Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

A true Independence is a MUST in Borneo For Sabah and Sarawak.

Sabah (formerly known as North Borneo) and Sarawak MUST gain back its Freedom through a REAL Independence.

Sunday, 11 January 2015

Perhatikan Anak-Anak Kecil Ini Juga..

Saya menyambut baik cadangan Doris Jones untuk membawa Sabah Sarawak untuk keluar dari Malaysia. Bagi saya, ayat yang seawalnya ialah untuk membawa Sabah Sarawak untuk keluar dari Malaya dan bukannya Malaysia. Sebaliknya, JIKA Perjanjian-Perjanjian yang telah dimateraikan semasa persetujuan menyertai Pembentukkan Malaysia gagal didengar dan dihormati dan beserta dengan Hak-Hak atau Perkara yang dimaktubkan diabaikan, MAKA Sabah Sarawak patut bersetuju untuk bersama sama keluar sahaja dari Malaysia.

Perjuangan untuk membawa Sabah Sarawak untuk keluar daripada jajahan Malaya semestinya memakan masa yang sangat lama,saya katakan akan ada banyak tentangan dan halangan yang bakal menanti di hadapan.

Bagi saya cabaran dan halangan yang paling mencabar usaha kita dalam perjuangan ini ialah; Memupuk kesedaran dan kebangkitan Nasionalisma secara keseluruhan Bangsa-Bangsa Borneo. Sukarelawan mungkin berjaya merancakkan petisyen dengan mengumpulkan tandatangan orang-orang kampung namun sejauh manakah tahap kesedaran dan keyakinan mereka (orang-orang kampung) terhadap tugas-tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka pikul selepas menurunkan tandatangan. Bersediakah mereka-mereka ini?

“Kertas putih yang beserta tandatangan itu hanya akan menjadi kesia-siaan kepada Bangsa-Bangsa Borneo yang tidak ikut serta berjuang”

Tidak keterlaluan juga kalau saya nyatakan di sini bahawa Bangsa-bangsa Borneo harus memiliki dan mengalami kebangkitan secara besar-besaran seperti yang pernah dilakukan oleh para tua-tua dahulu. Walaupun kita akan bakal menyaksikan sekali lagi rusuhan (Riots) diadakan di jalan raya, perhimpunan-perhimpunan aman (Peaceful Assembly) di mana-mana,juga adakan mogok lapar (Hunger Strike). Kebangkitan yang bukan sengaja diada adakan tetapi sememangnya ini yang rakyat mahukan, seringkali kita mencuba untuk bertoleransi dengan keadaan yang berlaku di sekeliling kita, kita masih bersifat mendiamkan diri dan cuba untuk mengalah dengan keadaan. Kerana rakyat bersikap naif untuk mengambil tindakan drastik melawan melalui pemberontakkan dan kekacauan (The Revolt and Chaos).

Seperti yang saya katakan tadi,perjuangan ini akan mengambil masa yang sangat panjang untuk direalisasikan. Sementara perjuangan ini diteruskan oleh generasi muda dan tua, adakah kamu terfikirkan sejenak bagaimanakah nasib anak-anak kecil yang bersekolah di kawasan pedalaman yang masih meneruskan penghidupan yang selalu mengundang rasa simpati dan belas kasihan. Mereka ini yang terpaksa kita korbankan masa depan mereka JIKA kesedaran 1 minit yang hilang begitu saja selepas turunkan tandatangan di atas kertas,dan tidak diteruskan .

Kita teruskan kehidupan kita dengan berjuang setiap hari menuntut keadilan, dan hak-hak yang telah diabaikan oleh Malaya, sementara itu pengabaian terhadap hak-hak anak-anak kecil di kawasan pedalaman saban hari dipinggirkan.Jangan harapkan pemimpin-pemimpin untuk turun dan masuk perkampungan,melalui hutan belantara yang sudah separuh botak,menginjakkan kaki atas tanah merah becak sudah berpuluhan tahun tidak diaspalkan, untuk melihat keadaan infrastruktur pondok-pondok sekolah yang sepatutnya sudah layak diletakkan di muzium Negara untuk tatapan seluruh dunia.

Walaupun kita masih melalui kehidupan yang tidak memberangsangkan dengan keadaan ekonomi yang tidak pernah kekal bertumbuh, keadaan sosio-ekonomi yang tidak teratur dan pengurusan perjalanan politik yang tidak pernah berkesudahan baik bermula daripada era Tun Mustapha pemimpin tempatan memerintah,dan, kita terus terusan menyalahkan pucuk pimpinan pemimpin terdahulu terhadap pergolakkan politik yang kita hadapi sekarang.

Saya yakin bahawa bukan kita di Sabah dan Sarawak sahaja yang mengalami situasi politik yang sedemikian rupa,banyaknya Negara-Negara Asia juga turut menyaksikan pergolakkan politik saban hari,Negara-Negara Demokrasi yang masih merasakan bahawa demokrasi (Democracy) masih belum diamalkan sepenuhnya,Hak-hak asasi manusia (The Human Rights) dipinggirkan,pemimpin-pemimpin kerajaan yang korupsi,konflik bawah kontrak sosial (Social Contract) dan sebagainya.

Secara keseluruhan Bangsa-Bangsa di Negara Asia mengalami pergolakkkan politik beserta susun atur entity masyarakat yang masih melalui krisis sosio-ekonomi sebagai akibat kesan penjajahan dan saki baki pentadbiran British yang masih berbekas walaupun sejurus selepas kemerdekaan diberikan kepada Bangsa-bangsa Borneo terutamanya. Bagi Sabah dan Sarawak apalah erti di sebalik Kemerdekaan yang dikecapi jika terus menerus hidup dalam penaklukan Malaya yang kian menghampiri dua generasi hidup dalam tahun-tahun kegelapan.

Saya mahu membawa anda semua iaitu Bangsa-bangsa Borneo untuk berjuang juga untuk memperbaiki sistem kemanusiaan kita, memperbaiki persekitaran kehidupan anak-anak kecil yang kita secara tidak sedari kita meminggirkan keperluan dalam memperbaiki situasi kehidupan dan akhlak mereka kerana kita sibuk untuk mengejar perubahan dan pembebasan daripada kolonisma Malaya. Apa yang saya maksudkan di sini ialah lebih banyak sukarelawan (volunteers) yang masuk ke dalam kawasan-kawasan pedalaman untuk membuat aktiviti kemanusiaan yang dapat mendidik dan membuka minda mereka. Ajarkan anak-anak kecil ini tentang sejarah-sejarah Borneo (Sabah Sarawak), tanamkan slogan “Sabah untuk orang Sabah” (Sabah for Sabahan).

Lihat kepada jiran-jiran Negara Asia kita,mereka berusaha untuk memperbaiki institusi kemanusiaan melalui anak-anak kecil yang dipinggirkan jauh di kawasan pedalaman,yang duduk di luar jangkauan manusia moden. Mereka menubuhkan sendiri kumpulan yang akan bergerak secara sukarela untuk menjangkau anak-anak sekolah, memberikan mereka dorongan dan sokongan moral,membantu membentuk entiti diri mereka. Jangan kita harapkan usaha kerajaan untuk datang menjangkau anak-anak kecil generasi kita kerana kita orang asal lebih memahami keperluan nilai moral (Morale Values) dan semangat (Spiritual) mereka. Bahawa kita yakin mereka ini yang akan kita tinggalkan untuk pembelaan masa depan Bangsa-Bangsa Borneo.

“Suatu ketika dahulu mendiang Datuk Peter Mojuntin seringkali menempatkan diri beliau bersama sama dengan orang kampung, kerana beliau berpendapat bahawa hanya dengan masuk ke dalam kawasan perkampung, menempatkan diri bersama sama dengan masyarakat maka dia akan dapat mengenal pasti masalah yang mereka hadapi. Beliau tahu bahawa tidak akan ada orang luar yang betul-betul mahu membela nasib dan penghidupan orang-orangnya selain daripada diri sendiri atau orang asal”.

Kita masih belum kehilangan semangat yang ditinggalkan oleh beliau. Ia masih ada dan tinggal bersama sama dengan kita semua,semangat “Anak Emas Kadazan” kerana kita masih berharapkan dan mahukan matlamat yang sama iaitu keadilan (Justice), kesamarataan (Equality) dan kemudahan pendidikan yang lebih baik (Better Educational Facilities) untuk anak-anak kecil dan kita perjuangkan melalui satu suara.

“Kita mahu menyelesaikan konflik dan permasalahan ini dengan menjentik perbezaan budaya dan bangsa asal orang borneo dengan itu maka kita semua disatukan dan berjuang untuk matlamat yang sama”.

POLITIK DAN AGAMA

Perbezaan politik-politik yang terdapat di Malaysia jelas menunjukkan bahawa masing-masing masih bersifat ingin mempertahankan kuasa,hak-hak mutlak sepenuhnya terhadap pemerintahan yang bakal menguntungkan kepentingan untuk satu pihak sahaja.ianya bersifat ingin “melindungi” kepentingan-kepentingan yang akan menjamin kelangsungan hidup secara berterusan.Selain itu, pertembungan dua kuasa politik yang dilihat langsung tidak memiliki mana-mana sifat “perkongsian”.Kerana satu pihak memiliki sifat “kuasa monopoli” yang dilihat akan dapat menjatuhkan dan membenamkan bangsa-bangsa yang kurang “kuasa monopoli”.

Disebabkan Umno secara keseluruhannya terdiri daripada orang-orang Melayu yang beragama Islam.
Oleh itu,cabaran yang paling hebat iaitu bagaimana untuk mengembalikan keyakinan dan rasa “cinta” akan Sabah dan Bangsa-bangsa asal di Sabah?Semasa saya menulis artikel ini untuk dikongsikan bersama sama dengan kamu semua,petang tadi semasa turun padang untuk menjadi “Penjala Manusia” (pungut petition) sekejap,timbul kesedaran saya bahawa betapa kuatnya pengaruh-pengaruh yang telah ditinggalkan oleh UMNO yang memberikan kesan yang sangat kuat dalam diri sesetengah minda dan banyaknya kehidupan dalam diri rakyat Sabah sebagai akibat projek “pengislaman” beramai ramai oleh kerajaan yang memerintah pada masa itu.

Apabila saya mulai menghampiri kumpulan-kumpulan manusia tua yang bersongkok dan berkain sarung (keturunan mereka ini yang pada asalnya ialah orang bangsa asal Sabah) ,maka mereka inilah yang bertindak menentang sekeras kerasnya pergerakkan untuk membawa Sabah Sarawak keluar dari Malaya.Golongan tua-tua ini sudah tentulah kalangan “fanatik UMNO”.Walaupun bukan semua ciri-ciri mereka yang saya sebutkan ini berperwatakkan sedemikian,namun kebanyakkan orang-orang Sabah yang melakukan “penghijrahan” ke arah “kehidupan baru” rata-ratanya begitu.Mereka ini yang saya katakan bahawa “identiti diri” mereka sudah dilenyapkan,yang mulai lupa cara kehidupan yang lama,apabila pengenalan diri sudah ditukar,Bahasa Melayu sebagai bahasa penutur utama,bangsa asal sebagai Bangsa Melayu,mempraktikkan adat dan kebudayaan Melayu.

"Terdapat beberapa Haji di Kudat pada masa itu (projek pengislaman) yang berjumpa dengan orang Kristian dan menggesa mereka untuk meninggalkan agama Kristian dan masuk islam dan bersatu (pangakan atau Satu piring ) mereka yang berkempen pada masa itu berkata bahawa, “UNTUK BERSAMA DALAM SATU PARTI SAHAJA TIDAK MENCUKUPI , SETIAP ORANG YANG BERADA DALAM SABAH mestilah berada dalam SATU AGAMA SAHAJA IAITU AGAMA ISLAM”. (Dipetik dari buku THE GOLDEN SON OF THE KADAZAN)

Kerana UMNO itu bersifat “kemelayuan”,maka keadaan politik yang taksub telah dibangkitan dalam diri mereka-mereka yang bersifat “fanatik UMNO”.Kerana mereka bersifat mempertahankan diri,untuk bangun dan bangkit menentang jika sekiranya “Penjamin” kehidupan mereka mulai digugat oleh kehadiran individu-individu yang dirasakan merupakan pesaing kepada kehidupan mereka.

Kehidupan mereka-mereka yang sudah banyak terkesan dengan “penghidupan baru” yang telah merubahkan seratus peratus identiti diri dan jati diri serta semangat kekitaan (orang asal).Bagaimana perubahan yang akan mengambil terlalu banyak masa untuk “penghidupan baru” itu diaplikasikan sepenuhnya tinggal diam menetap dalam diri mereka.

Sebagai akibat projek “pengislaman” beramai-ramai pada masa itu beliau (Datuk Peter J Mojuntin) katakan bahawa;

1) “Tidak ada manusia ,tanpa mengira sebarang latar belakang agama akan berdiam diri dalam menghadapi penganiayaan. Mengapa kerajaan USNO memulakan kempen untuk menindas kebebasan agama di sabah ? Adakah kerana mereka sedar bahawa orang-orang mubaligh yang telah berada di Sabah selama lebih daripada 20 tahun adalah satu-satunya yang sedar rasuah berada di tempat-tempat yang tinggi dan telah bersedia untuk bercakap mengenai buah fikiran mereka pada perhimpunan gereja dan perayaan-perayaan? Atau Kristian diusir kerana pemimpin USNO memerlukan sesuatu untuk mengalihkan perhatian rakyat dari rasuah dan kegagalan lain melalui sistem pentadbiran?”

2) “Saya yakin bahawa kita Kadazan dijangka akan mengalami satu kehilangan maruah diri serta kebanggaan; berkenaan diri kita ,rasa kesopanan ,prinsip-prinsip moral dan kini "kepercayaan kita kepada Tuhan ",sebelum diterima sebagai rakyat sebenar sebagai sebuah Negara Demokrasi di Malaysia”.

Saya lebih berasa serasi dan selesa menghampiri mereka yang berbangsa Kadazan Dusun Murut dan beberapa lagi bangsa asal Sabah,saya mengenali identiti diri mereka,kerana mereka pasti terbawa bawa loghat bahasa daerah asal mereka,juga yang berkomunikasi terus menggunakan bahasa Kadazan Dusun Murut,wajah asli orang asal yang jelas dipancarkan melalui riak muka mereka,keaslian perwatakan diri,pemakaian mereka-kerana terdapat orang asal yang masih memakai sarung,baju berbentuk kebaya,kain kecil sebagai alas kepala,berselipar jepun (kadang-kadang ada tua-tua yang berkaki ayam),memakan “sirih” dan menghisap “Kirai”,membawa sikutan kecil “Barait”.

Saya terharu dan kagum melihat cara mereka mengekalkan dan membawa bawa kehidupan dan cara kehidupan lama mereka walaupun berhidup di zaman moden.Anak-anak mereka rata-ratanya semuanya berjaya dalam hidup malah menjadi pegawai kerajaan begaji besar,lebih dari mampu untuk membeli kelengkapan baru untuk ibu bapa mereka.Mereka hanya tetap memilih untuk teruskan dengan keadaan yang sebegitu.

Terdapatnya juga kalangan masyarakat Kadazan Dusun dahulu yang melalui kehidupan sebagai seorang pagan.Kemunculan para manusia-manusia yang mengakui betamadun mulai mempersoalkan kehidupan seorang pagan.Apabila manusia-manusia bertamadun diperkenalkan dengan banyaknya kewujudan agama-agama dunia.Walaupun mereka-mereka itu pagan tetapi mereka masih ialah seorang yang berbangsa Kadazan Dusun.

“Orang-orang “pagan” diberitahu bahawa mereka boleh memelihara babi dan memburu babi hutan dan mereka boleh memelihara adat Kadazan dan budaya mereka tetapi mereka tidak dibenarkan untuk Mogondi (iaitu mengamalkan upacara dan ritual pagan)”.

Penghapusan identiti diri sudah pasti kurang berkesan dan mungkin langsung tidak dapat diperhatikan melalui mata kasar oleh kita.Namun,sehinggalah suatu tahap kamu akan mulai mengerti bahawa kamu sudah duduk tetap dengan “penghidupan baru” kamu itu.Dahulu kamu masih beryakin bahawa kamu akan dapat memelihara bangsa,bahasa,perayaan tradisi,adat dan budaya sebagai orang asal Sabah.Namun kamu tidak akan selamanya dapat berjamin bahawa kamu akan hidup selama lamanya untuk menjaga dan memberikan surat jaminan bagi keturunan kamu.

Semua agama yang diciptakan membawakan “mesej kehidupan” dan “jalan ke syurga” yang berlainan,dan adakalanya bertentangan antara semua fahaman yang wujud.Namun,apabila ada agama yang membawa bawa perihal politik dan mulai mengaitkan manusia dengan persoalan tentang politik dan agama untuk menjamin “kekayaan” dan “kemiskinan” ,soal “kebahagiaan” dan “penderitaan”,maka manusia mulai mempertaruhkan agama dengan mainan politik untuk menjamin suatu penghidupan yang lebih baik dan selesa.Kamu mempertaruhkan “Ace” terakhir yang kamu miliki untuk menentukan “hidup dan mati” Bangsa Asal Sabah.

Datuk Peter J Mojuntin: The Golden Son Of The Kadazan

Beliau telah mengembara jauh masuk ke dalam pedalaman Sabah . Dia ingin membiasakan diri dengan segala kerumitan dan bermacam macam masalah khususnya kepada rakyat dan Negeri ini. Dia tahu bahawa hanya dalam mengenal pasti dirinya dengan rakyat dan mengetahui masalah mereka dia amat berharap untuk memahami mereka dengan lebih baik dan yang lebih penting ,dia boleh dipercayai dan diterima oleh mereka sebagai pemimpin mereka.Kerana dia amat memahami aspirasi rakyat, bermula dengan segala permasalahan ,sehingga ke harapan dan kebimbangan rakyat.Asas-asas ini adalah penting sebelum seseorang itu boleh berharap untuk menjadi juara rakyat.

Ibu Peter, Minjaim Lim adalah separuh cina.Kerana datuk kepada ibu peter adalah seorang cina yang berasal dari hong kong manakala neneknya Tondipot, beliau ialah orang kadazan.Terdapat peratusan yang tinggi sino - Kadazan yang boleh bertutur dalam bahasa Kadazan dan mempraktikan adat dan tradisi orang kadazan.Mereka telah diterima dan diserapkan ke dalam masyarakat Kadazan.

Salah seorang ketua daerah yang jelas mengingati keperibadian peter dan kualiti kepimpinan beliau yang jelas terserlah walaupun pada usia yang sangat muda.Semasa peter berusia dua belas tahun; Peter sangat rajin membantu ibu bapanya , dia menolong membajak dan menuai padi di atas tanah bapanya semasa cuti sekolah.Beliau banyak membantu mengerjakan ladang padi orang terutamanya golongan tua dengan membantu mereka memunggah karung yang penuh dengan padi ke belakang kerbau .

Namun begitu dia juga menunjukkan minat untuk belajar dan memimpin di kalangan anak-anak sebaya umur dengannya.Peter akan mencuba membantu mereka setiap kali mereka berada dalam kesukaran dan tidak akan meninggalkan mereka sehingga masalah mereka diselesaikan.Kualiti yang dimiliki oleh beliau membuatkan beliau diagung agungkan bukan sahaja oleh anak-anak sebayanya tetapi juga oleh orang-orang yang lebih tua daripada dirinya .

Setiap kali dia ada masa kelapangan,akan digunakan untuk beramah mesra dengan kanak-kanak lelaki yang lebih tua, Peter sangat bersemangat untuk belajar daripada mereka untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar.Merupakan seorang yang dihormati kerana hakikatnya dia juga sangat menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Dia juga adalah seorang yang sangat periang dan sangat mudah untuk bergaul dengan semua orang.Dia selalu meluangkan masa untuk duduk, bercakap dan berkongsi jenaka dengan golongan tua.

Seseorang yang tidak ingin namanya dikenali mengatakan ; Pada hari-hari fasa awal  persekolahan peter tidak pernah tidak menghadapi masalah. Dia sebenarnya tidak dapat menikmati segala macam kemudahan seperti apa yang dimiliki oleh anak-anak sekolah sekarang.Kadang kala, dia mengalami kekurangan zat makanan dan tiadanya kemudahan bagi pusat penjagaan kesihatan kerana ketiadaan keperluan yang betul.Dia juga sempat merasai pengalaman pahit sebagai akibat Penjajahan Jepun di Sabah pada tahun 1942-1945 yang telah memberikan kesan yang sangat mendalam terutamanya dalam kehidupannya.Dalam usianya yang pada ketika itu sangat muda, sebolehnya dia tidak mahu merasai suasana politik apalagi berada dalam suasana Penjajahan Jepun.Kekurangan segala bahan keperluan makanan harian turut dirasai di mana-mana di kampung-kampung juga di lain-lain tempat.Dia terpaksa bergantung kepada nutrient yang tidak mencukupi yang disediakan oleh ibu bapanya mengikut kemampuan mereka yang sangat terhad pada masa itu.

Kedua ibu bapanya adalah petani miskin yang hidup sederhana yang hanya untuk menyara kehidupan.Mereka bekerja keras di sawah untuk menyara kehidupan.Penghidupan di kampung adalah tidak seperti yang kamu dapat bayangkan kerana ia bukanlah suatu keadaan kehidupan yang mengembirakan dan senang seperti yang kita kecapi sekarang.Mereka menjana pendapatan yang tidak seberapa hanya dengan menternak babi dan ayam di belakang rumah mereka .

Selepas berakhirnya pendudukan Jepun tentera pada tahun 1945 , dan yang seterusnya telah kembali semula kepada pemerintahan awam , keinginan serta keazaman Peter untuk tahu dan belajar sangat terserlah.Seboleh bolehnya dia tidak mahu pergi melalui hidup dengan kenangan daripada sebarang kuasa penaklukan.Hanya dengan mencari satu-satunya jalan keluar adalah melalui pengambil alihan sector pendidikan.Bagi membantu keluarganya untuk mengatasi masalah mereka dan keluar daripada kesusahan itu dia terpaksa belajar.

Disebabkan oleh faktor  ibu bapa Peter yang juga merupakan golongan petani dan mempunyai tanggapan yang tetap bahawa Peter perlu menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja di bendang sawah mereka.Setelah sekian lama telah berbakti dan menolong kedua ibu bapanya , Peter akhirnya akan meninggalkan ibu bapanya untuk menimba ilmu.Akan tetapi bapa peter tidak memperkenankan permintaannya,peter kemudian berpaling kepada ibunya dan meminta beliau untuk campur tangan bagi pihaknya.Peter berdepan dengan tentangan tentang hasratnya yang ingin ke sekolah pada masa itu.Hasil pendirian tetap dan keras hati peter untuk menyambung niatnya belajar akhirnya dalam usianya yang pada ketika itu sangat muda iaitu 8 tahun akhirnya ibu peter memperolehi persetujuan daripada bapa peter.

Satu satunya legasi yang telah kerajaan British tinggalkan adalah sistem pendidikan.Pada masa pentadbiran koloni British mereka telah membawa banyak empayar primitive, maka apabila British meluaskan jajahan mereka terdapat banyak para mubaligh kristian yang turut serta yang mengambarkan ciri-ciri pentadbiran oleh koloni British pada masa itu.Walaupun terdapat banyak cubaan daripada British untuk memperkenalkan pendidikan barat yang berlaku seawall tahun 1880 dan tidak pernah bertahan sehingga tahun 1887,hanya dengan kehadiran dan kemunculan para mubaligh kristian maka pendidikan di Sabah mulai mempunyai asas yang kukuh untuk bertapak.Hanya setelah tiga tahun selepas kedatangan para mubaligh , sekolah katolik St.Micheal telah diasaskan di Penampang.Dalam tahun 1890, sekolah tersebut merupakan satu-satunya sekolah di daerah tersebut.Sekolah itu turut disediakan untuk pelajar yang datang dari jauh iaitu daerah Tambunan,Bundu Tuhan dan Kuala Penyu.Di sekolah ini jugalah di mana “Anak Emas Kadazan” menimba ilmu,yang juga telah menghabiskan kebanyakkan masanya yang indah di sekolah St.Micheal.Peter juga turut diasah bakat kepimpinanya di sini.

Jarak ke sekolah ini adalah kira-kira dua kilometer daripada rumahnya.Kemudahan jalan raya pada masa itu hampir tidak ada kerana pembangunan yang amat terhad terutamanya di sekitar Jesselton (kota Kinabalu).Tidak seperti kebiasaan majoriti pelajar yang lain,Peter terpaksa berjalan kaki untuk pergi ke sekolah kerana keadaan keluarga Mojuntin yang terlalu miskin pada ketika itu sehingga menyukarkan ibu bapa Peter untuk menyediakan keperluan sekolah seperti kasut mahupun selipar.

Pada masa persekolahan Peter hanya mampu untuk menyarungkan seluar yang sudah lusuh dan longgar beserta baju yang ditampal tampal dengan cebisan cebisan kain.Dia hanya memiliki beberapa buah buku teks dan sebatang pencil.Walaupun dalam keadaan begitu selalu menghadirkan diri ke sekolah,hanya kerana dia sudah terlalu bersyukur kerana diberikan peluang untuk belajar sehingga dia mengetepikan maruah dirinya.Dia telah menggunakan peluang belajar itu dengan sebaik mungkin.Berdasarkan pemerhatian Peter dia tidak mempunyai kawan.

Ketika zaman persekolahan Peter merupakan seorang personaliti yang amat popular dan disayangi oleh rakan-rakannya.Malah beliau juga seorang murid yang sangat bijak dan selalu memperolehi gred keputusan yang tinggi dalam semua kebanyakkan subjek.Guru-guru di sekolah berpendapat bahawa jika Peter diber bimbingan yang betul Peter akan menjadi pelajar yang berjaya.

Tugas-tugas untuk membentuk Peter sebagai bakal pemimpin masa depan telah diserahkan ke dalam tangan Rev.Fr Preyed iaitu pengetua sekolah.Kerana beliau mempunyai keyakinan mendalam terhadap Peter.Melalui beliau hanya maka barulah Peter telah mempelajari asas-asas mengorganisasi kerja dan juga berpidato yang bakal menjadikan panduan kepada Peter dalam kerjaya politik masa hadapannya.Beliau telah menanamkan dalam fikiran Peter dan orang lain supaya mereka juga perlu memikul tanggungjawab seperti yang dilakukan oleh beliau untuk memikul tanggungjawab dan menjadi matang untuk menjadi pemimpin masa depan Negara.Rev F.Preyde tahu bahawa gelombang kemerdekaan yang telah melanda Asia selepas penjajahan jepun akan meninggalkan kesan yang mendalam.Sabah sebagai koloni dari British tidak akan berkekalan lama.Selepas merdeka, maka kita amat memerlukan seorang ketua yang mempunyai nilai tanggungjawab diri yang sangat tinggi dan kuat.Dan beliau sudah  melihat potensi kepimpinan itu ada dalam diri Peter dan beliau tentunya akan bekerja keras bagi memupuk dan membangun sifat-sifat itu ke dalam diri Peter.

Peter adalah seorang murid yang sangat taat.Dia tekun untuk disoal dan mendengar,adakalanya dia akan menyokong dan membantah jika sekiranya dia terbukti bersalah dalam hal itu maka dia akan mengalah yang pada akhirnya telah terjalin hubungan yang berkekalan di antara seorang murid dan guru sehinggalah Peter pergi bertemu dengan ajalnya.Rev.Fr Preyed sangat berbangga terhadap Peter kerana dia telah mencapai matlamat hidupnya.Apabila beliau mengetahui akan kematian Peter beliau telah menangis,kerana kematian Peter membuatkan beliau bukan saja kehilangan seorang murid yang baik tetapi juga seorang kawan dan sebuah harapan yang menyinar.

Pada muka helaian majalah gereja tempatan beliau telah menulis mengenai Peter semasa zaman persekolahannya; sebagai seorang anak muda Peter telah menunjukkan inisiatif dan semangat,saya masih boleh menggambarkan dia yang sedang duduk di bangku depan sekolah,Peter kelihatan sangat kecil dan menonjol kerana Peter adalah salah seorang yang paling muda dan yang paling kecil dan selalu memiliki keinginan untuk tahu dan bertanya.

Sekolah St.Michael disediakan hanya untuk murid-murid sehingga darjah enam (yang mewakili tingkatan 1 ) yang merupakan system pendidikan pada waktu itu.tetapi itu langsung tidak menghalang Peter malah Peter bertekad untuk menduduki peperiksaan dan mahu lulus.Peter sedia maklum bahawa hanya terdapat beberapa sahaja Kadazan yang telah berjaya lulus dalam peperiksaan tersebut.Hanya dengan lulus peperiksaan tersebut maka dia akan mencapai tujuan hidupnya.Namun,ini bermakna dia harus mengharungi perjalanan pergi balik sejauh 16 kilometer setiap hari untuk pergi ke Sekolah Menengah Sacred Heart di Tanjung Aru yang merupakan salah sebuah Sekolah Katolik.

Jarak perjalanan yang sangat jauh akan memakan kos dan ini membuatkan dia memikirkan cara yang lain,dan kemudiannya abang Peter yang paling tua telah membelikan Peter sebuah basikal.Mengetahui hal kebaikan abangnya Peter menangis terharu.George masih ingat akan bagaimana adiknya Peter merenung kearah basikal barunya dengan perasaan yang tidak terkata untuk berterima kasih kepada George.Dengan keazaman yang sangat tinggi Peter sanggup bangun awal pagi dan mengayuh basikal sejauh 16 km untuk pergi ke sekolah.

Ia bukan satu pengalaman yang kebanyakkan daripada kita akan berpeluang untuk mengalami situasi itu; Keadaan jalan-jalan menuju ke Jesselton adalah berbengkang bengkok dan berlubang menyebabkan kaki Peter sakit kerana terdapat banyaknya batu-batu tajam.Mengayuh basikal dengan jarak 16KM setiap hari ialah sangat menyukarkan,namun semangat yang ada dalam diri Peter untuk berjaya menamatkan pelajarannya yang telah memberi dorongan kepada Peter.Dan dia amat bernasib baik kerana selepas saja dia tamat tahun pertama di Sekolah Sacred Heart dia telah diambil untuk menjadi pelajar asrama dan menumpukan 2 tahun pengajian di sana.
  
Usaha dan pengorbanannya kini telah membuahkan hasil.Peter akhirnya telah berjaya lulus dalam  sijil peperiksaan  sekolah pada tahun 1957 itu apabila dia telah layak untuk muncul cemerlang bagi mewakili kaum Kadazan,selama 3 tahun dia belajar.Bermula dari sanalah maka persoalan datang menghujani fikiran dengan persoalan; Mengapa hanya sedikit saja bilangan kaum Kadazan yang berjaya dalam peperiksaan.Dari sana maka Peter tahu bahawa hanya peluang pendidikan saja yang akan mengangkat taraf hidup kaum Kadazan.Majoriti tidak mempunyai taraf pendidikan yang baik kerana ibu bapa mereka samada tidak sepenuhnya menghargai nilai pendidikan  atau tidak mempunyai pemahaman langsung tentang pendidikan.Saat itu Peter mulai sensitive tentang masalah pendidikan oleh anak-anak di kampung.Satu kejadian telah menimpa seorang wanita di kampungnya,dan dia masih mengingati kejadian itu.Telah banyak kali wanita itu cuba untuk memberitahu pihak berkuasa berkenaan bau busuk yang datang dari bangkai reput serta membersihkan parit yang tersumbat,namun usaha itu hanya mendatangkan kesia siaan.Akhirnya berita itu tersebar sehingga ke pengetahuan Peter yang pada ketika itu kebetulan berada di rumah kerana cuti sekolah.

 Dikatakan bahawa beliau telah pergi melawat wanita itu pada hari berikutnya dan membawanya untuk melihat pegawai daerah yang merupakan seorang lelaki inggeris.Hanya Peter sahaja pada ketika itu yang berani bersemuka dan bercakap dengan lelaki inggeris itu.Bersama sama wanita itu Peter telah bergaduh dengan pegawai daerah itu sehingga membuatkan lelaki itu berasa kagum dengan keberanian Peter.

Pada masa itu Peter hanya seorang murid Tahun 6 (masa itu tingkatan 1),dan wanita itu tidak teragak agak untuk menyebarkan hal yang berlaku itu kepada seluruh kampung.Hal itu merupakan suatu kebanggaan dan kehormatan bagi penduduk Kg.Hungab.Selepas beberapa tahun,selain daripada menjadi seorang pelajar yang sangat bijak,Peter juga merupakan seorang budak yang cemerlang dalam bidang sukan.Pencapaian Peter sangat menakjubkan dan merupakan personality yang luar biasa,dan menjadi seorang yang berdaya progresif dan berdinamik (seorang ahli politik yang berani untuk mempertahankan ketuanya semasa penglibatannya dalam politik,dan berjaya mencuri perhatian politik Malaysia).

Setelah mencapai sedikit kejayaan dalam bidang akademik dan olahraga ,peter mulai mendapat perhatian oleh orang-orang di kampungnya,guru-guru yang mengajar dan masyarakat yang mengagumi kebolehan Peter.Mereka meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap beliau ,dan dapat melihat ciri-ciri itu dalam diri Peter sebagai seorang yang amat berpotensi untuk memimpin kaum Kadazan dan meningkatkan taraf hidup komuniti Kadazan.Kaum Kadazan yang ramai pada ketika itu berpusat di Penampang namun banyak juga yang menetap berasingan di banyak daerah seperti tuaran,Keningau,Kudat,Ranau,Kuala Penyu dan di beberapa kawasan lagi di pantai timur yang kebanyakkannya berdepan dengan masalah sosio ekonomi yang serius.Hal ini disebabkan oleh pentadbiran yang pada masa itu tidak berusaha untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi komuniti Kadazan.Hanya beberapa orang kadazan yang memiliki kelulusan akademik melihat masalah ini dan ini telah menyukarkan mereka dan berada dalam dilemma,kerana hanya sebilangan saja yang menawarkan diri untuk berkhidmat sepenuhnya.Kebanyakkan mereka tidak mahu mengambil risiko dan hanya mementingkan diri sendiri.

Peter enggan mematuhi arahan dan tidak teragak agak untuk berdepan dengan segala akibat daripada tindakannya itu kerana dia yakin dan tahu bahawa dia boleh menyumbang sesuatu untuk masyarakat.Apa yang lebih penting ialah dia tahu bahawa kaumnya lebih memerlukan khidmatnya lebih daripada rakan-rakan atau keluarganya sendiri.Dia tahu bahawa generasi seterusnya akan sentiasa diingati dengan gelaran Kadazan,malahan Kadazan akan berkembang banyak tanpa mengalami kepupusan masa akan datang.

Jika keadaan meletakkan dia di posisi untuk melakukan sesuatu untuk masyarakat,namun bersikap acu tak acuh dan menanamkan sikap yang negative,maka dia tidak boleh meletakkan kesalahan itu kepada orang lain tetapi dirinya sendiri dan juga generasi akan datang akan mendakwa dia sebagai kegagalan kepada mereka.Ini merupakan suatu penghinaan kepada dirinya.Di persimpangan hidupannya Peter telah membulatkan keputusannya untuk mendedikasikan hidupnya dan berkhidmat kepada masyarakat,keputusan ini membuatkan Peter terpaksa mengalami detik-detik yang menyeksakan dalam kebanyakkan aspek kehidupan beliau,dan yang telah menyebabkan kematiannya pada seawal usianya 37 tahun.

Kekeliruan Dan Konflik Diantara SSKM-SSU(UK) Dan HPM63 Telah Selesai Dan Berdamai

Kenyataan RASMI Datuk James Ligunjang.

"Ingin saya jelaskan bahawa kempen HPM63 adalah perjuangan rakyat yang bermula di Tambunan pada malam 15 hb september 2014 sempena convoy Batu Sumpah ke Keningau yang diketuai oleh Dr.Jeffrey Kitingan.

Matlamat HPM63 adalah untuk memberi kefahaman kepada rakyat Sabah dan Sarawak mengenai dengan perjanjanjian 1963 dan apa isi kandungannya yang perlu dihormati oleh semua pihak. Justeru itu, kita mohon semua parti dan NGO mendokong perjuangan ini dan menyertai Himpunan Rakyat serentak di Kuching dan Kota Kinabalu pada 16 hb September 2015 untuk mendesak semua pihak menghormati Perjanjian.

Kita mempelawa semua pertubuhan mendokongnya dan tidak memilikinya.

Akhirnya kata, saya bukan ahli Parti Pakar dan saya tidak pernah menyekat mana pertubuhan Parti Politik dan NGO untuk menjalankan akitiviti mereka. 

Yang penting pada saya, kita wujudkan persafahaman dan kerjasama untuk menjayakan aspirasi rakyat SS. 

Sekian."

Datuk James Ligunjang
11 Januari 2015


Respon SSKM-SSU(UK)

Ingin pihak SSKM-SSU(UK) katakan disini bahawa bukan musuh yang ingin dicari dalam perjuangan tetapi adalah Kemerdekaan sebenar Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Kenyataan demi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kami adalah untuk memaklumkan kepada umum tentang keputusan, pandangan kami dan tambahan juga demi untuk mempertahankan imej serta perjuangan ini.

Semoga pencerahan daripada Datuk James Ligunjang ini mengenai konflik yang wujud diantara SSKM-SSU(UK) dan HPM63 sebelum ini mampu mengeratkan lagi persefahaman seterusnya meningkatkan kerjasama dua hala demi kepentingan bersama untuk Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.

Salam Berjuang untuk semua...

Join The Fight!

Friday, 9 January 2015

Kerana Ini Zaman SSKM!

Pihak SSKM-SSU(UK) mengalu-alukan penyertaan pemimpin-pemimpin veteran dalam perjuangan ini namun jikalau penyertaan anda sekadar untuk menganggangu dan menghilangkan fokus perjuangan dengan cuba memberikan pelbagai alasan yang kononnya cara penyelesaian ini yang terbaik, sila hentikan niat tersebut. Ini kerana, jikalau anda yakin penyelesaian tersebut adalah yang terbaik, mengapa tidak lakukan pada waktu anda mempunyai kekuatan dan pengaruh yang kuat dahulu? Dan jikalau cara penyelesaian tersebut berkesan, mengapa sehingga sekarang malaya masih menindas malah perbuatan mereka semakin bertambah kejam?

Pihak kami tidak bermaksud bahawa cadangan dan nasihat anda itu tidak berkesan namun dalam perjuangan ini, jikalau tersilap menggunakan strategi, ia akan memberikan kesan negatif yang kekal... Perjuangan ini ditunjangi oleh majoriti generasi-generasi muda di kedua-dua Negara.

Segala perjalanan perjuangan silam melalui cara politik telah dikaji dan diselami untuk difahami bagi menjustifikasikan tindakan yang dilakukan oleh pihak kami pada zaman ini. Dan keputusan telah diambil dan ia adalah muktamad bahawa dengan memperolehi Kemerdekaan sebenar adalah jawapan bagi menghentikan segala penindasan dan manipulasi kuasa politik malaya di Borneo. Tanpa campur tangan malaya, kerajaan yang tidak adil senang ditumbangkan melalui kebangkitan rakyat seperti pada era Negara Sabah sebelum kemasukkan umno... Tetapi sebaik sahaja kuasa politik malaya mencampuri urusan pentadbiran politik Negara Sabah melalui umno, yang jahat, perasuah, penindas terus kekal menjadi pemerintah...

Apakah ini yang diimpikan selama ini?

Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI!

Atas sebab itu, perjuangan ini mesti diteruskan sehingga berjaya kerana pihak kami sudah meletakkan nyawa sebagai pertaruhan dalam perjuangan ini. Apabila nyawa menjadi pertaruhan, ia bererti kami benar-benar serius kerana takkan nyawa ini disia-siakan.

Biar badan rebah sebagai seorang Pejuang Bangsa tetapi TIDAK SESEKALI rebah sebagai seorang pengkhianat bangsa yang hina!

Kepada anak-anak muda, sila fikirkan rasional penglibatan anda terhadap mana-mana aktiviti. Adakah anda sememangnya mahu bersama-sama dalam perjuangan ataupun sebaliknya. Tiada paksaan dalam menyertai perjuangan ini kerana hanya kerelaan dan keikhlasan sahaja yang mampu memberikan impak yang kuat kerana ia dilakukan dengan sepenuh hati. Ini juga kerana anda sedar dasar penglibatan anda dan sokongan yang diberikan itu bukan untuk diri-sendiri tetapi adalah untuk masa depan generasi Borneo. Itulah harga pengorbanan yang dituntut dalam perjuangan ini.

Bukan melalui kekerasan mahupun demonstrasi ataupun apa-apa perbuatan yang disifatkan jenayah yang boleh mendatangkan huru-hara tetapi hanya melalui Petisyen sahaja. Ini adalah tindakan yang matang dan professional sesuai dengan era zaman ini. 

Kerana ini adalah ZAMAN SSKM!

Sertai perjuangan ini agar anda tidak digelar sebagai "penumpang"... Join The Fight!

Hentikan Kekeliruan Anda Mengenai 18 & 20 Perkara dan Perjanjian Malaysia 1963

Apabila pihak SSKM-SSU(UK) memperjuangkan 18 & 20 Perkara, ramai yang bertanya... Mengapa memperjuangkan 18 & 20 Perkara jikalau ingin berpisah daripada Persekutuan Malaysia? Tidakkah itu satu perjuangan yang sia-sia kerana Perkara 7 dalam 18 & 20 Perkara jelas menyatakan bahawa Sarawak dan Sabah tidak seharusnya mempunyai hak untuk berpisah daripada persekutuan.

Satu perkara yang perlu anda tahu ialah 18 & 20 Perkara merupakan Memorendum yang telah dihantar kepada Inter-Governmental Committee untuk dipertimbangkan Perkara-Perkara tersebut untuk dimasukkan kedalam Perjanjian Malaysia. Sekali lagi, ia cuma "Memorendum" dan BUKAN perjanjian.

Walau bagaimanapun, Lord Lansdowne yang merupakan Pengerusi Inter-Governmental Committee dengan tegas dan jelas menolak Perkara 7 yang melarang sebarang hak untuk berpisah. Ini kerana, menurut kebijaksanaannya, Persekutuan Malaysia ini merupakan satu persekutuan yang dianggotai oleh Negara-Negara dengan "sukarela". Atas sebab itu, tidak boleh ada sebarang halangan ataupun sekatan untuk negara-negara anggota dalam persekutuan ini untuk berpisah daripada persekutuan ini jikalau mereka merasakan bahawa persekutuan ini tidak memberikan kebaikan kepada mereka. Berpisah itu adalah hak mutlak mereka. Sebab itulah Perkara 7 ini tidak dimasukkan kedalam Perjanjian Malaysia.

Mengangkat 18 & 20 Perkara dalam perjuangan SSKM-SSU(UK) bukan bertujuan untuk kekal dalam persekutuan malaysia ini tetapi adalah untuk menjadi pembuka mata kepada masyarakat umum tentang apakah yang telah dilanggari mahupun tidak dihormati oleh malaya. Pihak SSKM-SSU(UK) percaya bahawa kerajaan persekutuan tanah melayu yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia tidak akan sesekali mematuhi akan Perkara-Perkara yang terkandung didalamnya. Ini kerana, jikalau mereka mematuhinya, takkan timbul isu ini pada zaman sekarang. Apabila 18 & 20 Perkara ini tidak dipatuhi, apatah lagi Perjanjian Malaysia. Ini kerana 18 & 20 Perkara ini adalah Memorendum yang merumuskan segala cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh badan-badan politik mahupun NGOs pada tahun 1962 kepada Suruhanjaya Cobbold untuk dipertimbangkan agar dimasukkan kedalam Perjanjian Malaysia. Dalam erti kata lain, ia merupakan asas kepada Perjanjian Malaysia. 

Masih ramai yang mempertikaikan bahawa kita seharusnya menggunakan Perjanjian Malaysia 1963 sahaja dalam perjuangan ini kerana ia mempunyai locus standi dalam sudut perundangan pada peringkat antarabangsa manakala 18 & 20 Perkara itu tidak penting malah sia-sia. Pihak SSKM-SSU(UK) sekali lagi ingin jelaskan bahawa 18 & 20 Perkara adalah ASAS yang sangat diperlukan sebagai rujukan yang sangat penting apabila bercakap ataupun berdebat mengenai Perjanjian Malaysia. Jikalau anda ingin berdebat tentang Perjanjian Malaysia sahaja, pihak kami ingin anda menyenaraikan dengan jelas apakah perkara-perkara yang telah dilanggari dan tidak dihormati oleh kerajaan persekutuan tanah melayu yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia didalam Perjanjian Malaysia? Sila senaraikan.

Untuk lebih memahaminya, pihak SSKM-SSU(UK) ingin mengambil pembayang seperti sebuah rumah banglo yang boleh kita gambarkan sebagai Perjanjian Malaysia agar anda faham. Sebaik sahaja rumah itu siap, dalam beberapa tahun, rumah tersebut telah berlaku keretakan. Dinding dan lantainya menunjukkan keretakkan. Bagaimanakah anda mampu mengenalpasti punca permasalahan ini?

Sudah tentu anda akan mula mengkaji asasnya, bukan? Anda akan berjumpa kepada kontraktor rumah untuk menyoal bahan-bahan yang digunakan oleh mereka dalam pembinaan tersebut. Nisbah kuantiti pasir, batu dan simen akan dipersoalkan. Kemampatan tanah juga dipersoalkan sama ada ia dibina pada kawasan yang keras ataupun lembut. Dalam erti kata lain, anda akan mengkaji segalanya agar anda memahami punya keretakkan tersebut. 

Demikian juga Perjanjian Malaysia. 

Kronologi Perjanjian Malaysia 1963
Laporan Suruhanjaya Cobbold, 18 & 20 Perkara, Laporan Inter-Governmental Committee inilah merupakan asas kepada Perjanjian Malaysia yang mesti digunakan sebagai rujukan utama kepada Perjanjian Malaysia.

Dalam bidang perundangan, sudah tentu Perjanjian Malaysia 1963 yang akan digunakan. Tetapi dalam perdebatan, segala dokumen-dokumen yang penting perlu digunakan untuk menguatkan hujah dalam Makhamah antarabangsa bahawa Perjanjian Malaysia ini sudah tidak dihormati malah dilanggari segala apa yang telah dipersetujui. Lebih teruk lagi apabila konsep asalnya tidak dipraktikkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Terdapat beberapa persoalan-persoalan yang perlu anda jawab dengan jujur. Jikalau asas ini tidak dihormati malah dilanggari, apakah anda yakin Perjanjian Malaysia itu masih sah?
  • Adakah Singapura masih dalam Persekutuan Malaysia?
  • Adakah Persekutuan Malaysia menggunakan Perjanjian Malaysia sebagai asas dalam Persekutuan ini?
  • Mengapa definsi Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia merujuk kepada Perjanjian Tanah Melayu yang dimerdekakan pada 31 Ogos 1957?
  • Apakah Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini merupakan Perlembagaan Baru bagi kerajaan yang ditubuhkan pada 16 September 1963?
Jawapannya adalah:
  • Singapura sudah berpisah daripada Persekutuan Malaysia namun Perjanjian Malaysia masih mengandungi nama Singapura sebagai anggota dalam Perjanjian Malaysia. Semestinya jikalau ini berlaku, satu perjanjian baru mesti dilakukan semula demi menyelamatkan Persekutuan Malaysia. Namun sehingga kini, tiada sebarang usaha yang ditunjukkan untuk menyelamatkan Persekutuan Malaysia melalui usaha untuk membuat satu Perjanjian Baru yang hanya melibatkan tiga buah negara ini.
  • Persekutuan Malaysia sebenarnya masih menggunakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang telah ditandatangani pada bulan Februari 1948 sebagai asas rujukan dalam persekutuan ini dan bukan Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963.
  • Definisi Persekutuan masih merujuk kepada Persekutuan yang ditubuhkan pada 31 Ogos 1957. Ini kerana Kerajaan Persekutuan Malaysia masih menggunakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani pada bulan Februai 1948.
  • Tidak. Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang ada sekarang sebenarnya adalah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957. Dalam perbincangan sebelum pembentukkan ini, pemimpin-pemimpin Kebangsaan Negara Sabah dan Negara Sarawak bersetuju untuk menggunakan terlebih dahulu perlembagaan persekutuan tanah melayu dengan membuat beberapa pindahan sementara menunggu sebuah Perlembagaan Baru yang asli dibuat berdasarkan kepada konsep sebenar iaitu Negara-negara yang bersekutu dalam Malaysia. Atas sebab itulah namanya Persekutuan Malaysia ataupun dalam bahasa English, namanya ialah Federation of Malaysia.

Sekarang anda faham???



Join The Fight!

Sebarkan...


Wednesday, 7 January 2015

Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Kekeliruan Kumpulan Hormati Perjanjian Malaysia 1963 (HPM63)

Salam sejahtera, Salam Hormat, Salam Perpaduan dan Salam Tahun Baru 2015 kepada semua rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones mewakili sebuah kumpulan sosial dalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini bernaung serta  bergerak melalui sebuah NGO yang berdaftar SAH dibawah bidang perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland dengan nama kumpulan Sabah Sarawak Union (SSU)-UK ingin membuat satu kenyataan rasmi untuk mencerahkan kekeliruan serta konflik yang timbul dalam perjuangan ini diantara SSKM-SSU(UK) dengan kumpulan gerakkan sosial yang bernama Hormati Perjanjian Malaysia 1963 (HPM63) yang diketuai oleh En.Zainnal Ajamain dan juga Datuk James Ligunjang.

Antara kekeliruan dan konflik yang timbul adalah seperti berikut; En.Zainnal Ajamain menerangkan bahawa 20 Perkara adalah ciplak laporan Cobbold dan tidak mempunyai asas dalam Perjanjian Malaysia. Ini menyebabkan beliau mengatakan bahawa tiada guna untuk menuntut perpisahan yang membawa kepada Kemerdekaan sebenar jikalau 20 Perkara dibawa dalam perjuangan. Ini kerana dalam 20 Perkara, Perkara 7 mengatakan bahawa Sabah dan Sarawak tidak mempunyai hak untuk berpisah. Justeru, ia adalah satu usaha yang sia-sia [1]. Manakala Datuk James Ligunjang pula mengatakan bahawa usaha SSKM-SSU(UK) dan HPM63 adalah dua usaha yang berbeza. Ini kerana menurut pendapatnya, petisyen mengandungi saranan untuk pihak tertentu mengambil tindakan manakala HPM63 memfokuskan kepada memberi penerangan mengenai tentang apakah itu Perjanjian Malaysia dan sejauh manakah ia sudah terlaksana [2]. 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan TAHNIAH dan RIBUAN TERIMA KASIH kepada kumpulan HPM63 kerana telah berjaya dalam meningkatkan kesedaran serta merungkai segala persoalan-persoalan yang selama ini telah menjadi pertanyaan umum. Pengiktirafan ini wajar diiktirafkan kerana ia telah menelanjangkan penipuan, konspirasi serta kekejian permainan politik pemimpin-pemimpin malaya keatas Bangsa Borneo iaitu Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya, secara peribadi memuji dan menyanjung tinggi sumbangan yang telah dilakukan oleh HPM63. Dan atas sebab itu, pihak SSKM-SSU(UK) telah secara sukarela memberikan bantuan secara langsung mahupun tidak langsung tanpa dipinta dalam usaha untuk menyebarkan kebenaran hasil daripada pendedahan yang telah dilakukan oleh HPM63. Namun, setelah bantuan telah diberikan kepada HPM63, kekecewaan timbul dipihak kami apabila laporan yang diterima mengatakan bahawa pihak HPM63 sedang berusaha untuk mencalarkan perjuangan SSKM-SSU(UK). Atas sebab itu, saya mewakili kumpulan SSKM-SSU(UK) harus mengambil satu keputusan tegas untuk melindungi dan mempertahankan perjuangan SSKM-SSU(UK) daripada sebarang usaha pihak luar yang mahu menjejaskan perjuangan ini. Kenyataan yang dikeluarkan ini langsung tidak mempunyai niat untuk mencalarkan usaha HPM63 tetapi adalah lebih kepada mempertahankan dan melindungi perjuangan SSKM-SSU(UK).

Pertama [1], saya tidak bersetuju dengan pandangan En.Zainnal Ajamain apabila beliau mengatakan bahawa 20 Perkara itu adalah ciplak daripada Laporan Cobbold. Apa yang dapat diperkatakan melalui rujukan dokumen yang ada dalam simpanan pihak kami ialah 20 Perkara sebenarnya adalah rumusan dan diterjemahkan dalam bentuk Memorendum secara keseluruhan daripada perkara-perkara yang telah diketengahkan oleh semua pihak daripada badan-badan parti politik di kedua-dua negara pada waktu itu (North Borneo-Sabah dan Sarawak) yang terkandung didalam Laporan Cobbold. Benar bahawa Laporan Cobbold siap dirumuskan dalam satu bentuk laporan lengkap pada 21 Jun 1962 manakala Memorendum 20 Perkara telah dibentangkan pada 29 Ogos 1962 semasa persidangan Inter-Governmental Committee yang berlangsung pada sekitar bulan Ogos dan September 1962. Inter-Governmental Committee berperanan untuk merangka penyusunan Perlembagaan termasuk Perlindungan kepada Keistimewaan serta kepentingan North Borneo (kini Sabah) dan Sarawak dalam aspek-aspek seperti Kebebasan beragama, Pendidikan, Perwakilan di Parlimen Persekutuan, Kedudukan etnik-etnik Orang Asal, Kawalan Imigresen, Kerakyatan dan juga Perlembagaan Negara Sabah dan Perlembagaan Negara Sarawak. Memorendum 20 Perkara juga telah dimasukkan kedalam Perjanjian Malaysia sebagai Asas untuk Negara Sabah (North Borneo) berada dalam Persekutuan Malaysia sebagai rakan kongsi yang sama taraf dengan malaya dan bukan "negeri" kepada persekutuan tanah melayu yang kini telah mengelarkan diri mereka sebagai "malaysia". 

Apabila anda berusaha untuk menafikan akan kewujudan 20 Perkara dan mengatakan ia tidak relevan, maka anda secara langsung mengatakan bahawa Perjanjian Malaysia 1963 itu juga tidak relevan kerana Perjanjian Malaysia telah memasukkan Perkara-Perkara yang terkandung didalam 20 Perkara. Walaupun begitu, Lord Lansdowne tidak bersetuju untuk memasukkan Perkara 7 ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia kerana menurut kebijaksanaannya, pembentukkan Persekutuan Malaysia adalah atas dasar "sukarelawan". Maka tiada paksaan harus dikenakan kepada mana-mana anggota yang menyertai persekutuan ini. Atas sebab itu, mana-mana negara yang menyertai Persekutuan ini dengan "Sukarela", mereka juga bebas untuk keluar daripada persekutuan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang bentuk halangan.

Pihak SSKM-SSU(UK) menggunakan 20 Perkara bagi Negara Sabah sebagai asas dalam perjuangan ini adalah bertujuan sebagai perisai. Ia secara langsung akan menjadi pembuka mata kepada umum tentang aspek-aspek apakah yang telah dilanggari dan juga tidak dihormati oleh malaya selama ini. Mengapakah anda perlu takut akan Perkara 7? Tidakkah sudah jelas bahawa Perkara 7 itu tidak akan menghalang kepada perjuangan ini kerana Lord Lansdowne sudah jelas menyatakannya. Jikalau perjuangan SSKM-SSU(UK) tidak menggunakan 20 Perkara untuk Negara Sabah, bagaimanakah cara untuk menerangkan kepada umum secara jelas tentang aspek-aspek apakah yang telah dilanggari dan tidak dihormati oleh kerajaan Persekutuan Malaysia? Jadi, tiada istilah kononnya 20 Perkara itu diciplak daripada Laporan Cobbold kerana pengertian itu adalah tidak benar sama sekali. Satu lagi, perjuangan ini tidak sia-sia kerana kesedaran sudah dan sedang memuncak dikalangan rakyat Negara Sabah dan juga rakyat Negara Sarawak. 

Kedua [2], saya berasa kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk James Ligunjang kerana beliau telah memberikan kefahaman yang mengelirukan. Saya bersetuju bahawa petisyen SSKM-SSU(UK) ini membawa saranan untuk mengambil tindakan iaitu membawa kes ini kepada peringkat antarabangsa. Ini sememangnya kes antarabangsa kerana Perjanjian Malaysia ini melibatkan 5 buah Negara dengan mendapat pengiktirafan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)- United Nation (UN). Persoalannya, dimanakah salahnya petisyen ini? Anda dengan jelas mengatakan bahawa HPM63 itu hanya memfokuskan kepada memberikan penerangan tentang apakah itu Perjanjian Malaysia dan sejauh manakah ia telah terlaksana. Persoalannya lagi, mengapa anda mengganggu pungutan Petisyen SSKM-SSU(UK) dengan melarang sebarang usaha pungutan ini dilakukan ketika sesi ceramah itu habis dilakukan? Tindakan anda itu sudah melampaui batas persefahaman serta mengganggu aktiviti pungutan petisyen SSKM-SSU(UK).

Pihak SSKM-SSU(UK) juga telah banyak menerima laporan daripada sukarelawan SSKM-SSU(UK) bahawa mereka telah didekati oleh En.Zainnal Ajamain dan Datuk James Ligunjang untuk membantu mereka dalam kempen HPM63 dan diajak untuk menyertai parti PAKAR (parti tempatan baru ditubuhkan dan telah diluluskan). Pada masa yang sama, mereka ditegah dan dilarang untuk memungut petisyen SSKM-SSU(UK) semasa sesi ceramah HPM63 dilaksanakan. Tambahannya lagi, terdapat unsur-unsur untuk mencalarkan usaha SSKM-SSU(UK) yang sedang dan telah dilakukan oleh kedua-dua mereka ini.

Pihak kami tidak ingin memberikan sebarang komen tentang apakah misi yang sebenarnya ingin dicapai oleh HPM63 ini namun jikalau sekadar untuk memberikan penerangan, tidak salah jikalau saya katakan bahawa pihak kami telah dan sedang melakukannya sejak empat tahun lepas lagi. Anda membezakannya kepada dua perkara namun bagi pihak kami, ia adalah satu perkara yang sama malah ia disusuli dengan tindakan iaitu Petisyen. Pihak kami, SSKM-SSU(UK) "Talk with Action (TWA)".dan BUKAN "No Action Talk Only (NATO)".

Justeru, ingin saya menyarankan kepada semua Sukarelawan-Sukarelawan SSKM-SSU(UK) di Negara Sabah dan Negara Sarawak agar tidak terkeliru dalam perkara ini. Pihak SSKM-SSU(UK) tidak melarang mana-mana sukarelawan untuk terlibat dalam program HPM63 kerana ia memberikan penerangan kepada Perjanjian Malaysia 1963 namun jangan biarkan diri anda terpedaya dan terkeliru dalam sebarang unsur yang cuba membuatkan anda kehilangan kepercayaan dalam perjuangan SSKM-SSU(UK). Anda juga bebas untuk membeli dan memakai baju HPM63 tetapi anda juga bebas untuk tidak berbuat demikian. Tambahan lagi, tiada larangan kepada mana-mana sukarelawan untuk menyertai mana-mana parti politik atas kapasiti individu tetapi biarlah ia adalah parti Politik Tempatan sahaja yang berjuang untuk Bangsa Borneo dan bukan parti politik daripada malaya yang mengangkat ketuanan malaya di Borneo.

Untuk makluman umum, sijil keahlian SSKM-SSU(UK) akan dihantar melalui email pada penghujung bulan Januari 2015. Ia adalah kepada mereka yang telah mendaftar pada bulan October dan November 2014. Kepada mereka yang telah mendaftar pada bulan Disember, sila bersabar kerana permohonan anda sedang dalam proses yang dijangka siap untuk diberikan sijil sekitar bulan Februari ataupun bulan Mac.

Satu perkara lagi yang ingin disampaikan ialah akan ada satu upacara majlis MoU (Mutual of Understanding) diantara SSKM-SSU(UK) dengan NGOs Tempatan Negara Sabah bakal dilakukan dalam tahun ini agar wujud satu persefahaman yang jelas serta kerjasama secara rasmi demi memperkukuhan lagi momentum kebangkitan Nasionalisme di Borneo. Tarikh dan Tempat akan dimaklumkan kemudian.

Akhir kata, sekali lagi ucapan Selamat Tahun Baru 2015 ingin saya tujukan kepada Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Biarlah Kebangkitan Nasionalisme ini menjadi peneraju kepada Penyelamatan Bangsa Borneo daripada Penindasan kuasa penjajahan halus daripada semenanjung tanah melayu melalui kerajaan mereka itu kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia.

Pergo Et Perago - Dum Spiro Spero

Tuesday, 6 January 2015

The Head Hunters of Borneo - Ngayau

APA ERTI ISTILAH NGAYAU

Ngayau ialah salah satu daripada ekspedisi serangan yang dilakukan dalam Adat Tradisi Suku Kaum Dayak Iban pada suatu masa dahulu. Pada mula nya Ngayau dilakukan atau dimulakan daripada asal usul Suku Kaum Dayak Mengayau, iaitu salah satu daripada suku kuam yang tinggal di Kalimantan Barat, Indonesia.

Erti istilah perkataan Ngayau ialah bermaksud : Satu ekspedisi sekumpulan manusia yang pergi menyerang perkampungan atau rumah panjang orang lain yang mana ia dikenali sebagai “Kayau Serang”. Dan satu lagi jenis serangan yang dilakukan yang mempunyai jumlah pengikut nya yang kecil dan ia dikenali sebagai “Kayau Anak”. Kayau Anak ini ialah satu serangan yang sangat ditakuti oleh semua orang pada zaman dahulu kala.

Maka erti “Kayau Serang” ialah sekumpulan besar manusia berhimpun dan berkumpul menjadikan satu kelompok yang besar setelah dipanggil oleh seorang ketua dan merancang untuk mengatur satu serangan terhadap pihak musuh yang mana mereka adalah datang beramai-ramai daripada rumah panjang yang berlainan untuk menyerang musuh mengikut kata-kata perintah daripada ketua mereka yang dikenali sebagai “Tuai Kayau” atau “Tuai Serang”.

Maka erti “Kayau Anak” ialah satu ekspedisi serangan terhadap musuh yang diatur oleh sekumpulan kecil penduduk yang terdiri daripada lebih kurang dua puluh orang pahlawan perang yang cukup berani menentang pihak musuh atau lebih kecil daripada itu. Mereka pergi menyerang musuh ketika musuh itu dalam perjalanan ke sawah bendang, dalam perjalanan mandi ke sungai, atau sedang mencari paku pakis didalam hutan, atau sedang berburu atau berikan didalam hutan.

Mereka melakukan serangan ini tanpa sebarang perancangan rapi atau boleh dikatakan ia dilakukan secara sepontan akibat hati yang memberontak terhadap pihak musuh. Sebab itulah kita pernah mendengar cerita orang Iban dahulu yang pergi ke sawah bendang mesti dijaga oleh sekumpulan pahlawan yang cukup gagah dan berani mentang musuh kerana takut mereka akan menjadi mangsa serangan kayau anak.

Sila baca dalam cerita “Peturun Iban” dalam babak “Bangsa Seru” yang mana ia ada menceritakan cucu seorang Pahlawan Iban yang bernama Demong, yang menjadi ketua suku kaum Iban di kawasan Batang Paku, Betong yang dikenali dengan nama Belaki, telah mati kena serang kayau anak oleh suku kaum Seru ketika mereka sedang mengerjakan sawah bendang di kawasan yang dikenali sebagai Tanjung Kundong, Batang Paku, Betong. Turut mati bersama nya ialah isterinya yang bernama Beremas (adek kepada seorang Ketua Serang Iban yang bernama Uyut atau dikenali dengan panggilan Bedilang Besi). Bedilang dalam bahasa Iban ialah satu tempat dimana orang Iban menyalai kepala musuh yang telah dipenggal dirumah panjang pada masa dahulu. Juga turut terbunuh ialah ipar Belaki yang bernama Kadir.

Tetapi suku kaum Seru yang telah melakukan kayau anak itu Berjaya dikejar dan ditawan oleh pahlawan mereka yang bernama Jimbai, Umar, Jelema dan Buma. Kaum Seru itu mati dibunoh ketika mereka sedang berehat sambil menunggu rakan mereka memanjat pokok keranji setelah melarikan diri sambil membawa bersama mereka kepala Belaki yang telah dipenggal. Kaum Seru itu dibunoh di kawasan yang dikenali sebagai Bukit Tampak Panas diantara benua Batang Paku dan Batang Rimbas.

Semasa eksepedisi ngayau ini pahlawan yang telah berjaya mengalahkan musuh mereka mestilah memenggal kepala musuh yang telah mereka bunuh sebagai satu tanda keberanian mereka dalam serangan tersebut. Mereka juga akan merampas semua harta benda musuh yang mereka suka, sesuka hati dan juga menangkap semua musuh yang masih hidup untuk dibawa pulang ke kampung halaman supaya musuh itu nanti akan dijadikan sebagai hamba abadi mereka. Ada juga mereka yang berjaya mengalahkan musuh ini menangkap anak putri Ketua Kayau musuh dan dijadikan sebagai isteri mereka.

Sebab utama mereka mesti memenggal kepala musuh dan membawa nya balik ke rumah panjang mereka ialah sebagai satu tanda keberanian, ketangkasan dan kegagahan mereka ketika menentang pihak musuh.semasa eksepidi ngayau itu tadi. Dan mereka yang telah berjaya memenggal kepala musuh itu tadi atau berjaya membunuh musuh mereka dikenali oleh suku kuam Dayak Iban sebagai “Bedengah” dan juga mereka ini dikenali oleh orang ramai sebagai “Bujang Berani” atau sama erti dengan pahlawan oleh suku kaum Melayu.

Cerita mengenai Ngayau ini pernah ditulis dalam buku oleh Karya Bock dalam tahun 1881 yang berjudul “The Head Hunters Of Borneo” yang menceritakan suku kaum Dayak Iban ialah satu suku kaum yang tinggal di kepulauan Borneo yang dikenali ramai kerana berani berkorban nyawa hingga ke titisan darah yang terakhir kerana hendak mendapatkan seberapa banyak kepala musuh yang berjaya dipenggal yang berjaya ditawan ketika mereka pergi Ngayau, yang mana ia boleh menaikkan nama mereka sebagai orang yang dikenali ramai dan dilantik sebagai seorang ketua dikalangan kaum mereka.

Sebab lain Ngayau ini dilakukan ialah kerana berakhir nya tempoh berkabung oleh suku kaum Dayak Iban sewaktu masa dahulu di rumah panjang berkenaan. Sebelum tempoh berkabung itu tamat tempoh, maka semua suku sakat orang yang telah meninggal dunia itu akan memanggil semua penghuni di rumah panjang mereka untuk bermesyuarat membincangkan bagaimana mereka hendak pergi menamatkan tempoh berkabung itu ke kawasan yang lain, yang lebih jauh supaya ia lebih bersejarah bagi mereka.

Mengikut adat tradisi suku kaum Dayak Iban dahulu mereka yang pergi itu ialah bertujuan untuk “Ngayau Anak” mendapatkan kepala manusia untuk menamatkan tempoh mereka berkabung di rumah panjang berkenaan sebagai ganti kepada ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia itu. Setelah mereka berjaya mendapatkan kepala manusia itu mereka akan balik secepat mungkin dan apabila mereka telah sampai di rumah panjang, mereka akan disambut dengan meriah sekali yang mana ia dinamakan sebagai “Mangka Ka Selaing” yang bermaksud berdoa kesyukuran.

Setiba nya mereka di pintu masuk utama rumah panjang berkenaan, mereka akan berteriak sekuat-kuat hati sebagai satu amaran menandakan mereka telah sampai, dan ia juga akan dibalas dengan pukulan gong daripada penduduk rumah panjang tersebut. Ketibaan mereka akan disambut seperti mana adat menerima ketibaan seorang pahlawan perang. Kepala manusia yang dibawa balik itu akan disambut oleh seorang perempuan yang terpilih atau isteri pahlawan itu sendiri menggunakan nyiru yang digunakan sebagai tampi oleh mereka. Atau ia akan disambut menggunakan satu pinggan seramik yang besar sais nya, diseliputi menggunakan satu kain tenunan suku kaum Dayak Iban yang dikenali seabagai “Pua Kumbu” iaitu sejenis kain yang dibuat khas secara tradisi oleh suku kaum Dayak Iban untuk sesuatu upacara yang besar-besaran. Ia juga disambut mengunakan sampi serapah bahasa yang simbolik digunakan oleh suku kaum Dayak Iban untuk menyambut kepala musuh.

Setelah kepala musuh itu dibawa masuk ke dalam rumah panjang barulah orang lain di rumah panjang itu secara bergilir-gilir membawa bersama mereka kepala musuh itu dengan cara tarian yang simbolik sepanjang rumah panjang tersebut yang dikenali sebagai “Naku Antu Pala” sehinggalah kepala musuh itu sampai ditengah-tengah ruang tamu orang yang berkabung itu. Selepas kepala musuh itu tiba di ruang tamu orang yang berkabung itu baru upacara berkabung tersebut ditamatkan.

Mengikut adat tradisi suku kaum Dayak Iban dahulu sepanjang tempoh berkabung tersebut ahli keluarga si mati tidak dibenarkan memotong rambut, penduduk di rumah panjang tersebut tidak boleh mengadakan sebarang upacara keramaian, tiada pelawat dari rumah panjang lain dibenarkan bertandang ke rumah panjang mereka dan banyak lagi pantang larang lain yang menandakan suasana sedih dan pilu akibat kematian itu tadi.

Selesai sehaja upacara berkabung itu tadi ditamatkan, maka kepala musuh itu akan dibawa ke ruang tamu ketua di rumah panjang berkenaan. Kepala musuh itu akan ditempatkan di tempat khas yang dikenali sebagai”Bedilang Tampun”, ia itu tempat dimana kepala musuh itu akan disalai didalam rumah panjang tersebut. Kepala musuh itu akan menjadi sebagai tanda harta pusaka pahlawan perang di rumah panjang berkenaan. Selepas itu barulah orang yang tinggal di rumah panjang itu mengadakan uapacara keramaian yang dinamakan “Gawai Enchaboh Arong”, iaitu sebagai tanda kesyukuran keatas kemenangan pahlawan perang menewaskan musuh mereka.

Maka atas sebab keberanian, kekuatan, ketangkasan dan pengorbanan jiwa, maka mulailah suku kaum Dayak Iban pada zaman dahulu berasa bangga dan terus melakukan espedisi serang “Ngayau” untuk membalas dendam keatas kematian ahli keluarga mereka yang terkorban di tangan pihak musuh tanpa sebarang sebab yang tidak diketahui. Mereka juga melakaukan “Ngayau” ini kerana hendak merampas tanah pusaka orang lain, berebut kuasa untuk menjadi pemimpin, dan juga hendak mengambil kesempatan merampas harta benda orang lain. Maka sesiapa yang berjaya menewaskan pihak lawan dalam ekspidisi “Ngayau” ini akan mendai terkenal, terbilang sebagai pahlawan perang dan dihormati ramai di kawasan berkenaan.

Lelaki itu tadi apabila dia telah dikenali ramai sebagai pahlawan perang setelah dia balik daripada ekspedisi “Ngayau”, maka dia akan membuat sesuatu tanda di tubuh badan nya yang dikenali sebagai tattoo badan yang becorak hitam bemotifkan manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan. Tatto ini dikenali sebagai “Ukir” atau”Kelingai”. Mereka juga boleh menggunakan topi yang dikenali sebagai “Ketapu” atau “Selapok Betunjang” yang mana topi tersebut akan dikepilkan dengan bulu burung merak atau kenyalang. Mereka juga boleh menggunakan baju yang diperbuat daripada kulit binatang buas seperti harimau dahan, harimau bintang dan beruang yang dikenali sebagai “Gagong”.

Pahlawan perang yang hendak pergi mengikuti ekspedisi “Ngayau” ini mestilah ada memiliki petanda yang baik melalui mimpi dan juga bunyi burong yang mereka pecayai boleh membantu mereka menentukan nasib sebelum mereka pergi “Ngayau”.atau membuat perahu besar untuk espedisi berkenaan. Dalam semua perkara yang mereka hendak lakukan akan didahului dengan upacara “Miring”, iaitu satu upacara sembahan kepada tuhan yang mereka percayai boleh membantu mereka semasa melakukan serangan “Ngayau” itu nanti. “Miring” mesti dilakukan kerana mereka percaya bahawa dewa atau “Tua” mereka akan pergi bersama dalam serangan itu dan menolong mereka menjayakan serangan tersebut.

Mengikut buku yang ditulis seorang pengarang novel yang bernama Miller dalam tahun 1946 yang berjudul “Black Borneo”. Dia ada mengatakan bahawa semua pahlawan perang suku kaum Dayak Iban yang pergi “Ngayau” itu ada mempunyai kekuatan, ketangkasan dan keberanian yang luar biasa daripada manusia biasa yang lain. Dan apa yang berlaku ke atas pahlawan tersebut ialah mereka mempunyai kuasa yang luar biasa, yang tidak diketahui dari mana punca nya ketika berlawan dengan pihak musuh, lebih-lebih lagi apabila mereka telah berjaya memenggal kepala musuh mereka.

Dan juga mengikut kepercayaan suku kaum Dayak Iban, tengkorak manusia yang mati dibunuh itu mempunyaui banyak kuasa yang boleh membantu mereka pada zaman dahulu sekira nya ia dijaga dengan baik dan dihormati oleh pemilik nya. Tengkorak manusia itu juga dikenali sebagai “Antu Pala” boleh digunakan untuk merawat pesakit yang sakit tenat apabila diadakan upacara “Gawai Burong”, iaitu upacara keramaian untuk memohon restu mengubat pesakit secara tradisional menggunakan kuasa roh orang yang telah di penggal kepala tersebut. “Antu Pala” juga boleh digunakan oleh petani untuk memohon hujan turun ketika musim kemarau panjang yang kering kontang. Dan apabila kuasa pada “Antu Pala” itu telah habis atau berkurangan, maka sebab itulah salah satu daripada punca nya mengapa mereka pergi “Ngayau” semula untuk mendapatkan ganti supaya mereka berkekalan memilki “Antu Pala” yang boleh membantu hidup mereka sepanjang masa. “Antu Pala” juag boleh digunakan untuk menjaga rumah atau sawah daripada dibinasakan oleh binatang liar sekira nya ada orang yang berilmu boleh menjadikan kuasa nya ujud seperti dikehendaki oleh pemiliki itu.

Mengikut buku yang ditulis Mc Kinley dalam tahun 1976, dia ada bertanyakan kenapa suku kaum Dayak Iban apabila mereka selamat balik daripada ekspidisi. “Ngayau” zaman dahulu mesti membawa balik kepala musuh yang telah dipenggal dan tidak membawa bahagian badan yang lain sebagai tanda keberanian mereka sekalu seorang pahlawan perang. Dan dalam pendapat beliau bahawa suku kaum Dayak Iban merasa bangga apabila bailik daripada eksepidisi “Ngayau” dan membawa bersama mereka kepala musuh yang telah berjaya dibunuh sebagai tanda kemenangan kerana suku kaum Dayak Iban percaya bahawa kepala musuh itu adalah sama seperti sebatang tubuh badan musuh berkenaan. Kerana daripada gaya rupa muka manusia di kepala tersebut kita boleh dengan mudah mengenali siapakah orang itu dan juga ia membolehkan mereka mengetahui siapakah suku sakat mangsa pembunuhan semasa serangan “Ngayau” itu.

Dalam ekspedisi “Ngayau”, semua pahlawan perang suiku kaum Dayak Iban boleh menunjukkan keberanian, kekuatan dan juga ketangkasan mereka ketika menyerang pihak musuh, yang membolehkan mereka berusaha mendapatkan gelaran sebagai “Bujang Berani”. Bujang Berani juga adalah menjadi rebutan dikalangan semua gadis pada zaman dahulu untuk dijadikan sebagai suami atau mereka juga dengan mudah akan diterima oleh Ketuai Kayau, atau orang kenamaan yang kaya raya untuk menjadi menantu ketika mereka mencari calon menantu ketika upacara meminang dilakukan.

Mengikut cerita orang dahulu kala iaitu “Ngayau” ini dimulakan oleh seorang dewa suku kaum Dayak Iban yang bernama Keling yang berasal dari benua Panggau Libau Lendat Di Biau Takang Isang dimana dia mendapat gelaran Keling Gerasi Nading, Bujang Berani Kempang, Maioh Rambang. Dan perbuatan memenggal kepala musuh itu pada mula nya dilakukan oleh seorang dewa yang bernama Lang Sengalang Burong ketika mereka berperang menentang suku kaum Inggeris di lautan belantara. Maka kerana terlalu marah ketika menyertai ekspedisi “Ngayau” itu tiba-tiba Lang Sengalang Burong terus memotong kesemua bangkai musuh yang telah berjaya dibunuh, dan seterusnya dipotong nya dibahagian kepala yang mana ia memisahkan kepala dan badan tersebut,dan terus dibawa nya kesemua kepala musuh itu balik ke rumah panjang mereka di Gelong Batu Nakong sebagai bukti bahawa dia adalah “Bujang Berani” atau seorang pahlawan perang sebenar.

Monday, 5 January 2015

Pandangan umum...

Analisis kita...

Sarawak adalah ahli gabungan pakatan Malaysia bukan sabuah tanah yang dijajah Malaysia.Kalau pihak kerajaan dan suratkhabar memanggil page SSKM itu menghasut ini bermakna negara Malaysia dan berbuat penangkapan terhadap admin page SSKM tersebut ini menunjukkan hak hak rakyat bersuara di lupuskan di Malaysia.Kalau mereka ni dtangkap nanti itu menandakan pihak Semanjung berkuasa sepenuhnya di Sarawak.Sepatut mereka ni menangkap terdahulu orang orang seperti SSKM ini semasa Brunei dan Singapore merusuh untuk keluar dari pakatan Malaysia.Sepatutnya kerajaan memberi pilihan undian seperti undian suara di seluruh pelusuk negeri Sarawak untuk mengetahui kebenaran sebenarnya bukan mengangap admin page tersebut menghasut.Tindakan spontan kerajaan mungkin boleh membantutkan idealogi sebegini tapi tak kan mungkin menyekat keberanian orang orang sebegini melakukan sekali lagi.Biarpun kerajaan menangkap dan menghukum mereka ini tapi kerajaan tak kan menahan kebangkitan demi kebangkitan yang menpejuangkan HAK ORANG SARAWAK.Saya berani mengulas kenyataan surat khabar hari ini yang mengatakan SSKM itu penghasut kerana rasa terpanggil memberi ulasan tersebut.Sedangkan page yang menghina orang Sarawak tak menjadi tajuk utama newspapers inikah keadilan?demokrasi??menuding jari pada orang bukan muslim yang inginkan HAK SAMA RATA.Kenapa tak tangkap Ibrahim Ali yang terang terang memalukan orang kita Malaysia ni di mata dunia??Kenapa tak menangkap PEKIDA,PERKASA dan ISMA dbawah kanun undang undang yang menghasut berdemo di depan church??Kenapa kerajaan membuka mata bila tengok orang muslim di aniayai??kenapa pandang sebelah mata pada kita orang Sarawak???

Untuk pengetahuan semua di dalam perjanjian kita tak ada tertulis bahawa Sarawak perlu bersama selamanya dalam membuat gabungan untuk pakatan Malaysia.Sarawak adalah freedom country untuk memilih hak nya sendiri.Jadi kenapa kerajaan nak tangkap SSKM???

Mereka menyuarakan hak rakyat bukan nya rasis sampai nak bunuh orang atau mengugut orang berlainan page dari Malaya nak bunuh nak sembelih dan menfitnah orang orang dari Sarawak. Mungkin pandangan dan analisis saya tak berakal tapi tahukah mereka kalau mereka di situasi kita mereka akan tahu rasanya menjadi orang seperti kita semuanya.

Tengoklah inilah dikatakan berat sebelah.Kat blog blog dan page ramai dari Malaya menghina orang dayak tapi tapi tak di endahkan oleh mereka ni.Renungkan lah.....search saja di google pasti ramai anda akan terjumpa page atau blog menghina dan memfitnah rakyat Sarawak.TAK PERCAYA YE,SEARCH SAJA LAA... Dayak serakup kitai anang ngelak admin page SSKM nya merinsa kediri. Kitai angkat kitai negi ke orang bakanya laban ia ukai penjenayah tang idealess... Udah atai masa kitai ngetan HAK HAK kitai Sarawak.Enti kitak enggai nya hak kitak tang sapa ke rugi jemah ila kitai empu nemu. Kitai nyukung idealess ia nya tang ukai nyukung ia keluar ari Malaysia ba pasal agama ka di gaga ia ila. Sarawak must be freedom country from religions... Just for Freedom Religions..

Saturday, 3 January 2015

Datuk Stephen Kalong Ningkan - Sarawak Nationalist

The manipulation engineered by the Kuala Lumpur alliance government in ousting Datuk Stephen kalong Ningkan of Sarawak. In less than three years, the young nation of Malaysia was heading towards disaster, Singapore was expelled from Malaysia in August 1965 and it appeared that a year later, Sarawak under Datuk Stephen kalong Ningkan was considered intolerable. The Kuala Lumpur government amended the constitution and invoked emergency powers to oust Datuk Stephen Kalong Ningkan as the state’s chief minister on 16th June 1966.

Datuk Stephen kalong Ningkan was entangled in a cloak and dagger battle with Taib Mahmud, a young over-ambitious politician, impatient to make his presence felt over a wider audience. Taib Mahmud at the time of writing is the federal minister of primary industries. Like his counterpart in Sabah, Datuk Ningkan also began to question the wisdom of Sarawak’s entry into Malaysia. Those were sensitive issues to the Kuala Lumpur government who when fed with fabricated versions of Ningkan’s maneuvers, were quick to react. Ningkan was a thorn in their side and had to be replaced.

Kalong Ningkan was dismissed as Chief Minister, not by a vote of no-confidence in the legislative assembly but by the governor on the instruction of the federal government. The entire nation viewed the incident with indignation, unable to accept how the federal government could resort to such unconstitutional tactics. Datuk Ningkan was convinced that he was an innocent victim of blind justice. He filed a case in the high court, seeking a declaration, whether the action of the federal authorities was ultra vires to the constitution federal authorities was ultra vires to the constitution and also to reinstate him as the chief minister of Sarawak.

On 7th September 1966, Chief Justice Harley handed down his judgments. The action of the federal government was unconstitutional and Datuk Stephen Kalong Ningkan was reinstated as Sarawak’s Chief Minister. Malaysians everywhere rejoiced at the findings of the high court. It was a victory for democracy, a victory for the constitution and rule of law.it was the general feeling, that if in other spheres it was impossible to challenge the federal authorities the people could seek redress in the courts.

Those hopes, aspirations and sense of pride in the rule of law, evaporated as fast as they had surfaced. A week later on 15th September 1966, an emergency was declared in Sarawak, followed by a special parliamentary session on the 19th September to debate the Sarawak problem. The purpose of the meeting was to amend the Sarawak constitution giving the governor powers to convene the council Negeri (Legislative Assembly) and the discretion to dismiss the chief minister.

The amendments were passed and on the 23rd September 1966, the Council Negeri met. The following day, 24th September 1966, a motion of no confidence in Datuk Stephen kalong Ningkan was introduced. The motion was supported by the majority and Datuk Ningkan was once again ousted as Sarawak’s Chief Minister. It was another blow to the voice of dissent and besmirched all that democracy stood for.

While those deplorable episodes were being unfolded in Sarawak, Tun Fuad, who was compelled to resign as president of UPKO, was abroad. Peter Mojuntin and others stayed behind to continue the struggle. They could only gasp in horror and disbelief at what happening in Sarawak. Peter, because of his close association with Kalong Ningkan and Datuk James Wong, both from the Sarawak National Party (SNAP) made regular trips to Kuching in order to understand the problems. On returning to Sabah, he briefed other members of UPKO.

Commenting on the dismissal of Datuk Ningkan, Peter said that such a happening in a neighboring state indicated that “we are being forced to accept Malaysia as a unitary state and not a federation”.

“The political tangle in Sarawak was a domestic affair for the Sarawak alliance which could have been settled in Sarawak. It was worrying that issues had been settled in Kuala Lumpur. Datuk Ningkan who was elected to office by the people had been condemned .Everything his accusers say has been taken as the truth”.

“These naturally increase our fears and make me feel there should be a reiteration on the part of the alliance government that the federal system of government, for which we have opted, is not slowly being whittled away and being replaced by a unitary state where there is absolute control from the Centre”.

“Any indication that we are on the march towards a unitary state can only make the people feel that they are losing all say in the affairs of their own state”.

“Independence brought responsibilities and other public requirements in its wake but the actions of corrupted politicians marred its priorities. And when priorities are mangled and reversed, the general public through compelled to shoulder additional demands, do not end up as the benefactors. Those in power can only remain in power by deploying guile and deception. Lies and half-truths are rammed down the gullets of the electorate, fear is the instrument used to neutralize the opposition and money utilized to win loyalty”.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...