Wednesday 29 July 2015

Terkeluarlah Johor Daripada Malaysia

"Johor pun mula buka cerita lama. Kenapa kita di Sabah masih takut dan ragu-ragu? Kita berada 1600KM jauhnya dari Tanah Melayu berbanding Johor dan dipisahkan pula oleh Laut China Selatan. Kita ada budaya sendiri. Kita ada hasil bumi sendiri. Kita bukan hidup di tanah gersang. Kita mampu berdikari.

Tetapi kita memilih hidup bagai tanah jajahan. Kita memilih untuk meminta ehsan dalam setiap perkara. Membina jalanraya. Membina sekolah. Membina rumah ibadat. Membina kekuatan pertahanan. Menguruskan hasil bumi. Hampir semuanya harus menunggu kelulusan dari seberang. Sampai bila kita hidup bergantung sehingga kita tidak mampu menentukan halatuju kita? Apakah yang hendak kita wariskan kepada generasi akan datang?"

Nim Yorza

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...