Wednesday 21 August 2019

Benarkah Sabah Sebuah Negara?

Ramai ahli-ahli sejarawan khususnya daripada malaya berusaha untuk mematahkan hujah-hujah Pejuang Kebangsaan Kemerdekaan bagi Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Mereka memberikan hujah-hujah yang memperlihatkan kelemahan tentang pemahaman yang dibangkitkan oleh Nasionalis-nasionalis Borneo menggunakan gambaran ataupun informasi yang cetek, jikalau tidak keterlaluan untuk saya katakan secara umum.

Ada pula diantara mereka dengan bongkaknya mengatakan bahawa mereka 'tidak memiliki masa untuk mengkaji' dengan lebih mendalam. Jikalau itulah alasannya, baik jangan sesekali menyiarkan kajian yang hanya mungkin digunakan sebagai bahan kitar semula.

Konteks penerangan yang diketengahkan oleh Pejuang-pejuang Kebangsaan Negara Sabah dan Negara Sarawak tidak terhad kepada situasi terkini ataupun ketika didalam proses untuk 'membentuk Malaysia' tetapi juga berdasarkan kepada sejarah kelahiran Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Negara Sabah menjadi sebuah Negara yang Berdaulat dan diiktiraf oleh Kerajaan British pada 1 November 1881 dengan nama British North Borneo Company. Pengiktirafan yang diberikan oleh British kepada British North Borneo Company telah menjadi detik permulaan secara rasmi bahawa North Borneo (Sabah) telah muncul sebagai sebuah Negara yang mempunyai status untuk menjalankan perhubungan diplomatik dengan negara luar dan juga menjalinkan urusan perdagangan antarabangsa.

Manakala untuk Negara Sarawak, ditubuhkan secara rasmi melalui James Brooke yang dianugerahkan gelaran sebagai Rajah James Brooke ataupun Rajah Sarawak (White Rajah of Sarawak / King of Sarawak) oleh Sultan Brunei pada tahun 1841 dan telah diiktiraf oleh Amerika Syarikat dan juga British.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa orang-orang Asal Borneo mempunyai penglibatan terhad didalam pentadbiran kedua-dua negara ini dari awal penubuhannya sehingga sebelum Perang Dunia Kedua meletus sehingga membawa kepada perubahan status kedaulatan.

Sejarah perjalanan pembentukann bangsa dan negara dikedua-dua negara Borneo ini sangat berbeza daripada sejarah Tanah Melayu dan itu sungguh jelas sekali.

Malangnya selepas Perang Dunia Kedua berakhir, status Negara yang berdaulat ini telah hilang apabila kedua-dua negara ini ditukar statusnya menjadi Tanah Jajahan oleh British.

Saya bersetuju pada pandangan yang mengatakan bahawa dengan status 'Tanah Jajahan', Sabah dan Sarawak telah kehilangan status sebagai sebuah 'Negara' dan ia hanya dipanggil sebagai 'Territory ataupun Wilayah'. Ini adalah kerana penggunaan definisi antarabangsa yang merujuk kepada mana-mana negara yang dijajah, ia diberikan status 'Colony / Koloni / Tanah Jajahan' yang kehilangan keistimewaan untuk bersuara, mentadbir dan mengadakan hubungan diplomatik serta penglibatan didalam perdagangan antarabangsa.

Walau bagaimanapun, didalam proses pembentukkan 'Malaysia', Sabah dan Sarawak diberikan jaminan Kemerdekaan yang secara langsung akan mengembalikan status sebagai sebuah Negara yang mempunyai kapasiti mengurus tadbir Negara dan mewujudkan hubungan diplomatik serta perdagangan antarabangsa. Pada 22 Julai 1963, Sarawak telah memulakan pentadbiran yang dikendalikan oleh kepimpinan tempatan manakala Sabah pula pada 31 Ogos 1963. Detik-detik ini telah memberikan nafas baru bagi rakyat dikedua-dua negara ini setelah diberikan peluang untuk mentadbir negara dengan status Full Self-Government walaupun pada ketika itu masih berstatuskan 'Tanah Jajahan'. Ini telah menjadi prosedur kepada British untuk memberikan Kemerdekaan kepada mana-mana Tanah Jajahannya. Setelah mencapai status 'Full Self-Government', langkah terakhir adalah 'Kemerdekaan!'.

Pada 16 September 1963, kefahaman dan keyakinan yang telah diberikan oleh British dan Malaya adalah Sabah dan Sarawak akan diberikan Kemerdekaan dan 'Pembentukan Malaysia' ini adalah berlandaskan kepada konsep 'Rakan Kongsi' ataupun 'Equal Partnership' serta membentuk sebuah 'Negara Baru'. Dengan itu, kefahaman ini dipegang dengan sepenuh jiwa dan raga oleh rakyat Sabah dan rakyat Sarawak sehingga sekarang dan rakyat Borneo melihat Sabah dan Sarawak adalah berstatuskan 'Negara' dan bukan 'Negeri!'

Pembentukkan yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin Tempatan adalah 'Empat buah Negara membentuk Malaysia'! Ia terdiri daripada Negara North Borneo (kini Sabah), Negara Sarawak, Negara Singapura dan Malaya membentuk 'Negara Persekutuan Malaysia' dan rakyatnya dikenali sebagai 'Bangsa Malaysia'. Malaysia terbentuk oleh EMPAT BANGSA UTAMA iaitu BANGSA NEGARA SABAH, BANGSA NEGARA SARAWAK, BANGSA NEGARA SINGAPURA DAN BANGSA MALAYA!

Malangnya, ketika Hari 'Penubuhan Malaysia' pada 16 September 1963, ia sebenarnya bukannya pembentukkan sebuah 'Negara Baru' sebaliknya adalah 'Hari Penukaran Nama Malaya kepada Malaysia'!

Pada tarikh tersebut jugalah Kuasa Kedaulatan dan Kuasa Perundangan yang membawa erti Kuasa Kemerdekaan yang dipegang oleh British telah diserahkan kepada Malaya secara rasmi!

Pada tarikh yang bersejarah inilah juga ia telah bertukar menjadi Peristiwa Hitam (dipanggil Black 16 September ataupun Recolonisation Day) yang mana Sabah dan Sarawak yang berstatuskan 'Tanah Jajahan' telah diserahkan kepada Malaya melalui penipuan dan pengkhianatan kepercayaan politik.

Semua dakwaan yang saya nyatakan disini sungguh jelas didokumentasikan didalam dokumen-dokumen rahsia telegram British yang diperolehi oleh Pejuang-pejuang Kebangsaan Borneo di England Archive (Arkib England).

Jikalau anda mengatakan bahawa status Sabah dan Sarawak sebagai 'Tanah Jajahan' telah bertukar menjadi 'Negeri' setelah 'membentuk Malaysia' (ataupun anda dengan gembiranya mengatakan bahawa Sabah dan Sarawak 'menyertai malaysia'), mengapa sehingga kini kami rakyat Borneo merasakan layanan yang diberikan oleh Malaya adalah layanan yang berstatuskan 'Tanah Jajahan'???

Segala penipuan, helah dan fitnah yang selama ini menjadi catur permainan Malaya kini telah ditelanjangkan oleh pejuang-pejuang Kebangsaan daripada Sabah dan Sarawak. Malaya kini hanya mampu terus membuat penafian demi penafian serta ugutan dan ancaman.

Berlandaskan kepada kefahaman umum yang telah diterangkan ini semua, rakyat Sabah dan Sarawak dengan semangat WAJA, KENTAL disertai SEMANGAT KEMERDEKAAN melihat Sabah dan Sarawak BUKAN NEGERI tetapi NEGARA kerana sememangnya itu adalah status ASAL yang PERNAH DIMILIKI!

Melalui KESEDARAN SEJARAH dan KEPERCAYAAN kepada kemampuan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak, Pejuang-pejuang Kemerdekaan Borneo akan mempertaruhkan seluruh jiwa dan raga untuk memberikan Kemerdekaan kepada Negara Sabah dan Negara Sarawak secara demokrasi yang berlandaskan kepada saluran perundangan antarabangsa yang akan dilakukan secara damai dan sejahtera.

Jikalau Malaya berhasrat untuk menyekat usaha Mulia dan Murni Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak ini, pada pandangan Pejuang Kemerdekaan Borneo, Malaya patut dijajah semula oleh British!


***Sila sebarkan artikel ini jikalau anda bersetuju dan ingin membantu menyebarkan kefahaman ini kepada Rakyat Negara Sabah dan Rakyat Negara Sarawak***

Rujukan:
  • Charter Granted to the British North Borneo Company, Westminister, November 1st 1881
  • Agreement between Her Majesty's Government and the British North Borneo Company dated 12th May 1888
  • Original Malaysia Agreement 1963
  • Inter-Governmental Committee (IGC)
  • Cobbold Commission
  • Malaysia Act of 1963
  • British Borneo: Sketches of Brunei, Sarawak, Labuan and North Borneo by W.H.Treacher, C.M.G., M.A. Oxon
  • The State of North Borneo 1881-1946 by George McT. Kahin
  • British North Borneo Hansard
  • British Colonial Documents
  • The Sabah Problem by Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan
  • Sabah Sebuah Negara Satu Realiti Sejarah oleh Daniel Jebon Janaun

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...