Tuesday 2 September 2014

Isu pemisahan tidak timbul

Pada mulanya, isu pemisahan tidak timbul. Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura digabungkan untuk membentuk Malaysia bagi membantu menyelesaikan masalah Malaya.

Isunya ialah Sabahan dan  Sarawakian kini sedar bahawa mereka hanya diambil kesempatan, diperkudakan dan ditipu oleh Malaya atas nama kerajaan persekutuan. Malaya diubah menjadi Malaysia dan mengambil alih Sabah seolah-olah Sabah adalah tanah jajahan mereka.

Lihatlah keadaan kita hari ini. Sabah negeri termiskin, penduduk dan kependudukan berubah, dan hasil minyak kita diambil dan sebagainya. Sabah dan Sarawak mahu hak-hak mereka seperti dalam perjanjian supaya dihormati dan dipatuhi, termasuk 20 Perkara.

Sekiranya dengan membangkitkan hak-hak dan menyuarakan rungutan ini dianggap khianat atau menghasut dan kerajaan persekutuan mahu melakukan tangkapan dengan tujuan untuk menutup suara kami, terpulang kepada mereka. Dunia sedang memerhati. Saya tidak akan tunduk kepada ancaman ancaman tangkap kerana perjuangan untuk kebebasan ini akan berterusan walaupun tanpa saya.

Saya tidak berniat untuk melakukan apa-apa. Memadai sekadar berdoa sebab sebarang tangkapan hanya akan membangkitkan semangat juang yang lebih ramai dikalangan Sabahan dan ini akan memperkemaskan dan baik untuk perjuangan. Pastinya perjuangan ini akan bertambah kuat dan akhirnya akan membawa kepada pemisahan Borneo dan boleh ditafsirkan sebagai satu permulaan kepada kehancuran Malaysia.

Tuhan memberkati.

Dr.Jeffrey G.Kitingan

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...