Tuesday 2 September 2014

Tindakan Terhadap Usul Sabah Keluar Daripada Malaysia

KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid menyokong penuh agar pihak berkuasa bertindak tegas terhadap pihak yang mencadangkan Sabah keluar dari Malaysia.  

Beliau berkata, perjuangan untuk merdeka bukan mudah sebaliknya memerlukan proses dan mengambil masa yang panjang serta sukar oleh pemimpin terdahulu.

"Dahulu dan kini telah banyak perubahan, banyak bandaraya dibangunkan oleh pemimpin kita. Perjuangan nenek moyang termasuk, bapa kemerdekaan negara, semuanya untuk melihat negara ini aman sejahtera seperti dinikmati pada masa kini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika merasmikan Majlis Mega Raya, Aktiviti Kebajikan dan Pra Pelancaran syarikat Born For Success (BFS) Sdn Bhd peringkat negeri di sini hari ini.

Jainab berkata, media sosial tidak harus disalahgunakan untuk menghasut atau mengganggu gugat keamanan negara dan masyarakat di negara ini khususnya di Sabah perlu mencontohi negara Jepun dalam membangunkan ekonomi negara mereka.  

Katanya, negara Jepun amat menitik beratkan aspek hormat menghormati di antara satu sama lain dan ia wajar dicontohi.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak mahu mendengar ada suara yang dibangkitkan kumpulan kecil namun lantang kononnya tiada apa-apa kemajuan di Sabah dan mencadangkan Sabah keluar dari Malaysia. -Bernama

***Secara jujurnya, pihak kami, SSKM TIDAK PERNAH GENTAR terhadap ugutan mereka. SSKM is a MUST!***

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...