Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

A true Independence is a MUST in Borneo For Sabah and Sarawak.

Sabah (formerly known as North Borneo) and Sarawak MUST gain back its Freedom through a REAL Independence.

Showing posts with label UVSB. Show all posts
Showing posts with label UVSB. Show all posts

Sunday, 21 September 2014

Usul untuk Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia di DUN Sabah dan Dewan Parlimen DITOLAK!

Pemimpin malaya terutamanya najib mengeluarkan kata-kata pujangganya. Konon semua perkara boleh dibincangkan melalui kenyataannya baru-baru ini. Tetapi apabila Nasionalis Negara Sabah mengusulkan tentang Perjanjian Malaysia untuk dikaji semula, ditolak pula dengan alasan yang menggunakan kepala lutut mereka yang kononnya "Ia bukan perkara yang SEGERA walaupun penting".

Anda faham permainan dan ketidakikhlasan mereka? Adakah ini hasutan apabila pihak SSKM mencerahkan keadaan yang sebenar? Sila simpan keratan akhbar ini untuk simpanan masing-masing. Ini bukti bahawa kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi malaysia tidak berniat sebenarnya untuk menyelamatkan malaysia.

Pihak SSKM juga ingin berkongsi satu artikel daripada sebuah Badan NGO yang dipimpin oleh Generasi Muda Negara Sabah dan kumpulan mereka dikenali sebagai United Varsity Students of Borneo (UVSB). Sila baca artikel tersebut dibawah untuk anda fahami keadaan yang sebenar.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada tarikh 14 April 2014 bersamaan dengan hari Isnin, satu Perhimpunan Aman telah dilakukan oleh sekumpulan orang awam bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap dua usul yang ingin dibentangkan oleh YB Datuk Dr.Jeffrey G. Kitingan.

Beberapa orang awam sudah berkumpul seawal jam 8.30 pagi di luar pagar DUN. Di sebabkan orang awam tidak berpakaian formal, mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan untuk menyaksikan persidangan pada hari tersebut. Keadaan di luar pagar DUN Sabah, lebih kurang jam 9.15 pagi, bilangan orang yang datang semakin bertambah, dalam anggaran lebih daripada 60 orang yang hadir. Yang hadir terdiri daripada golongan generasi muda dan veteran. 

Disebabkan hanya mereka yang berpakaian formal ketika itu dibenarkan masuk, saya dan beberapa rakan berkesempatan untuk turut serta dalam menyaksikan Persidangan di Dewan Undangan Negeri (NEGARA). Tepat pada jam 10.00 pagi, Persidangan telah bermula dengan bacaan doa dan seterusnya pembentangan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Sabah, diikuti dengan Menteri yang lain dan seterusnya ADUN. ADUN dari Kelab Penyokong Kerajaan (Backbenchers) Negeri Melaka yang diketuai oleh Speaker DUN Melaka ketika itu telah datang berkunjung dan turut serta dalam dewan menyaksikan Persidangan tersebut.

Saya dan beberapa rakan yang lainnya datang hanya untuk menyaksikan dan menyokong dua usul yang ingin dibentangkan oleh YB.Datuk Dr.Jeffery G.Kitingan, iaitu usul mengenai “Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia 1963 dan Hak Pemilikan Minyak dan Gas Negara Sabah” tapi malangnya pembentangan ditolak oleh Tuan Speaker atas alasan lambat dan tidak diterangkan atas peraturan apa yang digunakan untuk membentangkan usul tersebut.

Mendengar Tuan Speaker berkata demikian, terpancar kekecewaan di wajah-wajah beberapa rakan yang turut hadir dalam dewan ketika itu. Dalam hati pasti ada yang tertanya-tanya mengapa usul yang ingin dibentangkan tidak diterima. Kalau dikatakan ianya tidak penting, itu sesekali tidak masuk akal, sebab kenapa? Sebab usul yang ingin dibentangkan itu adalah soal kepentingan rakyat Negara Sabah dan juga untuk kepentingan generasi yang akan datang.


Walaubagaimanapun, Persidangan tetap diteruskan dengan membincangkan dan membentangkan usul yang dibawa oleh ADUN masing-masing. Dalam Persidangan tersebut, walaupun usul yang ingin dibentangkan oleh YB. Datuk Dr.Jeffery G.Kitingan tidak dapat dibentangkan, beliau tetap menyelitkan soal mengenai hak-hak dalam setiap sesi soal jawab sepanjang berada di dalam dewan tersebut.

Dan kira-kira jam 5.00 petang, Persidangan pada hari tersebut telah berakhir. Walaupun di dalam Dewan Undangan Negeri (NEGARA), motion ditolak atas alasan ataupun masalah teknikal tetapi, ketika berada diluar pagar Dewan Undanga Negeri (NEGARA), Pejuang berjaya menyerahkan memorendum berkaitan kepada kedua-dua Timbalan Speaker DUN iaitu Datuk Johnny Mositon dan Datuk Johnson Tee.

Tahniah kepada Pejuang-pejuang dan terima kasih kepada warga Sabahan yang sentiasa menyokong. Teruskan menyokong. Ini baru permulaan. Kepada generasi muda Sabahan, mari bangkit bersama menuntut Hak kita yang sudah dirampas oleh si penjajah. Jangan takut sebab kita tidak akan berjalan sendiri. “You’ll Never Walk Alone” Come together we fight for our right. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? BAH ! HARAPAN !

Tak kan mau yang ‘mumu-mumu’ lagi kita dapat kan?. Belum terlambat kalau kau, saya dan kita bersatu. Come Sabahan!!

Monday, 15 September 2014

"Teruskan REVOLUSI MENTAL ke arah Perjuangkan HAK & MARUAH Sabah Sarawak..."

Daripada Dr.Khalid

Teruskan REVOLUSI MENTAL ke arah Perjuangkan HAK & MARUAH Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Perjuangan atas MISI yang SATU menuntut KESATUAN. Suburkan, kembangkan MINDA berkongsikan fakta tentang PENGKHIANATAN & PENGANIAYAAN persekutuan terhadap Negara Sabah dan Negara Sarawak. Jauhi perpecahan sesama kita. HINDARI akal RACIST, FANATIK & PANIDIR dalam perjuangan menuntut HAK & MARUAH.

Bukanlah sukar bagi para pejuang native sama ada NGO & politik disatukan dalam satu BENTENG. Bagi parti-parti yang berbeza, jadikan perbezaan sebagai senjata kepelbagaian dalam kualiti & kuantiti. Singkirkan pemimpin parti yang EGO menggunung kerana mereka hanya KITUL-KITUL longkang yang pentingkan diri. 

Kita TAHU & FAHAM bahawa ramai suadara-saudara native kita yang masih "atas pagar" walaupun mereka sanggup menjdi pejuang siber untuk tanah melayu (PERKASA, ISMA, UMNO, DAP & PKR). Kita juga FAHAM bahawa ramai native yang masih "tunggu & lihat" kerana peluang yang sedang mereka nikmati. Secara psikologi, perlakuan "atas pagar" & "tunggu & lihat" adalah AKIBAT dari AMALAN ugutan & penindasan yang berlangsung sejak Negara Sabah mula MERDEKA pada 31 Ogos 1963. Dalam teori probability (keberangkalian), oleh kerana kepelbagaian FACTOR X berkaitan dengan HAK & MARUAH Negara Sabah maka 70-80% daripada dua kumpulan native ini akan beralih arah meninggalkan para tukang suap mereka. Point asas adalah perbandingan antara HADIAH zink, tangki & brim dgn TUNTUTAN jalan rya, sekolah & peluang pekerjaan.

Para pejuang native di dalam & luar negara semakin HEBAT. Media antarabangsa telah mula memberi tumpuan pada isu persekutuan malaysia yang "dramatik". Oleh itu kita perlu targetkan tarikh untuk semua. Maka, jika anda semua telah BERSATU & BERSEDIA maka SASARKAN 31 OGOS 2014 sebagai tarikh KERAMAT untuk semua. 

SEBARKAN PERJUANGAN NATIVE SABAH SARAWAK kepada komuniti di kawasan masing-masing, NGO Sabah Sarawak & para pemimpin parti-parti Sabahan & Sarawak agar berlaku KEBANGKITAN yang PADU!

"Kerana Anda Generasi Sabah Dahulu"


KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU 
Kerana anda kami kehilangan Hak, 
Kerana anda kami dibanjiri PTI, 
Kerana anda kami kehilangan keselamatan,
Kerana anda kami dihina tinggal di atas Pokok.
Kerana anda kami dihina miskin,

KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU
Kerana anda pentingkan nama,
Kerana anda pentingkan pangkat,
Kerana anda pentingkan wang sendiri,
Anda lupa ramai yang sengsara kerana tindakkan Mu,

KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU
Kerana anda tidak tahu menjaga Negara,
Anda berikan dengan penjajah Malaya,
Anda berikan kepada pendatang asing,
Kami kehilangan tempat untuk berteduh,

KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU
Kami menangis dalam perjuangan,
Kami tersungkur dan lalu berdiri,
Kami menangis membayangkan generasi masa depan kami akan sengsara,
Kami menyaksikan mereka sengsara didepan mata kami sendiri, 
Di kala anda sudah hilang ditelan bumi.

KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU
Layakkah anda dipanggil nenek moyang kami,
Layakkah anda dipanggil datuk nenek kami,
Layakkah anda dipanggil ibu bapa kami,
Layakkah anda dipanggil saudara kami. 
Sedangkan anda tidak berjuang menjaga hak dan kedudukan kmi.

KERANA ANDA GENERASI SABAH DAHULU
Berjuanglah bersama kami,
Sementara anda punya tenaga,
Bantulah kami menuntut hak,
Kami akan mengampuni kesalahanMu,
Kami akan teruskan perjuanganMu,
Itulah peninggalan Mu yg kami akan hargai, 
Setiap namaMu, GenarasiMu akan kami hormati.

Karya hasil Cinice An

Source: http://uvsb.blogspot.com/2014/07/kerana-anda-genarasi-sabah-dahulu.html

Friday, 12 September 2014

POLITIK KOTOR ITU YANG KOTORKAN KAMU SELAMA INI!!!

Perkataan Perpaduan sering kali kita dengar dimana-mana tempat.. Adakah kita memahaminya? Perpaduan memberi erti yang sangat besar kepada kunci Kemerdekaan disesuatu Negara!!! Jika kita lihat Negara Sabah bersatupadu, betulkah? Ya, memang Negara Sabah bersatupadu. Orang-orang Ngara Sabah jarang bergaduh, Bangsa Negara Sabah boleh serasi dengan kaum-kaum yang lain walaupun berbilang etnik dan agama... Itu semuanya betul.

Tetapi mengapa Bangsa Negara Sabah tidak menggunakan kelebihan ini dalam perpaduan untuk mendapatkan Kemerdekaan yang sebenar? (kuasa Kemerdekaan dan Kedaulatan Negara Sabah yang jatuh dan dipegang malaya). Inilah kelemahannya jika Bangsa Negara Sabah tidak bersatupadu dalam politik!!!

Kita Bangsa Negara Sabah HARUS dan MESTI berpandangan jauh dan tidak terlalu fanatik kepada ideologi-ideologi politik yang lain dan tahu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu ideologi politik daripada mana-mana parti. kerana apabila fanatik akan menjejaskan pertimbangan kepada ideologi parti yang lain yang akan membawa kepada perubahan yang besar dimasa hadapan.

Perpaduan dalam politik yang dimaksudkan adalah bersatu untuk menyokong satu parti untuk menumbangkan parti yang sudah menghancur harapan sabah, yang permainkan maruah sabah, yang sudah memalukan sabah, yang merendahkan taraf sabah, yang membiarkan sabah dalam keadaan yang lambat membangun, yang sudah ingkar dengan 20 perkara, yang hancurkan harapan generasi muda sabah dan sebagainya... impian kita inginkan perpaduan dalam politik tidak mengira apa bangsa dan agama kerana kita sejak dari dulu lagi sentiasa bersatupadu, dan tiba masanya kita membuka minda dan berpandangan jauh demi masa depan generasi kita, nilai la parti yang membawa kepada perubahan yang kita impikan selama ini!!

Jika kamu mengatakan saya orang kuat parti BN/UMNO, nilailah parti kamu dan apa sumbangannya kepada Negara Sabah!!! Jika kamu kuat dalam PBS, carilah, apa yang PBS sudah lakukan keatas Negara Sabah, jika kamu SAPP bacalah agendanya dan fikirkan... Jika kamu STAR, ucaplah tahniah kerana menjadi sedar, memahami sejarah dan menjadi Penuntut 20 perkara yang sepatutnya dilaksanakan dalam Negara ini dan parti-parti yang lain yang sudah menjadikan minda masyarakat Negara Sabah berpecah-belah!!!

Kunci kepada kejayaan Negara Sabah dalam menuntut kuasanya adalah hanya PERPADUAN dalam politik (sepertimana ia pernah berlaku pada era Kerajaan PBS) iaitu memilih hanya satu parti terutamanya parti tempatan yang sangat komited kepada masa hadapan Negara Sabah yang perjuangkan nasib Negara Sabah dalam Persekutuan Malaysia... Dengan cara itulah kita dapat BERSATU dan BERJAYA. Walaubagaimanapun ianya sangat sukar tetapi percayalah Generasi Negara Sabah bukan Bodoh!! Bukan bongkak!!! Tetapi sudah berpendidikan dan berpandangan jauh...!!!

Ada satu perbualan yang seringkali kita dengar, A: "Pilihanraya kali ini siapa kau sokong?" B:"Saya sokong ****** sebab bapa saya pun sokong ******". Sebagai Generasi Muda Negara Sabah, kita seharusnya bebas untuk menilai dan suarakan pendapat. Tetapkan dalam pendirian dan berikan ajaran kepada orang lain. "Saya tidak minat politik, Politik tu KOTOR" sangat menyedihkan kepada Generasi Muda Negara Sabah yang cuba keluarkan ayat ini dari minda, kerana POLITIK KOTOR ITU YANG KOTORKAN KAMU SELAMA INI!! DAN KAMU CUBA BIARKAN KAMU DIKOTORI OLEH POLITIK KOTOR ITU!! Tidakkah kamu mahu mengubah politik kotor itu kepada bersih? (tiada kaitan dengan NGO BERSIH).

Jika kita Generasi Muda Negara Sabah, marilah bersatupadu, biarlah tertulis dan terlakar dalam Sejarah Negara Sabah nanti bahawa Generasi Muda Negara Sabah telah Bersatupadu dan Berjaya dan kita semua sudah selamatkan Negara Sabah ini. Bukan untuk kita seorang tetapi untuk semua orang, Bangsa Negara Sabah yang terdiri puluhan etnik yang Hebat dan Unik! Kejayaan semakin hampir!!!

Kesimpulannya, Perpaduan sangat besar kuasanya untuk menuntut kembali hak Bangsa Negara Sabah! Bersatupadulah didalam satu parti politik yang berdiri diatas kaki sendiri dan bersuara untuk selamatkan Negara Sabah itu sebaik-baiknya menjadi pilihan kita! Maka kita nilai semula dan fikir semula secara sedar dan bijaksana. ingatlah politik juga licik bila masa kamu percaya kepada suatu parti, dan bila-bila masa minda kamu diputarbelitkan dan kamu hilang percaya, jawapannya kamu teguhkan pendirian kamu dengan parti yang akan selamatkan Masa Hadapan Negara Sabah. Tanggungjawap sebagai Generasi Muda kepada Negara Sabah SANGAT DIPERLUKAN!!!

"KITA GENERASI MUDA NEGARA SABAH, KITA PEJUANG NEGARA SABAH, BUKAN UNTUK SAYA TAPI UNTUK KITA SEMUA!!! BANGSA NEGARA SABAH!!!"

Apakah Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak Penyelamat bagi Bangsa Malaya???

Selepas melihat gambar ini, satu kesedaran yang nyata timbul bahawa megahnya berdiri menara kembar Petronas adalah disebabkan oleh sumbangan hasil minyak dan gas asli daripada kedua-dua Negara Borneo... Negara Sabah dan Negara Sarawak... Apakah ini menjadi kebanggaan atau Penghinaan kepada Bangsa Negara Borneo?

Apakah persamaan yang dapat dilihat dan difahami menerusi gambar-gambar ini? Apakah anda sedar bahawa selama ini kita telah ditundukkan, diperbodohkan dan dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin malaya? Tahukah betapa popularnya pemimpin-pemimpin Negara Sabah dan Negara Sarawak yang kerap kali datang ke Putrajaya seolah-olah meminta sedekah untuk mendapatkan peruntukkan ini menjadi bahan lawak dan gurauan mereka (pemimpin malaya).

Apakah kita ingin biarkan diri dan bangsa negara kita, Negara Sabah dan Negara Sarawak terus dimanipulasikan oleh pemimpin-pemimpin seberang? Masih ingin bergantungkah kepada kepimpinan mereka? Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) telah membebankan rakyat Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak dengan hutang-hutang yang melampau sedangkan jelas pembangunan yang amat sedikit dapat dilihat kurang diberikan kepada Negara-negara Borneo ini. Kini, mereka telah memainkan isu-isu paling sensitif semata-mata untuk mengalih perhatian orang awam mengenai isu-isu negara yang kini diambang bahaya. 


Sebagai Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak... Apakah tindakan anda sekarang? Apakah yang anda fikirkan boleh dilakukan untuk menyelamatkan masa depan Negara Sabah dan Negara Sarawak?

“JANGAN JADI KERBAU!!! Yang Boleh Diikat Hidung Dan Diperlakukan Sesuka Hati Tanpa Melawan...”

Apakah yang ada diminda anak-anak muda tentang politik? Suatu benda yang kotor, dan jijik.. Sebab apa? Kerana dipenuhi dengan penipuan... Apabila si kejam menjadi penguasa... Yang Benar menjadi salah dan begitulah sebaliknya... Lumrah si anak muda suka akan sesuatu yang 'fun' 'enjoy' dan inilah yang mengakibatkan anak muda menjauhkan diri dari politik.

Tetapi terfikirkah kita kenapa politik dicemari sedemikian rupa? Tidakkah terlintas dihati kita anak muda Negara Sabah untuk berfikir sejenak? Sampai bilakah kita mahu politik itu suatu yang dikatakan kotor dan bohong? Adakah setiap individu yang berpolitik itu berbohong? Tidakkah kita mahu suatu perubahan yang menjadikan politik itu suatu jalan untuk memperjuangkan yang benar?

Pelbagai persepsi yang mungkin kita terima jika bercakap mengenai soal politik.. Selalu orang akan berkata 'kamu tu masih budak-budak lagi', 'kamu bukan juga jadi YB' 'apa kamu peduli tu urusan,bikin pening saja tu', 'biarlah diorang' dan mungkin kita ditertawakan oleh mereka itu tapi tanpa mereka sedari yang diri mereka itulah penyebab kita mudah dimanipulasi dan diperbodohkan. Adakah pada ketika kamu diberi persepsi sedemikian kamu akan terus jatuh? Sanggupkah kita berdiam diri sahaja dan berkata 'ya,kami tidak layak!' 'ya,pedulikan mereka!'

Saya bagi kamu satu situasi dan kamu cuba fikirkan... Perompak masuk ke dalam rumah kamu lalu mengambil barang-barang dirumah kamu. Rumah kamu dirampas ditukar hak milik lalu si perompak menyewakan rumah tersebut kepada orang lain sedangkan kamu berada didalam rumah itu hanya mampu melihat sahaja si perompak dengan keadaan kamu yang mampu sebenarnya untuk melawan. Adakah kamu akan diam dan berkata 'kami sokong kamu wahai si perompak' 'kami sayang engkau wahai si perompak' tentu saja kita akan melawan, mungkin sanggup berlawan bermati-matian. Pada masa kini cuba kita kaitkan dengan isu Negara Sabah & Negara Sarawak sekarang.. Negara kita yang indah dan kaya dengan hasil bumi tetapi miskin! 

Pelbagai etnik tetapi kita dianggap orang yang tinggal atas pokok dan tidak bertamadun! Kita telah Merdeka dan menjadi sebuah Negara yang Berdaulat tapi kita disamakan taraf dengan negeri di malaya! Kita sentiasa diperbodohkan! Isu projek ic yang tiada penamat dan menjadi semakin parah! Hak dan keistimewaan kita warga sabah dan sarawak tidak diberikan sepenuhnya! 

Buktinya??? Buka mata dan buka minda kita untuk melihat situasi Negara kita. Lihatlah pembangunan dan prasarana kita... Lihat sahaja hak dan keistimewaan kita berbanding mereka dimalaya... Lihatlah kampung-kampung yang masih menggunakan lampu minyak/generator, lihatlah jalan perhubungan kita yang boleh dikatakan jalan 'Berkolam ditengah', jalan yang boleh dikatakan seperti track untuk pertandingan 4WD... Lihatlah si pelaku jenayah yang menggunakan ic palsu@projek ic,lihatlah dan bacalah sejarah yang diubah oleh mereka! 

Masih butakah mata hati minda dan jiwa kita? Sanggupkah kita untuk berkata tidak penting dan pedulikan mereka?

Kesedaran politik kita sebagai Anak Muda Negara Sabah & Negara Sarawak bukanlah suatu kesedaran politik yang dikatakan kotor dan jijik tetapi suatu kesedaran yang bakal menentukan nasib Negara kita di masa hadapan nanti. Apa yang kita perjuangkan bukanlah untuk memusuhi atau seperti kata pepatah menegakkan benang yang basah tetapi suatu perjuangan dan suatu kesedaran yang bakal mengubah segalanya. 


Ayuh anak-anak Muda NEGARA SABAH dan NEGARA SARAWAK.. Kesedaran dan keberanian kita adalah penting bagi Negara kita yang tercinta ini. Janganlah kita membutakan mata menutup telinga dan hati kita berdiam diri.. Kalau bukan kita siapa lagi? Ingatlah perjuangan ini memerlukan kita anak muda untuk TURUT SERTA dan BANGKIT BERSAMA. JANGAN JADI KERBAU yang boleh diikat hidung dan diperlakukan sesuka hati tanpa melawan.

Daun tarap Daun timadang,
Saya harap jangan meradang,
Kalau gagap jangan temberang,
Mari kita TETAP BERJUANG!!!

Hanya Persepsi atau Kenyataan???

"Persepsi Semenanjung menjajah Sabah dan Sarawak perlu dihapuskan dengan seberapa segera kerana selagi ia terus wujud, potensi untuk Borneo menjadi Balkan di timur jauh terus ada"

Badrul A Bakar, Pensyarah, UiTM Kedah





________________________________________________________________

Hanya persepsi atau Kenyataan?

1) Persepsi kah itu kalau Malaya menggangkut 95% kekayaan minyak dan gas negara Sabah dan Sarawak?

2) Persepsi kah itu kalau dari Budget keseluruhan Malaysia RM 264 billion yg di berikan kpd kedua-dua negara Sabah dan Sarawak adalah kurang dari 1%?

3) Persepsi kah itu kalau negara Sabah dan Sarawak dulu rakan kongsi sama taraf dengan Malaya dlm pembentukkan Persekutuan Malaysia, sekarang adalah negeri2 ke 12 dan ke 13 Malayasia?

4) Persepsi kah itu jika kedua negara Sabah dan Sarawak kedua negara yg tersangat kaya dengan khazanah buminya adalah yg termundur dan termiskin di Malaysia?

5) Persepsi kah itu 2 negara yg tidak menjadi bahagian Persekutuan Malaysia iaitu Singapura dan Brunei adalah negara yg terkaya bukan sahaja di rantau Asia tetapi juga di dunia?

Lourance Liwin Kicie, Generasi Muda Negara Sabah

Badrul A Bakar yang merupakan seorang pensyarah di sebuah Universiti awam di UiTM Kedah telah membuat satu artikel yang bertajuk Borneo Balkan di Timur yang membawa maksud "Borneo" merujuk kepada Negara Sabah dan Negara Sarawak dalam konteks artikel ini dan "Balkan" pula merupakan nama yang digunakan untuk satu kawasan yang bersejarah dan secara geografinya ia terletak di rantau Tenggara Eropah. Apabila disimpulkan, ia membawa maksud "Borneo Kawasan yang bersejarah di Timur".

Dalam artikel pensyarah tersebut, ia telah mengupas sedikit sebanyak mengenai isu-isu yang telah berlaku di negara luar mempunyai persamaan dengan apa yag sedang berlaku di asia tenggara dan ini memungkinkan perkara yang sama akan bakal berlaku di asia iaitu di "Negara Persekutuan Malaysia". 

Terdapat kebenaran akan kata-katanya walau bagaimanapun terdapat perkara yang diketengahkan olehnya itu dapat dibidas. Perkara yang dimaksudkan adalah seperti petikan diatas yang mana beliau telah mengatakan bahawa;

"Persepsi Semenanjung menjajah Sabah dan Sarawak perlu DIHAPUSKAN dengan seberapa segera kerana selagi ia terus wujud, potensi untuk Borneo menjadi Balkan di timur jauh terus ada"  

Anak muda Negara Sabah dengan lantasnya menangkis kenyataan tersebut dengan persoalan-persoalan yang membuatkan lidah pensyarah tersebut kelu dan akan berusaha sedaya upaya untuk berdolak-dalik akan kebenaran ini.

Untuk itu, semua para pembaca blog ini dimohon untuk membaca artikel dibawah ini yang mana ini merupakan pandangan daripada seorang pensyarah malaya yang sedang mengajar di universiti awam, UiTM Kedah, malaya.

Pada pandangan UVSB, inilah realiti yang berlaku. Pihak seberang akan berusaha untuk menangkis kebenaran yang telah berlaku dan cuba untuk menutupi kudis dan nana yang sudah berbau busuk. Perkara ini BUKAN berlaku pertama kali tetapi sejak diawal pembentukkan "Persekutuan Malaya" lagi mereka sentiasa berdolak dalik, berjanji terang bulan bak kata pepatah mengatakan "Lidah tidak bertulang" untuk memperbodohkan minda dan pemikiran Bangsa Borneo iaitu Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak. Kenyataan ini bukan berupa hasutan tetapi adalah lebih untuk mempertahankan kebenaran yang sentiasa dinafikan dan dilabelkan sebagai "Menghasut!" 

Menghasutkah itu kalau mengatakan KEBENARAN?

Menghasutkah kalau mendidik bangsa akan Penipuan yang kerajaan malaya/malaysia telah lakukan?

Menghasutkah kalau ingin memimpin Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk menuntut Hak Mutlak sebagai sebuah Negara yang Merdeka dan Berdaulat seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963?

Fahami maksud "PENJAJAHAN"


 Sila fikirkan...

Dibawah ini merupakan artikel Borneo Balkan di Timur 

Luke Rintod menulis sebuah artikel berjudul "Taib dikagumi kerana berani bersuara" yang disiarkan di akhbar internet Free Malaysia Today pada 13 November 2013.

Tajuk artikel ini memang sangat mengujakan. Di waktu populariti Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang semakin merudum, artikel sebegini dengan mudah meraih perhatian.

Artikel tersebut ditemui di dinding salah seorang teman Facebook yang berasal dari Sarawak. Media sosial sesungguhnya memang mengubah gaya hidup kita secara luar biasa dan luar jangka. Yang jauh menjadi dekat, yang luas menjadi sempit. Ia merevolusi cara kita berkongsi maklumat. Nah, maklumat tidak perlu lagi dicari, ia tiba dengan sendiri. Itulah magis yang dibawakan oleh teknologi internet Web 2.0 yang menyediakan tapak kepada media sosial yang didakwa telah menjadi perkakas terpenting kepada kemunculan pelbagai fenomena besar dunia akhir-akhir ini seperti Arab Spring.

Apa yang menjadi fokus esei pendek ini bukan tentang media sosial, tetapi menyentuh sedikit tentang polemik nasional yang tidak berkesudahan di Malaysia iaitu kalimah Allah. Ingin digunakan istilah perdebatan, tetapi kerana ia masih jauh daripada membudaya, maka istilah wacana menjadi pilihan. Wacana dasar ialah sama ada istilah Allah perlu jadi eksklusif atau inklusif. Walaupun tanpa sebarang perdebatan, topik ini berterusan disosekkan di sana sini terutamanya di media sosial, maka tidak mampu dinafikan ia adalah isu nasional.

Sedar atau tidak isu ini menjadi gugatan kepada keutuhan amalan federalisme di Malaysia. Ramai khayalak yang mendakwa diri sebagai pakar ilmu politik dan pentadbiran awam menyatakan Malaysia mengamalkan federalisme terpusat (centralized federation). Walaupun kerajaan persekutuan dan 13 lagi kerajaan negeri sama-sama berdaulat tetapi autoriti keterlaluan menumpu di Putrajaya. Kerana itu dalam konteks persaingan politik kepartian, setiap gabungan parti dikenalpasti berusaha sama ada merampas atau mempertahankan sedaya mungkin Putrajaya.

13 September 1963, Sabah, Sarawak dan 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu (bersama-sama Singapura) membentuk negara baru yang dinamakan sebagai Malaysia.  Sejak itu, Semenanjung dan dua lagi anggota baru persekutuan cuba diintegrasikan. Pelbagai cara dilakukan agar masyarakat yang didakwa terpolarisasi dapat mengintegrasi bagi tujuan mengkonstruksi sebuah bangsa baru bernama Malaysia. Sebagaimana hujah Hobsbawm, negara boleh melahirkan bangsa. Tidak semestinya bangsa mewujudkan negara.

Secara peribadi, negara Malaysia masih belum berupaya melahirkan sebuah bangsa Malaysia. Tidak keterlaluan jika Malaysia dikatakan sebagai negara pelbagai bangsa (multinational) dan bukannya negara pelbagai kaum (multiracial) atau negara pelbagai etnik (multiethnic). Jari boleh dituding kepada kepada amalan media dan pihak berautoriti yang masih menggunakan istilah bangsa apabila merujuk kepada kaum atau ras di Malaysia. Sesungguhnya, khalayak ini perlu diperjelaskan atau "dikursuskan" tentang definisi istilah seperti bangsa (nation), negara (state), negara-bangsa (nation-state), ras/kaum (race), etnik (ethnic). Khalayak perlu faham tentang konsep negara-bangsa yang berpegang kepada kerangka satu negara, dan satu bangsa. Maksudnya, dalam sebuah negara hanya ada satu bangsa. Namun, sebuah bangsa di dalamnya boleh ada pelbagai kaum, pelbagai ras, dan pelbagai agama.

Sebagai sebuah bangsa yang masih dalam proses konstruksi. Iaitu masih dalam peringkat menanam cerucuk, maka polemik kalimah Allah adalah sesuatu yang boleh menyebabkan projek pembinaan bangsa ini tergendala. Lebih ironi jika projek konstruksi ini ditinggalkan dan terbengkalai begitu sahaja. Ia adalah isu yang sangat menjengkelkan. Justeru, isu tersebut bukan hanya perlu diurusi dengan bijak, bahkan dengan jiwa yang besar.

Sejarah membuktikan kegagalan mengurusi isu agama dan atau sebarang isu yang boleh mencetuskan etno-nasionalisme boleh membawa kepada dekonstruksi bangsa. Terpecahnya Kesatuan Soviet kepada 15 buah republik merdeka pada 1991 membuktikan kegagalan konstruksi "Soviet Man". Selain kegagalan sistem komunisme/sosialisme, isu agama dan budaya mendasari hasrat setiap republik untuk merdeka dari Kesatuan Soviet. Begitu juga dengan perpecahan Persekutuan Yugoslavia. Tinggalan tragedi kegagalan pembentukan bangsa Slav Selatan tersebut berterusan impaknya sehingga kini. Terkini, usaha Kosovo yang bermajoriti etnik Albania yang Muslim untuk berpisah dari Serbia (Kristian Ortodoks) yang merupakan salah sebuah bekas republik Persekutuan Yugoslavia.

Tragedi kegagalan pembentukan bangsa sangat sinonim dengan rantau Balkan di tenggara Eropah. Persoalannya, adakah Borneo bakal mengikuti jejak rantau Balkan? Kemunculan negara baru di Eropah (terutama di Balkan) menjadi tren sejak kegagalan komunisme/sosialisme. Rantau Asia Tenggara tidak ketinggalan terutama selepas Krisis Kewangan Asia 1997.

Walaupun hanya Timor Leste satu-satunya negara baru yang muncul, potensi kemunculan negara baru di rantau sebelah sini tidak boleh dipandang sepi. Etno-nasionalisme Acheh tergencat kerana tsunami 2005 dan polisi desentralisasi Indonesia menerusi reformasi. Desentralisasi terbukti ampuh dalam mengekang cita-cita kemunculan negara baru oleh propinsi dalam Indonesia seperti Papua Barat (dahulu Irian Jaya), Maluku. Hasilnya Indonesia muncul sebagai sebuah negara unitari yang sarat elemen federalisme. Manakala agenda pembentukan Moroland yang merdeka di selatan Filipina juga dapat dikekang kerana pemberian autonomi oleh Manila dan usaha membaikpulih ekonomi yang berterusan. Patani yang merdeka di selatan Thai pula ada pasang surutnya.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 3 Mac, 2008, status Sabah dan Sarawak dalam Malaysia semakin dipersoalkan. Kedua-duanya menjadi simpanan tetap satu-satunya parti pemerintah di peringkat federal (sejak merdeka sehingga kini) iaitu Barisan Nasional (BN). Para pengundi di Sabah dan Sarawak memastikan sistem satu parti atau sistem parti hegemonik dalam politik Malaysia terus lestari. Parti pembangkang yang membentuk Pakatan Rakyat (PR) pula menjanjikan Sabah dan Sarawak yang lebih bebas berautonomi dan tatakelola yang baik. Dalam masa 5 tahun dari 2008 ke 2013, kedua-dua negeri ini diasak oleh parti dari Semenanjung sama ada kalangan koalisi pemerintah mahupun pembangkang.

Ternyata apa yang tidak disedari oleh khalayak di Semenanjung ialah budaya di Sabah dan Sarawak berbeza walaupun sudah 50 tahun kedua-duanya berada dalam Malaysia. Tanyakan pakar politik Sabah seperti Datuk Profesor Madya Mohammad Agus Yusoff dan pakar politik Sarawak Profesor Madya Dr Nidzam Sulaiman tentang uniknya politik dan budaya mereka. Toleransi dalam amalan beragama di kedua-dua negeri tersebut jauh berbeza berbanding di Semenanjung. Justeru, polemik kalimah Allah menjarakkan lagi Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak sudah sedia ada dipisahkan secara fizikal oleh Laut China Selatan.

Kini, perkara 20 sentiasa menjadi begitu sensitif kepada penduduk kedua-dua negeri ini. Polemik kalimah Allah pula menjadikan Perkara 20 semakin diperhatikan berikutan butiran pertama dalam 20 perkara tersebut menyebut tentang agama rasmi, iaitu walaupun Islam agama rasmi Malaysia, ia bukan agama rasmi di Sabah dan Sarawak.

Kegagalan ahli politik dan parti politik dari Semenanjung sama ada dari kalangan pemerintah mahupun pembangkang untuk menguruskan isu ini dengan tekad politik dan jiwa besar, hanya akan mengundang padah.

Menurut tesis Kebenturan Peradaban oleh Samuel P Huntington, kerana perbezaan agama, sebuah bangsa yang sama warna kulit, sama bahasa, sama budaya, dan menempuhi sejarah yang sama, mampu untuk berkonflik dan berpecah. Serbia yang Ortodoks, Croatia yang Katolik, dan Bosnia yang Islam membawa kepada konflik dan selanjutnya menjadikan Yugoslavia hanya wujud dalam buku sejarah dan peta lama.

Kalimah Allah mengundang dilema besar kepada semua aktor politik Malaysia. Dua parti utama yang dilihat paling berdilema ialah Umno dan PAS. Umno perlu menjaga hati parti komponen lain dalam BN. Terutamanya dari Sabah dan Sarawak. Umno perlu akur tentang realiti Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap di kala pilihan raya umum. Namun, Umno perlu juga memikirkan pengundi tegar di kalangan orang Melayu di Semenanjung. Ketidaktegasan Umno boleh menyebabkan kaum ini berpaling tadah kepada PAS.

PAS yang menyedari hilang banyak undi Melayu semasa Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013 berada dalam dilema dalam menguruskan isu ini. Pendirian kalimah Allah itu eksklusif boleh menyebabkan PAS menjadi semakin terpencil dalam gabungan PR. Adakah parti ini sanggup membelakangkan pengundi bukan Islam dan pengundi Melayu urban yang kebanyakannya agak liberal?

Tetapi yang paling utama ialah memastikan keutuhan Malaysia sebagai sebuah persekutuan itu lebih penting. Memastikan Sabah dan Sarawak terus menjadi sebahagian daripada Malaysia perlu menjadi agenda setiap parti yang berjiwa besar dan berpolitik matang. Tanpa mengira sama ada parti tersebut sedang memerintah atau bakal menjadi sebahagian dariapada koalisi pemerintah. Ternyata pemenang kepada polemik ini ialah Taib Mahmud. Beliau dilihat vokal dan ikhlas mempertahankan tentang kebebasan beragama dan kebebasan menggunakan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak.

Adakah Borneo bakal menjadi Balkan timur? Tragedi Sampit pada 1999 di Kalimantan Barat tidak dapat dijadikan hujah bahawa masyarakat Borneo adalah masyarakat di garis gelincirin atau fault line (Huntington). Yang bermaksud masyarakat yang tidak stabil kerana kepelbagaian terutama daripada sudut agama. Lagipun Kalimantan Barat tidak seperti Sabah dan Sarawak yang berada dalam Malaysia dan mempunyai budaya toleransi beragama yang luar biasa.


Maka, Semenanjung perlu berhati-hati dalam menguruskan isu yang terlalu sensitif ini. Persepsi Semenanjung menjajah Sabah dan Sarawak perlu dihapuskan dengan seberapa segera kerana selagi ia terus wujud, potensi untuk Borneo menjadi Balkan di timur jauh terus ada. – 15 November, 2013.

* Penulis ialah Pensyarah Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, UiTM Kedah.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...