Sunday 18 January 2015

Guru kesal kos daki Gunung Kinabalu meningkat


"Kos mendaki gunung kinabalu lepas ni lebih mahal huhuhuhu... Bumi kita tempat asal kita jadi kepunyaan urang lain... Gunung kinabalu bukan lagi kepunyaan sabah tapi kepunyaan orang lain

Rupanya pengurusan Gunung Kinabalu kini kerajaan Sabah sdh bagi kepada syarikat semenanjung, naik gunung lepas ni mahal.. Apalah nasib kita org sabah, pemimpin Sabah knapa benda ni boleh brlaku? Gunung Kinabalu adalah jantung kepada Sabah..."

*************************************************

Slogan Cuti-cuti Malaysia tidak bermakna jika rakyat Sabah sendiri tidak dapat melancong di negeri sendiri memandangkan kos daki gunung Kinabalu meningkat.

Seorang guru kesal dengan tindakan kerajaan menswastakan Koperasi Taman-taman Sabah (KOKTAS) sehingga membebankan masyarakat.

Guru berkenaan mendakwa disebabkan penswastaan tersebut kos untuk melancong di negeri sendiri mencekik darah.

Orang Sabah sendiri yang mahu mendaki Gunung Kinabalu terpaksa berfikir banyak kali kerana kos dikenakan mencecah RM500 seorang. Kos ini dikenakan untuk bumiputera sahaja, berapa pula kos yang dikenakan untuk pelancong luar? Sebelum penswastaan dilancarkan, kos mendaki gunung sekadar RM200 sahaja.

Guru berkenaan turut mendakwa beberapa destinasi pelancongan di Sabah yang mengalami kenaikan harga drastik antaranya, Kinabalu National Park, Mesilau Nature Resort, Laban rata Resthouse, Poring Hot Spring dan Manukan Island Resort. Difahamkan semua destinasi ini di bawah pengurusan Sutera Sanctuary Lodges (SSL).

Pihak pengurusan hanya memikirkan keuntungan tetapi tidak mempertimbangkan kemampuan masyarakat. Saya tidak kisah pihak pengurusan mana yang mengendalikan pengurusan pendakian Gunung Kinabalu ini, tetapi sekurang-kurangnya fikirkan rakyat Sabah ini sendiri.

Guru ini juga memohon pihak yang berkenaan dapat mendengar masalah ini sekaligus membuat pertimbangan wajar.

Saya sedia maklum untuk membetulkan keadaan ini bukannya mudah dan memerlukan masa tapi sekurang-kurangnya ada perubahan untuk masa akan datang supaya anak-anak kita tiada alasan untuk melancong di negara orang,” ujar beliau lagi.

Actionline berjaya mendapat maklum balas dari pihak Kementerian Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah.

Menurut emel yang dihantar oleh wakil kementerian itu, kadar yang dikenakan untuk mendaki Gunung Kinabalu oleh pihak syarikat konsesi adalah termasuk pakej penginapan dan makan dan minum serta beberapa kemudahan yang lain.

Khidmat tempat tinggal dan restoran di Taman Kinabalu telah diswastakan pada tahun 1998. Kos penginapan telah dipakejkan bersama makan dan minum oleh syarikat konsesi berkenaan. Ini adalah punca yang mengakibatkan kos mendaki naik.

Lesen mendaki kekal RM30 untuk orang tempatan dan RM100 bagi pelancong asing serta RM7 seorang untuk insuran kemalangan. Manakala bayaran penginapan termurah di Laban Rata ialah RM40 semalam untuk rakyat tempatan dan RM60 untuk pelancong asing, manakala syarikat konsesi telah menyediakan pakej bernilaiRM330 termasuk untuk bayaran mendaki gunung.

Kadar bayaran untuk Malim Gunung pula antara RM85 hingga RM120 sehari. Bayaran Malim adalah bergantung kepada jumlah pendaki tetapi kebiasaanya tidak melebihi 4 orang pendaki bagi seorang Malim Gunung. Bagi bayaran Porter yang akan mengangkat barang pendaki pula, kadar bayaran mereka adalah sekitar RM6.60 hinggaRM7.60 sekilo.

Malim Gunung dan Porter terdiri daripada rakyat tempatan dan mereka sendiri yang menetapkan kadar ini dan pembayaran yang diberikan oleh para pendaki akan dibayar terus kepada Malim Gunung dan Porter berkenaan.

By : Action Line

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...