Saturday 21 March 2015

Gaji Minimum Tidak Boleh Lebih RM800 di Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR 21 Jun - Gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi bagi Sabah dan Sarawak melainkan pada tahap RM800 sebulan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, penetapan pada tahap itu dibuat memandangkan gaji penengah di dua negeri berkenaan pada masa ini sangat rendah iaitu masing-masing RM577 dan RM738 sebulan.

“Gaji penengah yang rendah memberi indikator bahawa majikan tidak mempunyai keupayaan untuk membayar gaji yang tinggi.

“Sekiranya gaji minimum ditetapkan terlalu tinggi ia berkemungkinan terpaksa mengurangkan jumlah pekerja.

“Jika keadaan ini berlaku, ia akan merugikan pekerja kerana mereka kehilangan pekerjaan dan ini akan menimbulkan masalah pengangguran," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...