Friday, 17 July 2015

"Saya Bukanlah Orang Seperti Yang Digambarkan Oleh Pemimpin-Pemimpin Bn-Umno Mahupun Pr"

KOTA KINABALU, 16 Julai 2015: Halaman Rasmi Page Facebook Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan telah menarik sejumlah ramai "Like" daripada rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Mereka rata-ratanya berminat untuk mengikuti perkembangan perjalanan politik beliau. Satu pos beliau telah mendapat "Like" sebanyak 1,008 untuk setakat ini yang mana didalam pos tersebut menyatakan bahawa "Sebelum PRU13, ramai jangka DrJ akan lompat masuk BN. Ternyata dorg silap jangka. Selepas PRU13, ada yg ajak DrJ masuk BN.. siap dgn habuan.. tapi DrJ tolak mentah2.. ada yg putih mata. Selepas lebih 2 tahun PRU13, ada pula yg minta DrJ lompat parti tapi DrJ ambil pendirian kekal bersama STAR".

Mesej tersebut adalah hasil daripada perkongsian beliau kepada umum tentang keadaan yang sebenarnya berlaku didalam perjalanan karier politiknya. Terdapat usaha untuk membawa beliau menyertai Barisan Nasional (BN) namun usaha tersebut telah menemui jalan buntu kerana beliau nekad untuk tidak berpindah parti dan memilih untuk terus kekal didalam parti STAR yang berasal daripada Negara Sarawak.

Beliau mengatakan bahawa "Saya bukanlah orang seperti yang digambarkan oleh pemimpin-pemimpin bn-umno mahupun pr. Syukur dengan adanya media sosial seperti Facebook, blog, etc, segala fitnah terhadap saya akhirnya dibersihkan dengan kebenaran. Komen dibawah ini adalah benar dan perjuangan saya adalah untuk anda semua. Bangsa Negara Sabah. Marilah kita bersama-sama berjuang demi hak dan masa depan anak-anak, cucu-cicit dan generasi Bangsa Borneo", ujarnya.

Didalam pos tersebut juga telah memuji pendirian dan perjuangan beliau. "Bravo DrJ. Perjuangan menuntut hak2 Sabah bukan utk kaum atau kelompok tertentu saja tetapi utk semua Bangsa Sabah aka Sabahan. Perjuangan ini perlu diselesaikan - ada banyak cara utk capai kejayaan".

Sebanyak 151 komen telah memberikan maklum balas terhadap kenyataan didalam Page Facebook beliau. Untuk setakat ini, sebanyak 7,408 likes telah direkodkan dan jumlah tersebut terus meningkat. Page Facebook beliau telah memberikan informasi yang penting tentang kesedaran semasa di negara Sabah dan negara Sarawak melalui sudut sosial, ekonomi dan politik.

Antara komen-komen tersebut adalah seperti berikut:

Johari Abdullah: "Anak Sabah yg berani menegak kebenaran dan mempertahankan hak2 rakyat Sabah... hidup DDJK".

Paul Jimbun: "Memang sentiasa ada saja yang berpendapat begitu itu sampai sekarang mereka menganggap DDJK akan lompat parti.. terutama yang masih tidak luas pemikiran dalam politik, dan yang masih menyokong bn sebab habuan seperti brim, tangki biru, zink dan lain2 bantuan dari bn. Mereka tidak tahu bahawa DDJK sering ditipu, difitnah dan peralatkan oleh bn satu ketika dulu..:

Gaweng Isang: "Dr ... kalau Dr berjuang sama2 lah berjuang utk swk juga ya.."

Nazira Erra: "Saya tetap akan sokong perjuangan mu Dr, kalah atau menang saya tidak peduli yg penting sya bukan pengkhianat bangsa sendri, INI KALI LAH!!"

Gambar "Cover" Page beliau menyampaikan mesej yang jelas dan penting khususnya kepada generasi-generasi muda negara Sabah dengan kenyataan "Janganlah kamu butakan mata dengan menjauhkan diri daripada politik, selitkan masa walau sedikit pun kepada politik".



Laporan Ringkas disampaikan oleh Reporter Borneo Nationalist.

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...