Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

A true Independence is a MUST in Borneo For Sabah and Sarawak.

Sabah (formerly known as North Borneo) and Sarawak MUST gain back its Freedom through a REAL Independence.

Showing posts with label Press Statement. Show all posts
Showing posts with label Press Statement. Show all posts

Monday, 30 December 2024

A CALL FOR AN END TO CORRUPTION IN SABAH’S POLITICS


Joint Press Statement by Republic of Sabah North Borneo (RSNB) & Sabah Sarawak Rights Australia New Zealand

In a joint press statement on 30 Dec 2024, Australia-based NGOs, the Republic of Sabah North Borneo (RSNB) and Sabah Sarawak Rights Australia New Zealand (SSRANZ) have expressed strong support for and commended the bravery and determination of Sabah university students who have proposed demonstrations against corruption 31 Dec 2024.

The 2 non-governmental organisations dedicated to seeking real self-determination for Sabah and Sarawak, firmly uphold the principles of integrity, accountability, and self-government.

The NGOs said that the students’ activism is a testament to the spirit of the youth, who are refusing to accept the status quo of corruption and injustice. Their commitment to demanding accountability is an inspiration to all Sabahans, and they fully support their call for a government free from corruption. 

“We urge that these efforts be conducted with fairness and impartiality, ensuring that all forms of corruption are addressed without bias or selective targeting. The future of Sabah rests on the shoulders of its youth, and their efforts must be guided by integrity, transparency, and the pursuit of the greater good.”

It is important to recognize that corruption at the federal level has played a pivotal role in nurturing the culture of corruption that continues to plague Sabah and Sarawak. The creation of Malaysia itself was marked by corruption at the highest level, with the British bribery of their nominees to sign the Malaysia Agreement 1963 (MA63). 

This historical precedent set the tone for political practices that have continued unchecked at the federal level, which in turn fostered similar corrupt practices in Sabah and Sarawak. The political systems in both states have suffered as a result, as the pervasive culture of corruption from the top has trickled down to local governance. This has undermined public trust and fundamentally hindered the growth and progress of both states.

RSNB and SSRANZ believe that corruption has also facilitated the federal government's control over the 2 Borneo state governments, undermining their ability to exercise self-government by eroding transparency and accountability.

The NGOs are steadfast in their commitment to combat corruption in all its forms as part of their campaign for Sabah and Sarawak self-determination. Corruption is a cancer that erodes public trust, weakens institutions, and hampers Sabah’s development. No individual, political organisation or institution should be beyond scrutiny. Anti-corruption efforts must be inclusive and non-selective, targeting all forms of wrongdoing regardless of rank or affiliation. Transparency and accountability must remain the cornerstone of governance in Sabah.

As Sabah moves forward, RSNB and SSRANZ call on all Sabahans to unite in pursuit of a just, transparent, and sovereign state. It is only through collective action—free from corruption and external interference—that we can achieve true independence and prosperity.

“We reiterate our commitment to championing these principles and urge all stakeholders—political leaders, institutions, and civil society—to uphold the values of democracy, accountability, and the people’s right to self-determination.”

Mosses PA Ampang

President of Republic of Sabah North Borneo (RSNB) NGO

and 

Robert Pei 

President of Sabah Sarawak Rights Australia New Zealand (SSRANZ) NGO


Endorsed by

1. Daniel John Jambun President Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

2. Peter John Jaban Founder  Sarawakians for Sarawak & Saya Anak Sarawak

3. Emily Edward - President of Sabah Sarawak Borneo Natives Organisation of Australia

4. Yu Chin Liik, Plaintiff on MA63 2018 CASE


Tuesday, 9 June 2015

Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Isu Sogit, Adat Budaya KDMR dan Personaliti Ringkas Tentang Diri Doris Jones

Salam sejahtera, salam hormat, salam Hari Kaamatan dan Salam Hari Gawai buat semua bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones mewakili kumpulan sosial di alam maya iaitu Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini sudah bergerak didalam dunia yang nyata dengan nama kumpulan Sabah Sarawak Union (SSU-UK) yang telah didaftarkan secara SAH dibawah bidang kuasa perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan teguran mengenai isu sogit, adat budaya KadazanDusunMurutRungus (KDMR) dan juga personaliti ringkas tentang diri saya.

Sebelum saya memberikan penjelasan yang sebenar, izinkan saya terlebih dahulu untuk menyampaikan salam Takziah kepada keluarga mangsa korban gempa bumi dari Negara Singapura, Negara Filipina, Negara Jepun, Negara China dan khasnya negara saya sendiri, Negara Sabah. Kesedihan itu sangat dirasai walaupun berada jauh dari tanah air. Disini, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memberikan Pengiktirafan dan Penghormatan atas Keberanian dan pengorbanan yang ditunjukan oleh Mountain Guides Gunung Kinabalu ataupun Malim Gunung Kinabalu dalam menyelamatkan pendaki-pendaki gunung yang terkandas dipuncak gunung kinabalu telah memberikan mereka satu status tertinggi sebagai Wira-wira Negara Sabah. Tahniah diucapkan!

Kepada rakyat Negara Sabah khususnya KDMR;

Saya sedar bahawa kenyataan saya didalam Facebook berhubung dengan isu Sogit ini telah mendatangkan kemarahan sehinggakan saya telah menerima kritikan yang hebat. Ini dimalangkan lagi apabila saya berusaha untuk menjelaskannya dengan mengaitkan adat budaya KDMR dalam isu ini. 

Disini saya sertakan komen-komen saya sebagai rujukan semua pihak.

Pertama:

"MAU SOGIT, SOGIT YANG MASUK SABAH CARA HARAM..BUKAN SOGIT PELANCUNG DI GUNUNG KINABALU. DULU ASAL DUSUN PUN BERCAWAT JUGA DAN ADA YANG PEREMPUAN TIDAK BERPAKAIAN JUGA...MAKA BELAJAR DULU SIAPA ITU SABAHAN."

Penjelasan: Saya ingin  membawa anda untuk bersama-sama berfikir untuk perkara ini. Adakah Sogit yang dikenakan kepada seseorang individu ataupun kumpulan itu bersifat "Selective/memilih"? Mari kita ambil beberapa situasi yang telah berlaku dahulu seperti ketika penghinaan dilakukan terhadap adat dan budaya KDMR seperti penobatan "Huguan Siou" kepada "Anwar Ibrahim" yang merupakan "orang luar", dimanakah tindakan sogit dikenakan keatasnya atau pihak yang menobatkannya? Ketika penghinaan pemimpin-pemimpin umno yang mengatakan bahawa KDMR itu adalah melayu, dimanakah sogit dikenakan keatas mereka? Ketika pencerobohan orang luar khususnya syarikat-syarikat malaya dengan bantuan kerajaan dibawah pimpinan bn-umno keatas tanah-tanah adat KDMR, dimanakah sogit yang dikenakan keatas mereka? 

Mereka diatas yang telah dinyatakan adalah golongan yang tahu akan adat budaya KDMR dan sepatutnya perkara ini tidak berlaku tetapi malangnya telah berlaku dan tiada "Sogit" pun dikenakan kepada mereka. Walau bagaimanapun, orang luar seperti warga negara Canada yang langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang adat budaya KDMR kerana tiada pendedahan kepada mereka pula dikenakan Sogit keatas mereka. 

Saya tidak berniat untuk mempertahankan tindakan mereka disebabkan apabila melihat daripada aspek adat budaya KDMR, mereka sememangnya jelas tidak menghormati adat budaya KDMR malah mencemarkannya dengan perbuatan yang tidak senonoh itu TETAPI bagaimana mereka hendak menghormatinya jikalau sebelum ini tiada pendedahan langsung  diberikan kepada mereka? Bukankah ini sesuatu yang tidak adil bagi pihak mereka? Adakah terdapat polisi daripada Taman Negara Sabah yang menyatakan bahawa pendaki "Tidak boleh berbogel" dipuncak? Setahu saya polisi jelas melarang pendaki untuk mengambil barang-barang aneh mahupun tumbuhan sepanjang berada dalam ekspedisi pendakian sahaja. Tambahan lagi, adakah Taman Negara Sabah ada menerangkan "Adat Budaya KDMR" yang mesti dihormati oleh warga luar negara ketika hendak membuat pendakian Gunung Kinabalu? 

Jikalau ini semua tidak ada, bagaimana sesuatu hukuman itu dapat dijatuhkan keatas mereka secara adil? Sememangnya mereka sudah pasti didapati bersalah kerana telah melanggarnya tanpa disedari kerana tiada pendedahan itu sendiri daripada persatuan KDCA mahupun kerajaan Negara Sabah melalui Taman Negara Sabah.

Kedua:

"INI SKARANG BUKAN MASALAH PELANCUNG... INI KEBODOHAN TOUR GUIDE SEBAB TIDAK TAHU KAWAL PELANCUNG. BODOH MACAM UMNO. PATUTLAH KAMU INI SENANG DISUSUN."

Penjelasan: Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kerana kenyataan ini sememangnya kasar untuk didengari namun sila berikan peluang untuk diri anda untuk memahaminya. Perkara ini sememangnya tidak akan berlaku jikalau Mountain Guide bertindak tegas keatas mereka. Mountain Guide mempunyai kuasa penuh untuk mengarah mereka untuk turun segera ataupun memberikan mereka amaran tegas dengan menyatakan seperti "Jikalau anda masih ingin meneruskan niat berbogel, sijil penuh pendakian ataupun separuh tidak akan diberikan kepada anda kerana melanggar/tidak mematuhi nasihat saya sebagai Mountain Guide anda". Apakah anda yakin pendaki-pendaki warga asing dari Canada itu berani untuk mengingkarinya? Jikalau mereka meneruskan juga, pihak Taman Negara Sabah masih tidak mempunyai kapasiti untuk mengenakan tindakan undang-undang keatas mereka kerana polisi untuk melarang perbuatan tersebut tidak wujud. Tindakan undang-undang hanya boleh diambil keatas mereka jikalau polisi itu wujud dan perlanggaran polisi itu berlaku.

Benar, info mengatakan bahawa Mountain Guide sudah berusaha untuk melarang mereka berbuat demikian namun telah diketawakan dan dimaki dengan perkataan "Go to hell". Lantas itu, mountain guide terus membiarkan mereka dan hanya gambar sahaja yang dapat diambil dan telah disebarkan ke dalam Facebook. Inilah yang menjadi kemarahan awam khususnya KDMR.

Saya akui bahawa perkataan "Bodoh" itu terlalu kasar untuk didengari dan saya memohon maaf untuk itu namun ia adalah satu kenyataan marah yang ikhlas kerana ketidaktegasan itu telah menyebabkan perkara ini menjadi serius. Daripada hal ini, ia boleh digambarkan secara keseluruhan tentang bagaimana begitu mudah rakyat negara Sabah diperbodohkan seperti mana umno-bn memperbodohkan rakyat negara Sabah sehinggakan sampai satu peringkat yang mana rakyat Negara Sabah begitu senang disusun. Ini adalah realiti. 

Dalam penjelasan ini, saya memberikan pandangan dalam dua sudut iaitu sudut perundangan dan juga sudut adat budaya. Dalam sudut perundangan, warga asing ini tidak melanggar undang-undang negara tetapi jikalau melihat sudut adat budaya, jelas ia telah melanggarinya tanpa disedarinya.

Saya mempertahankan adat budaya KDMR dan sememangnya itulah tanggungjawab bagi Orang Asal yang berasal daripada rumpun KDMR tetapi untuk perkara ini, saya mohon pertimbangan daripada anda semua untuk memahaminya. Bukan menghina atau menafikannya tetapi untuk kita bersama-sama fikirkan secara rasional dan matang.

Kejadian gempa bumi ini juga seharusnya dilihat melalui 3 sudut iaitu dalam sudut Saintifik dan logikal, budaya dan spiritualiti, dan juga keagamaan. Jikalau kita percaya kepada sudut saintifik dan logikal bahawa ia berlaku disebabkan oleh pergerakkan plat bumi, maka itulah jawapan keatas kejadian ini. Jikalau kita melihat kepada budaya dan spiritualiti, gempa bumi ini berlaku disebabkan oleh perbuatan warga asing ini sehingga mendatangkan kemarahan semangat penjaga gunung, maka itulah jawapannya. Dan jikalau kita mempunyai kepercayaan agama, sudah tentu kita tahu bahawa ia adalah kekuasaan Maha Pencipta dan kejadian ini sudah tentu mempunyai hikmah menurut kepercayaan agama masing-masing.

Untuk itu, saya memohon anda semua untuk sila pertimbangkan segala penjelasan yang telah saya berikan untuk perkara ini. Berikan peluang kepada diri anda semua untuk memahaminya tanpa menyempitkan kotak pemikiran anda dengan hati yang terbuka, matang dan professional.

Personaliti Ringkas Tentang Diri Saya

Ingin saya perjelaskan bahawa saya mempunyai hak penuh untuk memberikan pandangan, kritikan dan provokasi mengikut isu dan keadaan. Anda semua sedar bahawa saya kerap mengetengahkan komen-komen yang pada anggapan saya perlu diberi perhatian. Ini adalah bertujuan untuk saya mempertahankan diri saya daripada cemuhan dan persepsi negatif orang luar. Jangan samakan diri saya dengan pemimpin-pemimpin luar yang memiliki Facebook dan membiarkan orang luar menghentam sesuka hati kerana bagi saya, jikalau ia perlu diberikan respon, saya akan lakukan. Anda sendiri mampu melihat didalam akaun Facebook saya.

Rakyat Negara Sabah dan Rakyat Negara Sarawak perlu membebaskan diri daripada kekangan sensitiviti yang menghadkan perbincangan khususnya seperti keagamaan. Perkara 1 dalam 20 Perkara dan 18 Perkara jelas mengatakan bahawa Negara Sabah dan Negara Sarawak tidak mempunyai agama rasmi dan juga bebas beragama. Perbincangan yang sihat tentang agama seharusnya tidak dipandang serong kerana jikalau itu sudah berlaku, tidakkah anda semua sedari bahawa anda sebenarnya telah dijangkiti virus sensitiviti malaya. Dahulu, perkara ini tidak pernah berlaku di bumi Borneo, mengapa pula hari ini boleh wujud? Salahkah jikalau saya katakan bahawa pengaruh malaya kini sudah jelas perlahan-lahan meresapi kedalam diri anda semua secara tidak langsung yang mana ia jelas dapat dilihat melalui penerimaan ideologi-ideologi politik malaya seperti umno-bn dan pr?

Apa yang selalu disentuh oleh saya adalah hanya berlandaskan kepada 20 Perkara, 18 Perkara dan Perjanjian Malaysia 1963. Jikalau perkara itu dilarang untuk disentuh, maka apakah maknanya memiliki Perkara-Perkara dan Perjanjian ini tetapi tidak boleh disentuh? Bukankah ia sangat pelik dan seharusnya tidak berlaku?

Saya akui bahawa saya kerap menimbulkan provokasi yang khususnya mengenai kesedaran Hak Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak tetapi ia sebenarnya untuk kesedaran. Disamping itu juga, ia adalah bertujuan untuk melihat sejauh manakah kematangan dan penerimaan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak tentang sesetangah isu yang dibangkitkan oleh saya. apa yang dapat saya perkatakan ialah kebanyakannya sudah mula mampu untuk menerimanya jikalau dibandingkan daripada sejak isu-isu mengenai hak Bangsa ini dibangkitkan beberapa tahun dahulu. Sedarkah bahawa dengan kesedaran yang anda perolehi ini, kerajaan persekutuan dan kerajaan negara masing-masing iaitu Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak telah menampakkan ketakutan dan keakuhan untuk tunduk kepada suara kebangkitan rakyat? Yang jelasnya boleh dilihat di Negara Sarawak. Di negara Sabah, kerajaan perlu dan mesti ditukar agar kesedaran itu akan merebak dengan lebih pantas. Ini kerana kesedaran di Negara Sabah dihalang dan dipesongkan oleh barua-barua tegar malaya daripada umno dan bn yang pro malaya. Tetapi jikalau ia terlalu keterlaluan, saya ingin meminta maaf.

Inilah diri saya. Saya seorang yang berfikiran terbuka dan mampu menerima teguran dan kritikan tetapi jikalau ia sudah melebihi batas, saya juga mempunyai hak untuk menonjolkan perasaan marah. Selain itu, jikalau jawapan dan komen saya kelihatan tidak perofessional dan kebudak-budakan, itu adalah kelemahan dan kekurangan diri saya. Untuk itu, sekali lagi saya ingin memohon maaf.

Saya tidak mengimpikan untuk menjadi Presiden ataupun Menteri kepada sebuah Negara yang bakal muncul tidak lama lagi tetapi cukuplah untuk menjayakan misi tersebut kerana itu bukanlah peranan saya. Peranan saya hanyalah untuk memberikan kesedaran dan membawa suara-suara bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak ke Peringkat Antarabangsa dan memperjuangkan di peringkat itu agar perhatian dan pembelaan daripada pihak antarabangsa dapat diberikan kepada bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak. Selebihnya, untuk pengurusan negara selepas merdeka daripada persekutuan yang gagal ini, saya serahkan kepada generasi-generasi muda yang mempunyai semangat Nasionalisme pada Tanah Air masing-masing iaitu Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Dengan itu, saya akhiri kata-kata saya dengan lafaz Pergo Et Perago dan Dum Spero Spiro.

Wednesday, 13 May 2015

Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) terhadap kenyataan akhbar online Filipina tentang kerjasama Malaysia dengan MNLF


Salam sejahtera, salam hormat, salam Kemerdekaan Negara Sabah dan Kemerdekaan Negara Sarawak untuk kali ke-53 tahun saya ucapkan kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones, mewakili kumpulan sosial didalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini sudah didaftarkan secara SAH dibawah bidang kuasa perundangan Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) dan bergerak aktif di Borneo dan di peringkat antarabangsa dengan nama NGO Sabah Sarawak Union (SSU-UK) ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan berita luar negara daripada Republik Filipina dengan tajuk "Malaysia invites MNLF for talks on Sabah, Sarawak". 

Dalam kenyataan akhbar online ini yang bernama Philstar, jurucakap Moro National Liberation Front (MNLF), Absalom Cerveza berkata bahawa mereka (MNLF) telah menerima jemputan untuk perbincangan tentang keberangkalian untuk memasukkan wilayah Sabah dan Sarawak ke dalam Republik Bangsamoro [1]. Tambahannya lagi, jemputan khas telah disampaikan oleh wakil kepada pemimpin MNLK, Nur Misuari namun jemputan tersebut belum diberi maklumbalas [2]. Selain itu, jurucakap MNLF memberitahu bahawa mereka belum jelas tentang agenda mesyuarat tersebut namun apa yang pasti isu mesyuarat tersebut adalah tentang usaha untuk memasukkan wilayah Sabah, Sarawak ke dalam wilayah Republik Bangsamoro yang merangkumi Basilan, Mindanao, Sulu, Tawi-Tawi, dan Palawan [3]. Selain itu juga, Cerveza mendakwa kononnya diawal pembentukkan persekutuan malaysia, kesultanan sulu telah memasukkan Sabah dan Sarawak [4]. Tambahannya lagi, kerajaan malaysia sememangnya mempunyai jalinan kerjasama sejak dahulu lagi sehingga mewujudkan kem latihan ketenteraan di malaysia (Sabah) diawal tahun 70an. Kini, malaysia didakwanya ingin mewujudkan semula jalinan kerjasama tersebut [5].

Pertama [1], pihak kami tidak terkejut apabila mendapat berita ini daripada portal Filipina. Ini kerana sememangnya dan sudah terbukti bahawa kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia dan kini sedang diterajui dibawah dominasi politik bn-umno telah  dan sedang mengkhianati bangsa Negara Sabah khususnya dalam hal Kuasa Kedaulatan dan Kuasa Kemerdekaan. Masa depan Bangsa Negara Sabah dipermainkan dan didokong oleh barua-barua malaya yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin tempatan yang berada didalam parti umno Sabah, pbs, upko, pbrs, ldp, mca dan gerakan. Jikalau benar apa yang dilaporkan oleh artikel yang telah disiarkan ini, maka ini adalah satu PENGKHIANATAN BERAT yang sedang dilakukan oleh kerajaan dibawah kepimpinan najib razak. Pihak kami masih sedang menyiasat akan perkara ini tetapi apa yang dapat diperkatakan untuk peringkat awal, ia adalah seolah-olah bn-umno sedang berusaha untuk mewujudkan satu lagi raksasa ketakutan yang akan digunakan untuk pru-14 pada tahun 2018. 

Kedua [2], jemputan khas yang telah disampaikan oleh wakil kerajaan malaysia kepada pemimpin MNLF adalah satu usaha untuk "Menikam Belakang" kerajaan Republik Filipina. Dengan usaha sebegini, bukankah ini jelas bahawa kerajaan malaysia sedang mengganggu Kedaulatan negara jiran di Asia Tenggara? Apakah akan ada lagi usaha untuk melatihkan pasukan pemberontakkan  dan pembekalan senjata api kepada MNLF untuk membantu mereka menentang kerajaan Republik Filipina? Adakah ini adalah antara agenda yang ingin dijayakan dengan syarat MNLF membantu untuk menghuru-harakan Negara Sabah agar lakonan drama ini mampu menakutkan bangsa Negara Sabah daripada meneruskan usaha untuk memerdekakan negara Sabah daripada cengkaman penjajahan malaya?

Ketiga [3], pihak kami memahami usaha MNLF untuk mendapatkan kemerdekaan bagi wilayah yang dituntut dikawasan Filipina namun apabila ia menyatakan bahawa Negara Sabah dan Negara Sarawak adalah tersenarai daripada agenda mereka, maka dengan itu pihak kami menentang habis-habisan akan usaha tersebut. Filipina sering menggunakan sejarah sebagai alasan untuk mereka meneruskan tuntutan keatas Negara Sabah. Tetapi apabila kajian mendalam dan terperinci dilakukan malah ia telah dibawakan ke peringkat antarabangsa iaitu International Court of Justice (IJC), tuntutan mereka (Filipina) ternyata dengan jelas adalah terbatal, tidak berasas dan tidak diperakui. Sejarah yang telah direkodkan di Negara Brunei telah membuktikan bahawa Sultan Brunei tidak pernah menyerahkan hak pemilikkan keatas Sabah kepada kesultanan sulu. Itu semua sudah tercatat didalam rekod sejarah Negara Brunei. Kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan malaysia pula telah membuat sejarah longkang dan memutar-belitkan fakta sejarah ini tanpa merujuk kepada sumber sejarah yang sahih di Negara Brunei dengan menggunakan isu ini sebagai permainan politik mereka. Ia didalangi oleh umno-bn Sabah. Rakyat Negara Sabah mesti membuat laporan Polis terhadap kerajaan malaysia kerana sedang melakukan satu konspirasi untuk menjahanamkan Negara Sabah khususnya dalam kontek isu ini. Ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh-temeh.

Keempat [4], pihak kami yakin bahawa jurucakap ini mempunyai kecetekkan ilmu sejarah dan dibuai oleh mimpi siok sendiri. Dakwaan seperti ini adalah dakwaan bodoh. Sila rujuk artikel "Sabah and the Sulu Claim" dan "Sultan Brunei TIDAK pernah serahkan Timur Sabah kepada sulu" untuk memahami sejarah sebenar yang berfakta tanpa manipulasi daripada malaya. Satu lagi, sejak bila Negara Sarawak mempunyai jalinan sejarah dengan kesultanan sulu? Tidakkah ini sudah jelas umno dibawah kepimpinan najib sedang menyampaikan isyarat untuk mengancam Kerajaan Negara Sarawak secara tidak langsung dibawah kepimpinan Ketua Menteri Negara Sarawak, Tan Sri Adenan Satem? 

Kelima [5], Gerombolan pemimpin-pemimpin bn-umno Sabah adalah orang yang mesti bertanggungjawab penuh terhadap segala permasalahan yang timbul di Negara Sabah terutama sekali dalam aspek keselamatan. Pemberian IC secara haram untuk  menjadikan orang asing sebagai warganegara ini telah memberi ancaman kepada landskap politik Negara Sabah. Ini kerana kemenangan bn-umno bukanlah berdasarkan kepada sokongan majoriti rakyat tempatan tetapi adalah atas sokongan warganegara asing yang telah dilayakkan melalui projek IC agar kuasa politik rakyat Tempatan dalam memilih kerajaan dapat dinafikan. Kini, adakah rakyat tempatan Negara Sabah masih buta, pekak dan bisu dalam hal ini? Apakah rakyat Negara Sabah masih terlalu bodoh untuk terus menyokong bn-umno agar dapat menghancurkan masa depan generasi Negara Sabah? Apakah anda akan terus mempertahankan pemimpin-pemimpin bn-umno di Negara Sabah yang jelas sedang mengkhianati anda serta menjahanamkan Negara Sabah dengan permainan politik yang kotor, hina dan jijik ini?

Sila luangkan masa anda untuk berfikir sejenak. Adakah anda benar-benar masih mahu mempertahankan mereka untuk pru14 pada tahun 2018? Lihat anak-anak kecil anda yang kian membesar, golongan remaja yang kian menjadi dewasa serta pasangan yang ingin dan baru berkahwin. Apakah anda ingin menghancurkan masa depan mereka dengan kebodohan anda yang bermati-matian mempertahankan PENGKHIANAT DAN PENJAHANAM BANGSA (bn-umno)??? Jikalau tidak, sebarkan mesej ini dan sampaikan kepada semua orang untuk pengetahuan mereka bahawa bn-umno di Negara Sabah MESTI DITUMBANGKAN sepenuhnya sebagai tindak balas terhadap pengkhianatan mereka terhadap Bangsa Negara Sabah. Terakhir sekali, betulkan sejarah Negara Sabah dan Negara Sarawak yang salah didalam buku teks sejarah sekolah!

Wednesday, 12 November 2014

Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) berhubung dengan aktiviti memungut tandatangan di Tambunan


Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Disini, pihak SSKM-SSU(UK) ingin membuat satu kenyataan rasmi berhubung dengan aktiviti yang telah dijalankan oleh NGO SSPR yang telah membantu dan bekerjasama dengan pihak kami dalam merancakkan pungutan tandatangan dikalangan penduduk Negara Sabah di Pekan Kundasang, Ranau pada 7 November 2014 dan Tambunan pada 9 November 2014.

Sepanjang aktiviti mereka dijalankan di Tambunan, pihak Polis telah menghantar CID dan SB untuk memantau pergerakkan aktiviti memungut tandatangan. Gambar dan video telah dirakamkan untuk tujuan catatan rekod Polis. 

Pihak Polis juga telah mengajukan soalan-soalan kepada ahli-ahli SSPR yang dipimpin oleh En.Jalibin Paidi. Segala persoalan dijawab dengan bijak, matang dan professional tanpa sebarang masalah.

Sebaik sahaja aktiviti memungut tandatangan di Tambunan berakhir, pihak SSPR telah dimaklumkan oleh pihak Polis bahawa mereka perlu datang ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Ranau untuk memberikan keterangan pada 11 November 2014.

Pihak SSKM juga telah difahamkan bahawa IPD Keningau juga akan datang untuk mendapatkan keterangan mereka kerana aktiviti tersebut dilakukan di daerah Tambunan yang merupakan dibawah jagaan IPD Keningau.

Polis telah menyenaraikan 10 nama ahli-ahli SSPR yang perlu datang ke Balai untuk memberikan keterangan. Mereka adalah seperti berikut:

En.Ungkung J.Dusin, En.Jalibin Paidi, En.Vatius Mojitoh, En.Wilson Mahat, Cik.Feruna Jaumi, En.Azman Mohamad, En.Jacky Mait, En.Albius Jalio, En.Joseph Kolis dan Cik.Laupima Ibin.

Sesi mengambil keterangan bermula pada jam 10.45am dan berakhir pada jam 4.00pm.

Melalui maklumat yang disampaikan oleh En.Jalibin yang merupakan Presiden NGO Satu Semangat Perjuangan Rakyat (SSPR), beliau mengatakan bahawa seramai empat (4) anggota Polis telah menyoal mereka satu persatu. Antara soalan yang ditanya oleh pihak Polis ialah "Siapa Ketua? Apa Peranan? Apa tujuan pungut tandatangan? Siapa yang suruh? Apa itu SSPR dan SSKM? Apa yang terkandung dalam MA63? dan siapa semua yang terlibat?"

Selain itu juga, latar belakang semua ahli yang tersenarai dalam 10 orang telah disoal dan direkodkan. Respon daripada En.Jalibin berhubung dengan perkara ini ialah beliau berpuas hati dengan cara pihak Polis membuat siasatan kerana ia dilakukan tanpa sebarang kekerasan, professional dan sangat berbudi bahasa.

Menurut pegawai penyiasat, hasil siasatan tersebut akan dipanjangkan ke Pejabat Peguam Negara untuk diputuskan sama ada pendakwaan dilakukan ataupun tidak.

Apabila diminta perkongsian beliau tentang apakah perkara yang menarik sepanjang sesi memberi keterangan tersebut, beliau mengatakan bahawa pihak mereka gembira kerana dapat memberikan mereka kefahaman tentang Perjanjian Malaysia 1963 dan kepentingannya terhadap Bangsa Negara Sabah serta mengapa ia perlu dituntut secara demokrasi mengikut undang-undang.

Sebarang pendakwaan keatas pergerakkan dan aktiviti memungut tandatangan ini akan dibela oleh Barisan Peguam Nasionalis Borneo. 

Persoalannya, adakah aktiviti memungut tandatangan ini merupakan satu kesalahan? Tidak. Jikalau terdapat pendakwaan, ia akan dibuktikan didalam makhamah.

Harap Maklum.

Wednesday, 5 November 2014

Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) berhubung dengan Aktiviti Pungutan Tandatangan di Ranau, Kota Marudu dan Pitas.


Salam sejahtera, Salam Kemerdekaan Negara Sabah dan Kemerdekaan Negara Sarawak untuk kali Ke-51 Tahun. Disini, pihak SSKM-SSU(UK) ingin membuat satu kenyataan rasmi berhubung dengan aktiviti yang telah dilakukan oleh Tenaga Penggerak Sukarelawan SSKM yang bergerak dibawah NGO berdaftar yang bernama Sabah Sarawak Union (SSU)-UK dengan kerjasama NGO Tempatan di Ranau iaitu Semangat Satu Perjuangan Rakyat (SSPR) dibawah kepimpinan En.Jalibin Paidi.

Untuk pengetahuan umum, pada 25 October 2014, satu aktiviti Kerjasama NGO SSKM-SSU(UK) & SSPR telah berlangsung di Pekan Ranau yang bertujuan untuk memungut tandatangan bagi menyokong Perjuangan dalam membawa Petition SSKM kepada Perhatian United Nation (UN) agar Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 dikaji semula statusnya.

Aktiviti tersebut berjalan dengan lancar dan maklum balas yang diperolehi daripada orang ramai sangat baik dan membina. Penerangan secara ringkas dan padat telah diberikan sebelum tandatangan dipungut. Satu perkara yang perlu diketahui ialah tiada paksaan terhadap mana-mana individu yang menurunkan tandantangan mereka pada petition tersebut.

Sebaik sahaja aktiviti tersebut selesai, pihak SSPR dibawah kepimpinan En.Jalibin telah dipanggil pihak Polis untuk membuat keterangan berhubung dengan aktiviti yang telah dijalankan. Menurut beliau, terdapat pihak yang telah membuat laporan Polis yang kononnya aktiviti tersebut telah melanggar akta perhimpunan awam.

Sebaik sahaja pihak SSPR yang diwakili oleh En.Jalibin Paidi dan En.Ady Kaloy menghadirkan diri dibalai Polis untuk memberikan kerjasama, pelbagai jenis soalan telah dihujankan kepada mereka. Namun, jawapan diberikan dengan tenang, matang dan professional.

Setelah keterangan diberikan, En.Jalibin mengatakan bahawa individu yang membuat laporan Polis terhadap aktiviti yang dianjurkan tempoh hari adalah Polis sendiri. Ini bermaksud, Polis telah membuat laporan Polis itu sendiri. Pelik tapi benar dan itulah realiti yang berlaku. Menurut beliau lagi, keterangan yang telah diambil kononnya akan dibawakan kepada Peguam Negara untuk mendapatkan tindakan lanjut.

Satu program yang sama telah diadakan di Kota Marudu yang mana SSKM-SSU(UK) telah bekerjasama dengan NGO Momogun Movement For Self Determination (MOSIK) pada 18 October 2014 dibawah kepimpinan En.Jebon Jenaun. Aktiviti tersebut telah dimaklumkan kepada pihak Polis dan seorang CID telah datang menghadirkan diri untuk mengetahui info yang disampaikan dalam pertemuan tersebut. Walau apapun, ia bergerak dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Walau bagaimanapun, satu kejadian yang mana sepasukan Polis daripada balai Polis Pitas dan Kota Marudu telah datang ke kawasan Kanibongan di Kg.Sinukab, Pitas. Melalui maklumat yang diterima, salah satu penduduk kampung tersebut telah membuat laporan kepada seorang lantikan BN yang diberikan jawatan sebagai pemaju mukim kanibongan Pitas tentang aktiviti Pungutan Petition. Orang lantikan politik tesebut telah membuat laporan polis di daerah pitas. Tarikh dan masa kejadian tidak dapat disahkan kerana terdapat halangan komunikasi yang sedang diusahakan untuk diselesaikan.

Pihak SSKM-SSU(UK) ingin maklumkan kepada umum khususnya kepada anggota keselamatan iaitu Polis bahawa setiap pertemuan dan aktiviti yang bakal diadakah adalah mengikut garis panduan undang-undang. Tiada istilah fitnah mahupun penipuan yang disampaikan tetapi adalah lebih kepada Perkongsian Maklumat seperti Sejarah berfakta untuk Kesedaran Awam. Bak kata pepatah mengatakan "Lukai saya dengan Kebenaran tapi jangan Tenangkan saya dengan Penipuan".

Oleh itu, pihak SSKM ingin meminta agar semua Sukarelawan-sukarelawan yang merupakan Pejuang-Pejuang Kebangsaan Negara Sabah dan Pejuang Kebangsaan Negara Sarawak untuk memaklumkan kepada pihak SSKM-SSU(UK) secepat yang mungkin jikalau terdapat sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti Pungutan Tandatangan agar kejadian-kejadian seperti ini dapat direkodkan untuk rujukan. 

Harap Maklum.

Monday, 3 November 2014

Kenyataan RASMI SSKM-SSU (UK) terhadap NGO SAPA

Saya Doris Jones ingin membuat satu kenyataan rasmi mengenai satu kenyataan yang dikeluarkan daripada satu pihak yang jelas bertujuan untuk memperlekehkan usaha dan perjuangan SSKM yang bergerak dibawah nama Sabah Sarawak Union (SSU)-UK. Pihak yang saya maksudkan ialah daripada pihak Sarawak People's Aspiration (SAPA) yang dipimpin oleh Lina Soo.

Kenyataan saya ini bukan bertujuan untuk mencalarkan imej perjuangan SAPA namun adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mempertahankan perjuangan ini daripada terus dihina dan difitnah oleh mereka dalam kumpulan NGO SAPA.

Saya akan menjawab persoalan demi persoalan yang telah dikemukan kepadanya daripada seseorang dengan jawapan daripada pihak SSKM sendiri dan BUKAN daripada pihak SAPA.

Soalannya adalah adakah Tandatangan di Go-Petition itu tidak sah dan batal?

Untuk soalan ini, saya telah maklumkan kepada umum dahulu bahawa ia sebenarnya adalah sah dan diterima sebagai satu Petisyen rasmi. Go-Petition telah berjaya dalam membantu banyak NGO diperingkat antarabangsa dalam membawakan permasalahan dan perjuangan mereka kepada perhatian kerajaan dan dunia. Ia juga telah berjaya dibawakan ke dalam sidang Parlimen antarabangsa dan tindakan serta maklumbalas terhadap petisyen daripada Go-Petition adalah sama keberkesanannya terhadap petisyen yang dibuat secara manual. Perkara ini juga telah disahkan sendiri oleh Pihak Pentadbiran Go-Petition. Kenyataan yang mengatakan bahawa Go-Petition Online itu tidak sah dan tidak akan diterima adalah tidak benar sama sekali.

Untuk pengetahuan umum, pihak SSKM adalah terlebih dahulu memulakan pungutan Petition pada 2012 secara online dengan target menimum sebanyak 300,000. Ini merupakan standard antarabangsa.

Saya berasa hairan dengan kenyataan daripada Presiden SAPA iaitu Lina Soo yang seolah-olah menampakkan dirinya itu hebat sangat sehingga berani memberi jaminan sedemikian rupa dengan menafikan bahawa Petition yang dilakukan oleh pihak SSKM ini adalah "Null" dan "Void".

Antara poin yang digunakan untuk menafikan usaha pihak SSKM ialah "Sesiapa juga boleh menandatangani Petisyen Online ini.  Biarpun Elvis Presley, Michael Jackson, Cleopatra dan sebagainya". Terdapat juga kenyataan daripada seseorang yang mengatakan "memang benar, sebab saya juga telah melakukannya berulang kali".

Tidakkah mereka, iaitu pihak SAPA pernah terfikir akan kesan daripada kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini kepada usaha untuk membawa suara Borneo ini diperingkat antarabangsa? Jikalau mereka mengatakan sedemikian rupa, saya juga boleh katakan sama seperti mereka bahawa "Elves Presley, Nelson Mandela, Micheal Jackson (termasuk mereka yang sudah meninggal) dan sebagainya juga boleh menandatangani petisyen SAPA." Bagaimana? Sedap untuk anda dengar? 

Pihak SSKM tidaklah sebegitu bodoh seperti yang pihak SAPA fikirkan. Pihak kami mempunyai Kumpulan yang bertanggungjawab untuk membuat penapisan terhadap petisyen tersebut. Maklumat yang dilihat seperti SPAM ataupun palsu akan dipadamkan daripada sistem. Pihak kami tidak akan membenarkan perkara seperti ini berlaku sama sekali. Pihak kami akan membuat semakan demi semakan setiap minggu dan bulan. Tidak dapat dinafikan bahawa memang ada golongan individu mahupun kumpulan yang tidak bertanggungjawab yang mensemakkan petisyen online SSKM. 

Setakat ini, pihak SSKM tidak pernah melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab terhadap petisyen SAPA. ini kerana pihak SSKM menghormati perjuangan SAPA yang BERBEZA daripada SSKM.

Pihak kami akan mencetak semua maklumat dalam Petisyen Online SSKM untuk dibawakan sebagai bukti bahawa ia adalah suara rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Saya juga ingin membuat kenyataan rasmi bahawa pihak SSKM TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN KERJASAMA DENGAN SAPA DALAM APA CARA SEKALIPUN. Ini kerana teras perjuangan mereka tidak selari dengan teras dan prinsip SSKM yang memfokuskan kepada Perjuangan yang Demokrasi, Matang dan Professional tanpa menabur fitnah terhadap mana-mana pihak. Pihak SSKM hanya akan membuat satu-satu kenyataan rasmi jikalau mana-mana pihak cuba menfitnah perjuangan SSKM ini yang bergerak dibawah naungan Sabah Sarawak Union (SSU)-UK yang telah berdaftar secara sah dibawah Perundangan Bidang Kuasa United Kingdom (UK).

Untuk di Borneo khususnya di Negara Sabah, pihak SSKM mempunyai persefahaman dengan NGO Momogun Seek For Self-Determination (Mosik), Semangat Satu Perjuangan Rakyat (SSPR), United Borneo Front (UBF), Sabah Freedom Movement (SFM) dan Borneo Youth Revival (BYR).

Diperingkat antarabangsa pula, pihak SSKM yang bergerak dibawah nama Sabah Sarawak Union (SSU)-UK mempunyai hubungan kerjasama lebih daripada 60 NGO antarabangsa tetapi saya ingin nyatakan 12 daripada NGO yang saya aktif dalam pergerakan mereka. NGO tersebut adalah Transnational Government of Tamil Ealam (TGTE), Kurdhistan Government in EXILE, Kesri Lehar-Sikh Genocides, Balochistan Human Rights Movement, Sindhi Movement, Freedom for West Papua, Freedom for Catalonia, Yes England, Referendum for Scotland, Free Tibet, Freedom for Welsh, Sourthern Cameron Freedom Movement, South Azerbaijen Campaign for Freedom.

Ramai yang bertanyakan kepada saya, adakah kami perlu membawa kedua-dua petisyen ini iaitu Petisyen SSKM dan SAPA apabila bergerak untuk memungut tandatangan? Saya memberikan mereka penjelasan seperti berikut. 

Adalah sukar untuk berbuat demikian. Anda perlu memutuskannya sama ada mahu membawa petisyen SSKM ataupun SAPA sahaja. Ini kerana anda akan mengalami kesukaran untuk memberi penerangan kepada rakyat nanti. Ini kerana, bagaimana anda ingin menerangkan mereka untuk satu petisyen dengan penerangan yang panjang lebar dan apabia beralih kepada satu petisyen lagi, anda perlu melakukan perkara yang sedemikian juga? Apabila masalah ini timbul, ia bakal mengelirukan orang awam seolah-olah ada dua kumpulan yang sedang bersaing untuk membawa Perjuangan ini diperingkat antarabangsa. Namun, jikalau para sukarelawan sanggup untuk membawa kedua-dua petisyen ini sekali, tiada halangan untuk berbuat demikian. Dengan syarat, jangan memburuk-burukkan mana-mana pihak.

Perkara yang berlaku di Borneo, Negara Sabah dan Negara Sarawak sememangnya telah mendapat perhatian antarabangsa dan setiap pergerakan dan permasalahan yang timbul dimaklumkan kepada United Nation (UN)-UK agar mereka memahami keadaan yang sedang berlaku. Ini kerana, saya sendiri merupakan ahli United Nations (UN)-UK yang sah.

Disini, saya ingin mengambil satu langkah yang membina iaitu saya bagi wakil SSKM yang bergerak dibawah NGO berdaftar dibawah Perundangan United Kingdom (UK) yang bernama Sabah Sarawak Union (SSU)-UK berharap agar pihak SAPA menghentikan usaha mereka yang merendahkan usaha pihak SSKM kerana pihak SSKM tidak pernah untuk merendahkan usaha SAPA malah menghormati serta membantu secara tidak langsung.

Jentera yang digunakan adalah berbeza namun misi adalah tidak jauh bezanya. Jangan ganggu usaha pihak SSKM dan pihak SSKM juga tidak mengganggu SAPA.

Saya berharap kenyataan rasmi ini mampu untuk mencerahkan keadaan yang selama ini timbul. Setiap perbezaan mempunyai keunikannya tersendiri dan biarlah ia menjadi kelebihan masing-masing tanpa ada prasangka yang negatif. Siapa yang dulu berjaya, ingin pihak SSKM ucapkan tahniah terlebih dahulu.

Bukan nama yang menjadi rebutan tetapi nasib Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak itu yang menjadi misi utama untuk diperjuangkan.

Harap maklum.

Wednesday, 22 October 2014

Kenyataan RASMI SSKM terhadap TUDUHAN LIAR Pemimpin UPKO

Saya Doris Jones ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan Tuduhan Liar daripada seorang pemimpin dalam Komponen Barisan Nasional (BN) iaitu daripada Parti United Pasok Kadazan Organisation (UPKO). Pemimpin yang dimaksudkan ialah YB.Datuk Madius Tangau yang merupakan Presiden Sementara UPKO.

Pada mulanya, saya mengambil pendirian untuk berdiam dan tidak mengendahkan perkara ini, namun apabila pihak daripada UPKO yang dipimpin oleh Madius Tangau telah menyebarkan fitnah dengan bersungguh-sungguh, ini sekaligus mencerminkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana, kenyataan yang dibuat olehnya itu adalah tidak benar sama sekali.

Madius Tangau telah membuat tuduhan liar dengan niat jahat terhadap saya kononnya saya adalah orang disebalik Page Facebook yang bernama "Semenanjung Malaysia Anti Sabah dan Sarawak".

Untuk pengetahuan umum, pihak kami SSKM juga menentang usaha page tersebut yang cuba menyimbah minyak petrol ke dalam api apatah lagi dalam keadaan sekarang yang sangat tegang. Tiada sebab yang logik untuk pihak SSKM dibawah kepimpinan saya untuk melakukan niat jahat seperti mana yang dilakukan oleh page tersebut. 

Pihak SSKM menentang sepenuhnya diskriminasi perkauman dan sentimen keagaaman yang radikal, yang bertujuan untuk mewujudkan persengketaan rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Ini kerana, di Negara Sabah dan Negara Sarawak, perkara seperti penghinaan agama itu bukan budaya Bangsa Borneo. Namun, tidak dapat disangkalkan juga terdapat bibit-bibit yang mula timbul di Negara Sabah, khususnya hasil daripada pengaruh budaya malaya yang bermotifkan politik semata-mata. 

Page Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia - SSKM diwujudkan kerana ia adalah untuk menyelamatkan "Nama Kumpulan" daripada disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini secara tidak langsung berjaya mengekang usaha untuk menjatuhkan imej perjuangan SSKM.

3 tahun dahulu, SSKM bergerak dan aktif dalam "Closed Group" Facebook. Ini kerana pihak SSKM hanya memfokuskan kepada penyebaran kebenaran fakta sejarah dikalangan ahli-ahli yang ada dalam kumpulan sahaja. Namun, usaha untuk menyebarkannya kepada umum perlu dilakukan agar peratusan salah faham terhadap perjuangan SSKM dapat diturunkan ke tahap yang minima. Atas sebab itulah Page Facebook SSKM diwujudkan.

Maka, kenyataan yang kononya mengatakan bahawa saya dalang disebalik Page JAHAT itu daripada mulut seorang pemimpin UPKO adalah tidak benar sama sekali. Kini, rakyat Negara Sabah mampu menilai kredibiliti dan kualiti kepimpinan yang wujud pada seorang pemimpin yang tidak berfikir sebelum bercakap. Tidak hairanlah mengapa perjuangan UPKO semakin hari semakin menuju ke lembah curam kerana memiliki seorang pemimpin berkepimpinan yang tidak memiliki jati diri sebagai Bangsa Negara Sabah.

Satu lagi perkara, saya adalah anak kelahiran Bangsa Negara Sabah dan sudah tentu saya tidak berasal daripada Kapit, Negara Sarawak.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...