Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

A true Independence is a MUST in Borneo For Sabah and Sarawak.

Sabah (formerly known as North Borneo) and Sarawak MUST gain back its Freedom through a REAL Independence.

Showing posts with label Azroy. Show all posts
Showing posts with label Azroy. Show all posts

Sunday, 23 August 2015

Forum MA63 Anjuran UMNO Tenom/Datuk Raime Unggi

1. Saya menghargai dan ucapkan terima kasih atas jemputan melalui panggilan telefon dan mesej facebook oleh pihak penganjur. Namun saya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan ini.

2. Selain daripada sudah ada program yang telah lama dirancang, buat masa ini saya masih tidak bersedia 'bekerjasama' dengan UMNO untuk bercakap soal MA63 apatah lagi melalui forum-forum kerana saya sudah lama melaluinya sebelum ini. Ada yang mungkin beranggapan saya prejudis, tetapi tolong baca hujah saya.

3. Saya berpendirian begitu bukan semata-mata kerana prinsip politik melawan UMNO sebagai parti pemerintah yang korup dan zalim, tetapi berdasarkan kepada hujah bahawa UMNO sebagai parti pemerintah yang ada kuasa tidak perlu buat forum untuk sekadar sebuah pemahaman sejarah dan dokumen. 

4. Sebagai parti pemerintah, bukan sahaja dalam Kerajaan Sabah tetapi menguasai Kerajaan Persekutuan Malaysia maka menjadi tugas mereka sepatutnya merangka dasar dan polisi untuk melaksana dan mengimplementasi sistem berdasarkan perjanjian yang telah dibuat pada tahun 1963 antara Persekutuan Tanah Melayu, North Borneo/Sabah, Sarawak dan Singapura sebagai bekas koloni British, bukannya sekadar cakap-cakap di dalam dewan untuk memperlihatkan bahawa UMNO juga memperjuangkan HAK SABAH.

5. Jika tujuannya hanya untuk pemahaman, sebagai kerajaan yang berkuasa, ia boleh dimulakan secara nyata di sekolah2, IPTA/IPTS dan yang lebih mudah melalui JABATAN PENERANGAN DAN RTM serta media perdana yang dikuasai kerajaan. Tidak hanya dibuat dalam forum yang dihadiri oleh seratus atau seribu orang.

6. Saya beri satu analogi, jika saya seorang anggota polis yang memiliki gari dan pistol di tangan, melihat seorang pencuri sedang merompak, apakah saya sekadar bercakap kepada masyarakat bahawa saya sepatutnya boleh menangkapnya atau saya terus bertindak/merangka tindakan untuk menangkapnya? Sudah tentu tindakan lebih penting kerana umumnya masyarakat memaklumi kuasa anggota polis.

7. Itulah yang sedang dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak, iaitu mendasari langkah implementasi kuasa autonomi, berdasarkan MA63 dan bukannya bercerita apakah yang terdapat dalam MA63 yang secara umumnya kita tahu ada HAK SABAH yang telah diabaikan di dalamnya. 

8. HAK SABAH sebenarnya bukan hanya dalam MA63 sahaja, bahkan semua dokumentasi sama ada keratan akhbar, ucapan pemimpin dan paling utama semua proses yang berlaku sehingga akhirnya MA63 ditandatangani termasuklah Perkara 20 dan Batu Sumpah. Oleh kerana itu, sering saya sebutkan bahawa apa yang kita perjuangkan ialah HAK SABAH BUKANNYA DOKUMEN TERTENTU. Dokumen hanya rujukan dan bahan sokongan. Bahkan menurut pandangan peribadi saya, MA63 SEPATUTNYA sudah BATAL selepas Singapura dikeluarkan daripada PERSEKUTUAN dan satu perjanjian baru wajar dibuat antara wilayah yang masih bersekutu iaitu Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu. Bahkan pemimpin Sabah terdahulu ada menyebutkan soal ini sebaik sahaja Singapura disingkirkan.

9. Namun ini tidak bermakna saya mengatakan penganjuran ini salah, saya juga tidak menghalang penyokong2 saya untuk menghadirinya. Saya cuma berpandangan bahawa jika UMNO ikhlas, maka melaksanakan tindakan lebih utama daripada sekadar bercakap kerana kuasa ada di tangan mereka. Pakar2 ekonomi, pakar sistem pentadbiran, ahli akademik dalam bidang bersesuaian boleh dipanggil untuk memperhalusi rangka implementasi dan bukannya ahli politik yang tiba-tiba jadi pakar dokumen. Jika hanya bercakap, maka rakyat akan menilai bahawa kerajaan pimpinan UMNO/BN gagal dan perlu diganti dengan kerajaan yang BERTINDAK.

Hasmin Azroy Abdullah.

Wednesday, 5 August 2015

Tolak Najib atau Tolak UMNO?

Saya memang tolak Najib dan tolak UMNO. Ini pandangan dan tindakan saya. Jelas seperti kristal jernih.

Ada pandangan yang kata kita tukar Najib untuk kebaikan negara. Tetapi UMNO harus kekal memerintah demi Melayu dan Islam. Saya kata pandangan ini salah. Buktinya?

1. Tun M letak jawatan kerana tekanan yang mengatakan beliau sudah terlalu lama dan bakal rosakkan negara dan tidak Islamik. Beliau akur.

2. Tun A ganti malah lebih teruk ekonomi negara. Banyak perkara tidak terkawal. Orang kata Tun A terlalu lembik walaupun agak Islamik. Beliau akur dan letak jawatan.

3. DSN ganti, juga masih teruk. Ekonomi merundum, banyak isu tanpa jawapan jelas. Digesa letak jawatan malah memecat orang lain.

Kalau sudah tiga kali ganti masih tidak ngam, maka apa masalah sebenar? Kepimpinan? Bukan. Masalahnya ialah UMNO yang sudah berakar umbi dan melahirkan jenis kepimpinan ini. Gantilah bagaimana, masih tetap sama. Selain itu ialah masalah sistem pentadbiran negara yang banyak dikuasai rangkaian pemimpin UMNO. Selagi rangkaian ini tidak diputuskan, penjawat awam tidak akan dapat buat kerja dengan baik. Ada peluang untuk dipecat jika tidak ikut arahan.

Jadi mau tolak Najib atau UMNO? Jawapan saya tolak UMNO maka Najib dan pemimpin yang sejenisnya ditolak secara langsung. Rangkaian busuk dalam sistem pentadbiran bakal diperbaharui dengan rangkaian baru. Mereka yang baru ini sudah tentu lebih berhati2 dan ini baik utk negara.

Masih ada persoalan lagi. Katanya kalau UMNO kalah, Melayu dan Islam hancur.

Cuba kaji sejak lebih 50 tahun ini UMNO buat apa dengan Melayu dan Islam?

1. Peratusan ekonomi utk Melayu/Bumiputera tidak pernah capai sasaran. Sebab apa? Rasuah dan kroni, akhirnya projek alibaba.

2. Ruang dakwah begitu terbuka luas, tetapi Islam masih takut rosak aqidah hanya kerana lihat perkataan Allah diguna agama lain dan lambang salib. Ketika di negara barat, Islamnya berkembang walau dikelilingi rumah ibadat agama lain. Sebab apa? Sebab Islam di negara ini hanya topeng untuk raih sokongan. Ini menyebabkan bukan Islam memandang serong terhadap Islam.

Jadi siapa rosakkan Melayu dan Islam? Jawapan saya UMNO. Walaupun demikian, masih ada alim ulama dalam UMNO termasuk yang sudah jadi YB. Saya yakin mereka ini tetap diterima rakyat walaupun tanpa lambang keris itu lagi.

Jadi masih mahu tolak Najib? Janganlah. Tolak UMNO terus. Baru Ngam.

Hasmin Azroy Abdullah.

Sunday, 1 February 2015

UPDATED : Tuaran Tamu Campaign – Nine With SSKM Links Detained,Seditious Pamphlets Seized.

Tuaran : Police confirmed that they arrested nine persons aged between 24 to 50 believed to be link to the Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) at the tamu ground in Tuaran sunday morning.

Sabah OCCI SAC Sallehudin Abdul Rahman told reporters at the Tuaran Police station Sunday evening,they are being investigated under the Seditious Act.

Sallehudin,also said Police believe the group had links with the SSKM as they were distributing pamphlets of a seditious nature.He did not elaborate.

The group,some of them attired in traditional costumes,had also approached tamu shoppers to sign a petition for Sabah rights.

All nine were released on Police bail just before 6 pm on a police bail of RM 2000 each undeposited with two sureties.

Sallehudin said further investigations are underway and investigation papers will be sent to the attorney general’s office for further action.

Earlier nine youths were detained by Police and were held at the Tuaran Police Station for allegedly wearing t-shirts with the alphabet’s SSKM- on the front.

They were picked up at the Tuaran tamu grounds around 9 am Sunday.As word on their arrest got around,a group of people,mainly SAPP supporters led by former Chief Minister Datuk Yong Tack Lee turned up at the station but were refused entry.

A light strike force unit was seen ten meters from the gate where Yong and his people were locked out.

Yong who said he was there since 3 pm,said a Police officer told them the youths would be released by 5 pm.At around that time,a Senior officer with the name tag Solihin allowed 18 of those outside the station to enter.

They were supposed to bail out those detained.Also seen outside the Police station were SAPP Vice-President Amde Sidek and former assemblyman James Ligunjang.

Former Tuaran MP Kalakau Untol turned up shortly after 5 pm to lend his support.He claimed the youths who were detained were on a signature campaign.

Friday, 12 September 2014

Salleh PROKSI malaya yang melaksanakan agenda malaya di Negara Sabah melalui parti umno-bn

Sebagai anak muda Sabah saya berasa terpanggil untuk memberikan sedikit respon mengenai kecaman dan amukan beberapa pemimpin UMNO Sabah berkaitan kenyataan YB Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mengenai 16 September iaitu Hari Malaysia.

Menurut terjemahan Bahasa Melayu daripada artikel Dr Jeffrey dalam Bahasa Inggeris, Occupation Day dimaksudkan sebagai Hari Penjajahan. Saya yakin dan percaya bahawa maksud daripada istilah Occupation tidak membawa maksud secara langsung sebagai penjajahan. Ia lebih merujuk kepada makna pengambialihan.

Walau bagaimanapun, terjemahan media berbahasa Melayu menyebutkan secara jelas sebagai Hari Penjajahan yang menyebabkan Datuk Salleh Said melenting sehingga mengeluarkan perkataan biadap yang pada saya sangat keterlaluan untuk diucapkan oleh seorang pemimpin lama seperti beliau. Seorang pemimpin haruslah sentiasa tenang dan berhemah dalam mengeluarkan ucapan.

Saya memberi respon kali ini bukan kerana saya ahli STAR pimpinan Dr Jeffrey. Namun saya ingin menyatakan pandangan sebagai anak jati Sabah. Beberapa tahun sebelum ini, 16 September hanya disambut sebagai Harijadi TYT. Bahkan pada zaman penggiliran Ketua Menteri yang sepatutnya tidak boleh dilaksanakan kerana ia tidak selari dengan konsep demokrasi, malah di luar batas Perlembagaan Malaysia mahupun Perlembagaan Sabah. Anehnya salah satu Ketua Menteri dalam sistem penggiliran ini ialah Datuk Salleh Said sendiri. Sedarkah beliau semasa pimpinan beliau, Hari Malaysia tidak pernah diraikan? Jadi saya tidak fikir beliau layak memberi komen berkaitan Hari Malaysia kerana sebagai pemimpin nombor satu Sabah ketika itu, tiada apa yang beliau perjuangkan untuk Sabah.

Saya juga tidak memahami alur pemikiran Datuk Salleh yang mengatakan bahawa 31 Ogos 1957 ialah permulaan Kemerdekaan Malaysia sedangkan pada waktu itu, Malaysia belum pun wujud. Bahkan lebih tepat lagi Malaysia tidak pernah pun merdeka kerana Malaysia tidak pernah dijajah. Hanya Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak sebagai negara-negara yang akhirnya membentuk Malaysia sahaja yang pernah dijajah dan sudah tentunya pernah merdeka. Agak lucu juga saya membaca kenyataan beliau yang mengambil contoh Amerika Syarikat. Sedangkan keadaannya jauh berbeza. Ketika Hawaii menyertai Amerika Syarikat, nama Amerika Syarikat sebagai sebuah negara merdeka sudah pun wujud dan diterimapakai secara kukuh. Jika Hawaii tidak menyertai Amerika Syarikat, Amerika Syarikat tetap berdiri sebagai sebuah negara. Sedangkan pada 31 Ogos 1957, jelas merupakan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu dan bukannya Malaysia. Malaysia hanya wujud ketika persetujuan penggabungan. Jika Sabah, Sarawak dan Singapura tidak menandatangani Perjanjian Malaysia sudah pasti nama Malaysia tidak akan pernah wujud di peta dunia sehingga kini.

Saya ingin mengajak Datuk Salleh dan semua pemimpin serta penyokong UMNO yang berada di Sabah. Mari kita renungkan sejenak dan buatlah perbandingan secara ilmiah dan bukannya emosi semata-mata. Jika kita marah apabila disebutkan perkataan penjajahan, cuba kita nilaikan kedudukan Sabah ketika ini apakah dengan bergabung dalam Malaysia kita menjadi semakin baik atau sebaliknya. Sebagai perbandingan pertama, pada tahun 2010, Bank Dunia mengeluarkan senarai 10 negara terkaya dunia yang mana dua daripada negara tersebut adalah negara-negara yang bersama atau hampir bersama-sama membentuk Malaysia iaitu Singapura pada kedudukan ketiga dan Brunei pada kedudukan kelima. Ironinya, pada tahun yang sama Sabah diiktiraf pula oleh badan dunia yang sama sebagai negeri termiskin di Malaysia. Bayangkan betapa miskinnya Sabah kerana Malaysia pun tidak tersenarai langsung sebagai 10 negara terkaya dunia. Bermakna Malaysia antara negara yang tidak kaya atau bahasa mudahnya negara miskin. Lebih menyedihkan dalam negara miskin itu terdapat pula negeri yang lebih miskin iaitu Sabah. Di mana silapnya penggabungan ini? Penggabungan yang sepatutnya memberi harapan baru kepada rakyat Sabah.

Sedangkan Sabah antara negeri pengeluar minyak yang terbesar di Malaysia. Sejak kewujudan Petronas, Malaysia telah mengaut RM431 Bilion dan lebih kurang 35% hasil itu datangnya daripada sumber minyak Sabah. Sayangnya kerana penggabungan Malaysia Sabah cuma mendapat 5% bayaran tunai daripada keseluruhan hasil minyak Sabah. Pemimpin menjustifikasikan keadaan ini dengan mengatakan bahawa Sabah diberikan pelbagai bentuk bantuan lain berupa peruntukan daripada kerajaan persekutuan. Jika ini benar, mengapa Sabah jadi negeri termiskin? Mengapa jurang pembangunan amat jauh ketara antara Sabah dan Semenanjung Malaysia? Ketika rakyat Malaysia di Semenanjung bermegah dengan LRT, Komuter, Monorel dan sebagainya, anak Malaysia di Sabah masih dengan keretapi zaman penjajahan British. Ketika anak Malaysia di Semenanjung bergembira dengan keindahan dan keluasan lebuhraya, anak Malaysia di Sabah masih bergelumang lumpur di jalanan, bahkan dengan jalan utama bertar juga berlubang di sana sini. Ketika anak Malaysia di Semenanjung Malaysia bergembira di taman-taman tema yang canggih dan indah, anak Malaysia di Sabah masih ternanti-nanti kehadiran FUN FAIR. Inikah Malaysia yang pemimpin Sabah terdahulu impikan?

Selain itu, Sabah dengan keluasan 71,613 km persegi yang dilimpahi nikmat kesuburan tanah dan cuaca yang baik, agak menghairankan kita tidak berjaya meningkatkan kekayaan anak Sabah yang hanya 3.2 juta populasi. Ataukah kerana dengan Malaysia, memberi justifikasi kepada FELDA untuk menguruskan 590,824 ekar tanah Sabah dan hanya memberikan sewaan kepada Kerajaan Sabah sedangkan Kerajaan Sabah kehilangan hak untuk menguruskan tanah itu agar hasilnya, 100% untuk rakyat Sabah agar rakyat Sabah khusunya anak-anak muda tidak perlu lagi menjadi kuli di Singapura, Brunei bahkan di Tanah Melayu sendiri?

Sehingga hari ini, kuasa Ketua Menteri Sabah juga kita ragui kerana sebagai ahli parti yang memerintah Kerajaan Persekutuan, pastinya Ketua Menteri Sabah tidak boleh lari daripada konsep konflik kepentingan antara menjaga hak Sabah dan menjaga jawatan dan kedudukan dalam parti dan kerusi pentadbiran. Adakah ini juga antara impian pemimpin terdahulu untuk melihat pemimpin utama Sabah sekadar boneka? Ketua Menteri juga bersetuju bahawa Malaya antara entiti yang membentuk Malaysia. Di manakah sudah Malaya kini?

Nah, kepada Datuk Abdul Rahim Ismail, jangan tanya siapa Dr Jeffrey tetapi tanyalah kepada semua anak Sabah yang memahami hakikat keadaan Sabah kini, jauh di lubuk hati mereka, apakah Sabah megah dan hebat dalam Malaysia? 

Semoga beberapa contoh perbandingan yang saya sebutkan di atas mampu membuka minda dan pemikiran kita. Saya boleh berikan lebih banyak contoh lain tetapi lebih baik sekiranya Datuk Salleh Said dan Datuk Abdul Rahim tentukan tempat pertemuan, jika lebih baik disebutkan sebagai dialog terbuka, saya pasti tidak akan ragu-ragu untuk hadir. Saya mungkin sangat muda dan kelihatan enteng, tetapi zaman ini anak muda bukan lagi anak muda pak turut yang hanya mengangguk atau menggeleng. Tetapi zaman ini zaman teknologi maklumat. Banyak perkara didominasi oleh kuasa maklumat. Tidak semudah itu untuk membohongi kita lagi seperti waktu-waktu yang sudah.

Selepas perbandingan yang saya buat ini, jika perkataan Hari Penjajahan itu kedengaran amat ekstrim, kita ertikanlah Occupation Day itu sebagai Hari Pengambilalihan hak Sabah. Sama-sama kita mencari jawapan, apakah Malaysia ini sekadar untuk menjustifikasikan pengambilalihan sumber minyak Sabah? Apakah Malaysia ini sekadar untuk memberikan ruang kepada Persekutuan membuka tanah-tanah di Sabah? Atau melalui kebenaran khas Datuk Harris Salleh maka Sabah kehilangan hak terhadap Labuan yang juga dilimpahi sumber kekayaan minyak? Jika begitu walau apa pun istilah yang kita gunakan ia sebenanrnya membawa makna yang hampir sama. Mungkin juga menghampiri kebenaran kata-kata Bung Karno yang pernah mengatakan pentadbiran kolonial ini hanya dipindahkan dari London ke Kuala Lumpur. 

Namun begitu, sebagai rakyat Malaysia kita tentunya sayangkan Malaysia yang sudah pun berusia setengah kurun. Jika ada pemimpin yang tidak senang dengan istilah penjajahan, maka kembalikan hak Sabah yang sepatutnya, khusunya kuasa pemerintahan dengan autoriti nyata tanpa konflik kepentingan dan juga kuasa mengurus hasil bumi serta kewangan sendiri. Hanya inilah kunci untuk kita selamatkan Malaysia kerana Malaysia hari ini tentunya bukan Malaysia yang diimpikan pemimpin terdahulu khusunya pemimpin yang terlibat dalam Tragedi Double Six. Apa sahaja sistem yang kelihatan lebih kepada proses pengambilalihan, maka itulah punca kepada wujudnya perkataan penjajahan ini. Jadi jangan salahkan penggunaan istilah ini tetapi sama-sama kita fikirkan mengapa istilah ini terluah akhirnya.

Source: Hasmin Azroy Abdullah

Wednesday, 10 September 2014

Orang Sabah bukan orang Melayu

Oleh Hasmin Azroy Abdullah

Definisi Melayu dalam konteks Melayu mengikut Perlembagaan Malaysia, Perkara 160 (2) mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu juga bertutur menggunakan bahasa Melayu

Beberapa minggu kebelakangan ini, Sabah riuh dengan cakap-cakap berkenaan soal entiti Melayu khususnya dari ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Sabah.

Masidi Manjun mengeluarkan kenyataan untuk menjustifikasikan definisi Melayu dengan bertegas bahawa semua bangsa di Sabah layak menjadi ahli UMNO kerana berada dalam rumpun Melayu.

Pada zaman Kesultanan Melaka, dikatakan bahawa Bahasa Melayu itu pernah menjadi ‘lingua franca’ iaitu bahasa perhubungan utama di Kepulauan Melayu.

Oleh itu, umumnya bolehlah dikatakan bahawa Melayu itu sebenarnya ialah BAHASA dan BUKAN BANGSA.

Daripada sedikit sejarah asal usul Melayu ini, saya ingin bertanya kepada Masidi Manjun, bahawa rumpun Melayu yang beliau rujuk ini berdasarkan definisi yang mana?

Saya yakin bahawa definisi Melayu yang beliau sebutkan itu tentulah dalam konteks Melayu mengikut Perlembagaan Malaysia, Perkara 160 (2), orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura.

Namun jika mengambilkira definisi ini, sudah tentu ahli UMNO di Sabah tidak layak menjadi ahli apatah lagi bagi mereka yang bukan beragama Islam.

Walau bagaimanapun, dalam Perlembagaan UMNO Fasal 4 (4.2) Ahli Biasa ialah warganegara Malaysia berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berumur 18 tahun ke atas.

Justeru golongan Bumiputera di Sabah ini boleh menjadi ahli UMNO.

Maka adalah tidak wajar untuk mengklasifikasikannya sebagai Melayu secara rambang.

Satu persoalan pula yang ingin saya sentuh ialah definisi Bumiputera.

Jika kita merujuk Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia dan Perlembagaan Sabah, tidak wujud perkataan BUMIPUTERA.

Bagi maksud definisi pribumi atau orang asal, istilah yang digunakan ialah NATIVE iaitu sebutan dalam bahasa Inggeris. Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, terjemahan NATIVE ialah anak kelahiran atau orang asal.

Apabila menyentuh tentang ORANG ASAL, ada baiknya kita merujuk Report on the Census of Population,North Borneo yang diambil pada 10.08.1960 yang dikeluarkan dalam Report of The Commission of Enquiry, North Borneo and Sarawak, 1962 iaitu data kependudukan Sabah sebelum pembentukan Malaysia pada 1963.

Bangsa utama ketika itu ialah Dusun, Murut dan Bajau termasuk Illanun.

Manakala orang asal terdiri daripada Brunei, Kedayan, Orang Sunge, Bisayah, Sulu, Tidong dan Sino-Native.

Lantaran itu, bagaimanakah istilah BUMIPUTERA ini boleh wujud dan atas justifikasi apa BUMIPUTERA ini diwujudkan?

Siapakah pula yang tergolong dalam BUMIPUTERA ini sekiranya ia tidak mengambilkira makna NATIVE?

Sebagai menteri yang turut bertanggungjawab dalam soal kebudayaan Sabah, saya menggesa Masidi Manjun agar tidak mengelirukan rakyat Sabah dengan definisi yang kabur semata-mata untuk menjustifikasikan keberadaan UMNO di Sabah.

Beliau berhak mempertahankan parti yang diwakilinya tetapi jangan sampai mengikis identiti orang Sabah khususnya NATIVE dari segi kebanggaan bangsa dan kebudayaan.

Hasmin Azroy Abdullah adalah Presiden Institut Pemikir Muda Sabah (IPMS) merangkap Ketua 1 Gerakan Solidariti Belia Borneo (GSBB)

Tuesday, 9 September 2014

Sabah Bukan Milik Malaysia

Kenyataan Tan Sri Muhyidin Yassin bahawa Sabah milik Malaysia merupakan satu kenyataan yang menyimpang dan jauh daripada kebenaran. Malah ia boleh disifatkan sebagai berbaur penjajahan. Sejarah membuktikan bahawa Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 oleh empat wilayah bekas jajahan British iaitu Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura (dikeluarkan daripada gabungan tahun 1965). Ini bermakna bahawa Malaysia itu milik bersama Malaya, Sabah dan Sarawak. Tanpa tandatangan Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak akan wujud di peta dunia.

Akhir-akhir ini, heboh dikatakan tentang Sabah dan Sarawak keluar Malaysia oleh kelompok tertentu. Istilah keluar ini juga salah. Seperti yang pernah dijelaskan oleh Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak bahawa tiada Malaysia untuk dimasuk tetapi Persekutuan Malaysia dibentuk bersama. Pengarah Arkib Sabah dalam satu kenyataan akhbar juga pernah menjelaskan bahawa tiada Malaysia sebelum 1963. Semua ini jelas membuktikan bahawa Malaysia itu belum wujud sehinggalah ia dibentuk bersama oleh gabungan bekas jajahan British di Borneo. Sabah dan Sarawak bersetuju bergabung secara sukarela seperti yang termaktub dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold. Maka dengan prinsip yang sama, adalah tidak aneh atau pelik untuk berpisah pula secara sukarela dan bukannya keluar Malaysia.

Isu sebenar yang menyebabkan isu pemisahan ini timbul ialah kerana rasa tidak puas hati rakyat Borneo berkaitan layanan yang tidak adil sebagai salah satu rakan kongsi pembentukan Malaysia. Antaranya ialah jurang perbezaan taraf pembangunan yang jauh berbeza antara Semenanjung Malaysia dan dua wilayah Malaysia di Borneo. Ada pihak yang mengatakan bahawa bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, bahkan terdapat juga negeri-negeri di Semenanjung Malaysia yang mundur. Tetapi hakikat sebenarnya ialah, semua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah satu entiti di mata Sabah dan Sarawak mengikut perspektif pembentukan Malaysia. 

Di Semenanjung Malaysia bermegah dengan lebuhraya yang luas dan cantik. Bahkan katanya Malaysia berbangga dengan kemajuan Negara dengan mengambilkira kewujudan mercu tanda Negara seperti Menara Kembar Petronas, jaringan keretapi canggih, dua KLIA, Litar Sepang dan pelbagai kehebatan lagi. Namun kta lupa semua kebanggaan Negara itu semua terpacak di bumi Semenanjung Malaysia. Berapa peratuskah rakyat Sabah dan Sarawak yang merasai kehebatan itu?

Jika dikatakan bahawa sebagai rakyat Malaysia, kita patut berbangga bersama, tetapi itu hanyalah satu teori yang menipu diri sendiri. Antara impian Sabah dan Sarawak bergabung membentuk Malaysia ialah pembangunan yang seimbang dan dikecapi bersama. Sayang sekali, Sabah pada tahun 2010 diiktiraf sebagai negeri termundur di Malaysia. Bolehkah keadaan ini kita terima dengan penjelasan bahawa perkara ini terjadi akibat terlepas pandang?

Sementara itu, jika kita lihat sumbangan Sabah kepada Malaysia juga bukan sedikit. Hasil Petroleum yang dikaut dari perut bumi Sabah bernilai puluhan billion ringgit setiap tahun dengan Sabah memberikan 95% kepada Persekutuan atas nama Petronas. Sedangkan Bajet Negara kepada Sabah tidak sampai 10% daripada keseluruhan jumlah bajet yang dibentangkan. Belum lagi mengambilkira hasil cukai dan kastam yang dikutip oleh persekutuan tanpa memberikan sedikit pun kepada Sabah. Bahkan rakyat Sabah diperbodohkan pula dengan mengatakan bahawa kos yang ditanggung oleh Petronas sangat tinggi sehingga tidak mampu memberikan pulangan lebih besar kepada Sabah. 

Sedangkan kita tahu setiap tahun Petronas mencatatkan keuntungan yang tinggi. Jika Petronas tidak efisien sehingga menanggung kos yang tinggi, bukankah Sabah mempunyai pilihan untuk memberikan peluang kepada syarikat lain yang lebih efisien untuk menguruskan hasil minyak Sabah? Ini bukan soal patriotisma tetapi ini soal hak. Sabah sudah merdeka tetapi tidak mampu mengurus hasil sendiri yang bernilai puluhan billion sehingga terpaksa menjadi negeri termiskin.

 Begitu juga dari segi politik dan pentadbiran, Sabah sebagai sebuah wilayah yang merdeka harus ada autonomi untuk memerin tah. Malang sekali pemimpin Sabah terpaksa mengikut telunjuk Putrajaya kerana system politik kita rosak dengan kehadiran parti-parti dari Malaya menguasai kerajaan Sabah sehingga wujud apa yang kita namakan sebagai konflik kepentingan antara kedudukan peribadi pemimpin dan mempertahankan hak Sabah. 

Bukan itu sahaja, bahkan banyak agensi persekutuan diwujudkan di Sabah sehingga melapis fungsi agensi Sabah sedia ada seperti. LIGS berdepan dominasi RISDA. Agensi agama Islam Sabah seperti Jheins dan Muis seoalah-olah hilang fungsi dengan dominasi JAKIM. Bahkan skrip khutbah pun tidak mampu dibuat oleh Jheins dan Muis. Sarawak bersyukur kerana konflik kepentingan ini tidak wujud kerana Sarawak masih diperintah oleh parti tempatan yang membela agensi Sarawak agar terus berupaya dan efisien. Tanah-tanah Sabah juga semakin besar diambil oleh kerajaan persekutuan atas nama Felda, Felcra dan pelbagai lagi yayasan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Hal inilah yang menyebabkan wilayah Malaysia di Borneo khususnya Sabah berasakan bahawa pembentukan Malaysia sekadar menjustifikasikan pengambilan hasil bumi Sabah, menggugat system pentadbiran, bahkan dengan mengubah demografi kaum menerusi Projek IC yang sehingga sekarang tidak diumumkan hasilnya oleh RCI yang telah ditubuhkan, agar Sabah terus digenggam tanpa mampu menyuarakan hak dengan lantang dan berani. 

Ditambah pula dengan ketegangan yang dicetuskan oleh pelampau-pelampau Melayu seperti Perkasa dan Isma yang cenderung membuat kenyataan-kenyataan yang menyinggung perasaan dan sensitivity masyarakat Sabah yang biasa hidup harmoni dalam satu keluarga yang berbilang agama. Ia sudah satu kebiasaan, tetapi dengan kenyataan-kenyataan pelampau-pelampau ini, boleh mengakibatkan wujud ketegangan hubungan kekeluargaan. 

Bukan itu sahaja, malah pendirian kerajaan persekutuan terhadap isu Palestin-Israel yang dengan jelas mengutuk Kristian dan Yahudi sedikit sebanyak melukai hati masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak. Sedangkan isu Palestin-Israel wajar diangkat sebagai isu kem anusiaan dan bukan isu agama. Ini terbukti dengan himpunan masyarakat bukan Islam di seluruh dunia termasuk kumpulan pemimpin agama Yahudi mengutuk serangan ke atas Palestin. Sayang sekali media Malaysia yang didominasi pemerintah membuat gambaran sebaliknya demi kepentingan politik ketuanan Melayu agar kelihatan lebih Islamik daripada parti lain.

Apabila kita membuat perbandingan seperti ini, kita dapati penggabungan Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia bukan satu keputusan yang bijak. Ada juga jawapan sesetengah pihak yang mengatakan jika Sabah dan Sarawak tidak bersama-sama membentuk Malaysia, Sabah dan Sarawak akan hancur oleh dominasi Filipina dan Indonesia. Ini merupakan jawapan kurang cerdik dan tidak berasas. 

Belum ada mana-mana bekas jajahan British ditinggalkan dalam keadaan rosak begitu sahaja oleh British. Bahkan British menubuhkan Komanwel untuk menjaga kebajikan Negara-negara bekas jajahan sekalipun tidaklah begitu adil, namun mekanisma bantuan tetap wujud. Apa yang mungkin berlaku ialah Sabah akan lewat mendapatkan kemerdekaan tetapi jika mengambil contoh Brunei yang baru dimerdekakan pada awal tahun 80-an, mampu pula menjadi antara 5 negara terkaya dunia, saya fikir berbaloi untuk merdeka lewat daripada merdeka awal sekadar untuk jadi negeri termiskin.

 Keinginan untuk berpisah dari Persekutuan Malaysia oleh kelompok-kelompok tertentu khususnya di Sabah tidak harus ditangani dengan tindakan yang boleh menjadikan keadaan bertambah buruk apatah lagi menggunakan Akta Hasutan 1948 yang suatu ketika pernah dijanjikan oleh Perdana Menteri untuk dihapuskan. Kebanyakan rakyat hari ini sudah bijak dan celik fakta. Bahkan segala maklumat diperolehi di hujung jari. Satu perkara menarik yang kita harus tahu ialah banyak kontradiksi Perlembagaan Malaysia yang sebenarnya mencacatkan ‘rancangan pengambilalihan Sabah dan Sarawak' secara total sebagai negeri biasa setaraf dengan negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu tanpa mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi pembentukan Malaysia. Me rujuk Perkara 160, tafsiran PERSEKUTUAN jelas ditakrifkan sebagai Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. 

Ini secara langsung mengeluarkan Sabah dan Sarawak daripada kawalan persekutuan kerana dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, Sabah dan Sarawak bukan sebahagian daripadanya. Sabah dan Sarawak hanya membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 bersama-sama Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.

Oleh itu kerajaan persekutuan harus mencari jalan yang terbaik dan bijaksana jika ingin melihat Persekutuan Malaysia terus kukuh. Langkah paling sesuai ialah kembali ke meja rundingan. Seperti kata Datuk Zaid Ibrahim, seorang peguam terkenal Malaysia, kerajaan harus mengadakan Dialog Kebangsaan untuk mendengar suara ini. Penjara bakal tidak cukup untuk memuatkan semua pejuang-pejuang hak yang terdiri daripada anak-anak muda.Rundingan meja bulat bukan sesuatu yang janggal dan tidak boleh dilaksanakan. Kita boleh merujuk kembali hansard DUN Sabah yang pernah mengusulkan penyemakan semula Perjanjian Malaysia 1963, bahkan telah pun ditubuhkan jawatankuasa kebangsaan mengenainya. 

Sayangnya perubahan kerajaan Sabah menyebabkan semakan ini tidak berlaku sehingga hari ini. Natijahnya, ketidakpuashatian akhirnya diterjemah melalui tindakan pemisahan. Saya yakin, jika ketidakpuashatian ini dapat ditangani dengan baik, kita pasti dapat selamatkan Persekutuan Malaysia yang sama-sama kita bentuk 51 tahun yang lalu.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...