear any confusion about th econtent and usage of terms pertaining to the Malaysia Agreement 1963.

From equal rights it is become to few rights and almost to no rights at all. Reference to Appendix 2.



f only referring to Seditious 1948 then what Sabah and Sarawak have in 1948 is in question. Refer to Appendix 3.

Appendix 3:


"Nama Aku Sarawak"

Nama aku Sarawak. Aku dilahirkan dalam tahun 18.08.1841 dari perut ibuku Brunei Darul Salam dan diserahkan kepada James Brooke Rajah Pertama. Hari jadi pertamaku adalah tanggal 24.09.1841. Ayah Ku yang kedua ialah Charles Brooke. 

Ayah ku yang ketiga ialah Charles Vyner Brooke dan keempat ialah Anthony Walter Dayrell Brooke tetapi Baginda tidak sempat menjaga aku kerana dalam tahun 1941 aku diserahkan kepada British kerana Ayah ku tidak mampu untuk menjaga ku setelah 100 tahun keluarga Baginda menjaga ku. Ini adalah kerana Jepun datang padaku dengan niat yang tidak baik.Maka Ayah ku terpaksa menyerahkan aku kepada British kerana tiada kewangan untuk menubuhkan tentera menentang Jepun. Tanggal 22.07.1963 aku pun dewasa dan British melepaskan aku kerana aku sudah dewasa dan mampu menjaga diri (Bujang). 

Akan tetapi Tanggal 16.09.1963 aku dikenalkan kepada 3 orang rakan iaitu Sabah, Singapura dan Persekutuan Malaya. Aku dipujuk untuk Menubuhkan Syarikat Perniagaan yang diberi nama Persekutuan Malaysia. Akan tetapi dalam tahun 1965 rakan ku Singapura menarik diri dari menjadi Rakan Kongsi kerana melihat ada sedikit yang tidak kena dengan Perkongsian ini. .

Tiba-tiba rakan ku yang bernama Persekutuan Malaya menggubal undang-undang baru yang diberi nama Akta 354 1976 yang mana bertujuan menurunkan Pangkat aku dan rakan ku Sabah kepada Status Negeri sedangkan pada awal perjanjian, kami adalah sama rata iaitu sabagai 3 NEGARA yang bergabung menubuhkan perniagaan bernama Persekutuan Malaysia. Sejak dari itu semua hasil perniagaan kami banyak berpihak kepada rakan ku Persekutuan Malaya. Aku dan rakan ku Sabah berasa tidak senang dan selesa dengan keadaan tersebut. Hanya 5% sahaja yang aku dapat begitu juga rakan ku Sabah sedangkan 95% adalah milik rakan kami Persekutuan Malaya. 

Sedangkan kebanyakan Perniagaan yang dijalankan adalah di tanah aku dan rakan ku Sabah. Sampai bila aku harus hidup dengan ketidak adilan ini? Janji manis dulu tinggal janji...setiap saat aku berfikir, PATUTKAH AKU MENINGGALKAN PERNIAGAAN YANG TIDAK ADIL INI DAN MENUBUHKAN PERNIAGAAN PERSENDIRIAN? jawapan aku (SARAWAK) YA!!!! itulah yang terbaik bagiku...

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...