Monday 26 January 2015

Bangsa-Bangsa Borneo

Proses perkembangan politik akan terus berkembang mengikut peredaran garis masa dari masa ke semasa. Sesiapa pun tidak akan dapat mengelakkan diri daripada menjerumuskan diri dalam menghadapi situasi perubahan politik.

Kita semua tahu bahawa kebenaran itu harus ditegakkan, dan sejarah sepatutnya tidak disembunyikan atau dihapuskan.Apa yang Bangsa-Bangsa Borneo sedang hadapi dewasa ini ialah terjadinya perhambaan moden dan penghapusan identiti diri dan sejarah Sabah dan Sarawak.

Kamu tahu Bangsa Bangsa-Borneo sedang dan telah pun melalui fasa-fasa genting ini tetapi sikap untuk terus berdiam diri dan merelakan sebarang bentuk penindasan kerana kita masih bersifat ingin terus hidup butakan mata dan terus duduk dalam posisi yang selamat dan selesa.

Selama berpuluhan tahun Bangsa-Bangsa Borneo terus berhidup dalam suatu keadaan hidup yang berhadapan dengan pelbagai bentuk konflik sosial yang jelasnya membantutkan peningkatan taraf sosial masyarakat daripada terus berkembang dan berjaya melalui frasa yang lebih terjamin dan menguntungkan hidup.

Tindakan sesetengah pihak yang bertindak cuba untuk mengekalkan suatu bentuk kehidupan yang cuba bermain dalam posisi yng lebih selamat telah cuba untuk mempengaruhi keadaan masyarakat sekelilingnya dengan menggunakan pengetahuan teori atas kertas semata mata tanpa cuba untuk meletakkan diri dalam situasi sebenar yang dihadapi oleh kita saban hari.

Bagaimanakah kamu mengklaim diri kamu seorang “pejuang” jika kamu hanya bijak berkata kata dan berhujah berpandukan pengetahuan manusia semata mata yang kamu pelajari tetapi kamu tidak pernah berusaha untuk berurusan langsung berhadapan dengan situasi kehidupan sebenar orang-orang kampung yang secara langsung saban hari menghadapi situasi kehidupan yang lebih teruk dan daif daripada kamu.

Sebanyak manapun pengetahuan kamu tentang sejarah Sabah Sarawak, dan setinggi manapun taraf pendidikan kamu tetapi kamu masih tidak dapat menandingi kesengsaraan hidup masyarakat yang setiap hari terpaksa berhadapan dan bergelut dengan masalah ekonomi, politik dan sosial dunia.

Situasi politik yang belum matang masih terjadi di Borneo. Kita mengharapkan keadaan atau situasi pendidikan berada dalam peringkat yang lebih baik supaya kita dapat menyaksikan martabat kita sebagai Bangsa-Bangsa Borneo dapat diangkat sebaris di pentas politik Malaysia, namun hakikatnya, sifat sesetengah pemimpin yang mengklaim diri mereka golongan bijak pandai sebenarnya hanyalah satu adaptasi cerita Pak Pandir dengan kebodohannya. Tidak ada resolusi atau jalan penyelesaian yang cuba diaplikasikan sebaliknya hanyalah satu cerita dongeng Pak Pandir versi Sabahan di zaman moden dan serba canggih ini.

Perjuangan SSKM yang menjadi titik perubahan kepada situasi politik yang kita hadapi sekarang. Oleh kerana “Politik” itu sendiri telah ditolak oleh generasi muda maka penekanan atau pembaharuan cuba ditimbulkan melalui “Pergerakkan Rakyat” yang ditunjangi oleh golongan muda-muda yang menggunakan kuasa sebagai rakyat biasa yang tidak memiliki kuasa besar atau peranan penting dalam dunia politik. Terdapat banyak tentangan dalam perjuangan yang sedang dikendalikan oleh pejuang-pejuang muda ini oleh segenap lapisan masyarakat khususnya Bangsa Bangsa Borneo yang berdiri dalam posisi “Puak Penentang”.

Persoalan yang saya cuba timbulkan ialah, tembok yang menghalang perjuangan dalam menuntut hak-hak dan pembebasan Bangsa-Bangsa Borneo itu sendiri sebenarnya datangnya dalam kalangan rakyat Sabah itu sendiri, kita sendiri yang bertindak mematikan sebuah titik perjuangan yang bakal membawa sebuah Kemerdekaan dan penentuan untuk berkerajaan dan mentadbir Negara kita sendiri.
Oleh kerana kita berhadapan dengan situasi komuniti atau masyarakat yang hanya menjadi “Pemerhati Bebas” dan “Parasit Moden” maka banyak isu semasa yang menjadi viral di laman sosial saban hari ditimbulkan untuk tatapan sendiri tanpa mengambil kira emosi dan harapan orang-orang yang mengalami situasi penindasan yang nyata.

Bagi mereka yang menyertai “pertarungan realiti” ini, amat mengharapkan satu proses pemulihan demokrasi berlaku seterusnya yang akan dapat memusnahkan sebuah kerajaan yang telah menzalimi Bangsa-Bangsa Borneo, dan menggantikan rejim yang korup kepada suatu pemerintahan yang lebih bersifat “Berjuang untuk rakyat”.

Titik poin yang paling penting dalam perjuangan rakyat ini bukanlah bersandarkan semata mata kepada suatu perjanjian yang pernah dimateraikan suatu ketika dahulu oleh pemimpin-pemimpin Sabah,saya tidak katakan ianya tidak penting, jauh sama sekali. Oleh kerana, kamu merasakan bahawa hak-hak asasi manusia, kamu tidak mendapatkannya sepenuhnya, peluang pendidikan yang bersifat terlalu berat sebelah, identiti bangsa kamu telah dinafikan, terjadinya diskriminasi kaum dan agama dalam sektor pekerjaan, hak keistimewaan sebagai pribumi Sabah dan pribumi Sarawak telah diabaikan, serta kawalan dan keselamatan tanah telah dirampas.Kamu mengalami situasi yang sedemikian rupa maka segala bentuk penafian ini sepatutnya mendapat perhatian oleh dunia luar,bahawa sesiapa pun individu atau blok-blok masyarakat yang berhadapan dengan ketidakadilan dan banyaknya penafian, MAKA Bangsa-Bangsa Borneo yang ditindas haruslah bangkit dan suarakan ketidakadilan yang berlaku.

Kita tidak mahu menjadi pelarian dan orang asing di atas tanah kita. Kita tidak mahukan orang lain yang menjajah tanah kita, sebarang urusan biarlah dikendalikan oleh orang asal kita sendiri. Sebarang campur tangan dan kerjasama yang cuba diaplikasikan dengan kerjasama pihak luar tidak akan menjamin kelangsungan hidup yang akan mengembalikan hak-hak kita yang telah dicabul. Sebaliknya, Bangsa Bangsa Borneo haruslah tetap diperintah oleh wakil dalam kalangan Bangsa-Bangsa Borneo, kerana tidak ada orang luar yang arif memahami keperluan emosi dan kesejahteraan hidup kita selain daripada kalangan orang asal kita sendiri.

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...