Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

A true Independence is a MUST in Borneo For Sabah and Sarawak.

Sabah (formerly known as North Borneo) and Sarawak MUST gain back its Freedom through a REAL Independence.

Tuesday, 27 January 2015

Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Kenyataan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail

Salam Sejahtera, Salam Hormat, Salam Perpaduan, Salam Kemerdekaan Negara Sabah dan Salam Kemerdekaan Negara Sarawak untuk kali ke-52 tahun kepada Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones mewakili sebuah Kumpulan Sosial didalam Facebook dengan nama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini bergerak dibawah naungan Sabah Sarawak Union (SSU) yang telah berdaftar secara SAH dibawah bidang Perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) ingin memberikan kenyataan RASMI berhubung dengan kenyataan Peguam Negara (Attorney-General) Malaysia, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengatakan bahawa Sabah dan Sarawak tidak ada hak untuk berpisah berdasarkan kepada Perjanjian 18 & 20 Perkara.

Disini, ingin saya ketengahkan hujah yang diberikan oleh Peguam Negara ini melalui keratan akhbar Daily Express yang bertarikh 24 Januari 2015 iaitu; "Gesaan Pemisahan Sabah dan Sarawak dari Persekutuan Malaysia bersifat menghasut dan bertentangan dengan semangat persekutuan" [1]. Tambahan beliau "Kalau ada konsensus untuk perubahan, biarlah ia dilakukan oleh rakyat terbabit. Lebih penting lagi, biarlah ia dilakukan melalui mekanisme perlembagaan yang dipersetujui dan tanpa melanggar demokrasi berparlimen" [2]. Selain itu, Peguam Negara  juga mengatakan "Tetapi jika isunya benar-benar mengenai bagaimana perlindungan perlembagaan bagi Sabah dan Sarawak dilaksanakan, maka hujah dan perbahasan harus ditumpukan sewajarnya dan perbincangan dijalankan secara rasional" [3]. Selain itu juga, beliau mengatakan bahawa "kontrak sosial dengan Sabah adalah berdasarkan kepada perlindungan yang termaktub dalam Perjanjian 20-Perkara sementara bagi Sarawak, ia berdasarkan kepada Perjanjian 18-Perkara" [4]. Ditambahnya lagi "Memorandum yang mengandungi syarat-syarat perlindungan ini telah dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Antara Kerajaan yang ditubuhkan atas syor Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962. Syarat-syarat perlindungan dengan beberapa pengubahsuaian dimasukkan dalam Akta Malaysia, Perlembagaan Persekutuan serta Perlembagaan Negeri Sabah dan Sarawak" [5]. Dan yang terakhir, beliau mengatakan bahawa "semua ini adalah fakta sejarah. Ia direkodkan untuk generasi masa datang dalam laporan-laporan dua suruhanjaya itu. Ia harus dibaca, dihargai dan difahami dengan betul oleh setiap generasi rakyat malaysia. Dengan itu, ini adalah kedudukan dipersetujui yang diambil oleh rakyat Sabah dan Sarawak sendiri apabila Sabah dan Sarawak bersetuju kepada penubuhan malaysia. Sekumpulan minoriti yang tidak berpuas hati tidak boleh mengubahnya secara satu pihak sahaja" [6].

Pertama [1], saya tidak bersetuju dan menyangkal sepenuhnya dakwaan daripada Peguam Negara yang mengatakan bahawa "Gesaan Pemisahan" ini adalah bersifat menghasut dan bertentangan dengan semangat persekutuan. Kenyataan peguam negara ini dibuat adalah melalui sudut kaca mata dan pandangan pemimpin-pemimpin malaya yang ingin menghalang usaha ini daripada berjaya. Pihak kami tidak pernah menghasut mana-mana pihak tetapi penyebaran kebenaran yang berfakta dan berbukti yang dilakukan oleh pihak kami ini telah mendapat sokongan yang menyeluruh sama ada secara terang-terangan mahupun senyap. Pendedahan tentang konspirasi penipuan yang selama ini tidak diketahui telah membangkitkan kemarahaan yang tidak mungkin akan pernah terpadam lagi. Ia telah disambut dengan tangan yang terbuka luas oleh rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak yang inginkan KEBENARAN DIJULANG TINGGI malah mereka sendiri dengan sukarela menawarkan diri untuk bersama-sama berjalan mengharungi Perjuangan yang akan Memerdekakan Bangsa Borneo daripada penjajahan halus yang dilakukan didalam persekutuan malaysia ini. Semangat Persekutuan yang telah lahir pada tahun 1963 sebenarnya sudah lama mati terkubur sejak tahun 1965 setelah Singapura keluar daripada persekutuan ini dan yang lebih menyedihkan lagi apabila pemimpin-pemimpin malaya yang tidak pernah ikhlas dalam menjaga semangat persekutuan ini  telah memburukkan lagi keadaan dengan membuat pindahan akta malaysia pada tahun 1976 dengan menurunkan status Negara Sabah dan Negara sarawak kepada status negeri. Campur tangan dalam hal-ehwal pentadbiran politik di Negara Sabah dan Negara Sarawak dahulu telah menyaksikan kejatuhan Kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Pemimpin-pemimpin yang berjuang atas nama kebenaran dan semangat persekutuan 1963 pula dituduh dengan pelbagai fitnah semata-mata untuk membuatkan rakyat membenci mereka dan seterusnya membolehkan rancangan malaya dilaksanakan melalui pemilihan barua-barua malaya yang akan menjayakan agenda malaya di Borneo. Contohnya di Negara Sabah melalui parti politik umno-bn untuk menjayakan projek IC bagi membolehkan penguasaan kuasa politik melalui undi haram oleh orang asing yang dihalalkan dengan pemberian ic. Mengapa kini anda mahu rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak menghormati semangat persekutuan ini sedangkan pemimpin diseberang sana, semenanjung tanah melayu (malaya) tidak pernah pun terlintas dihati mereka untuk menghormatinya dari awal proses penubuhan persekutuan ini lagi?  

Kedua [2], Perkara ini sememangnya telah dilakukan secara demokrasi dan mengikut mekanisme berpelembagaan. Malah teguran demi teguran yang membina telah dilakukan. Tetapi persoalannya, adakah ia berhasil dan menampakkan kesan yang positif? Pada 27 September 1966, Tan Sri Stephen Kalong Ningkan yang merupakan Ketua Menteri Negara Sarawak Pertama telah digulingkan daripada jawatannya kerana tindakan campur tangan oleh pemimpin-pemimpin malaya yang telah dibantu oleh barua-barua malaya di Negara Sarawak atas kelantangan mendiang Stephen Kalong Ningkan dalam menegur tindakan pemimpin-pemimpin malaya yang menerajui kerajaan persekutuan malaysia yang telah bertindak melampaui batas kefahaman semangat persekutuan 1963. Penyingkiran beliau secara tidak demokratik dan melalui paksaan serta pengistiharaan darurat jelas membuktikan kepada rakyat bahawa pemimpin-pemimpin malaya ini umpama seperti cakap tidak serupa bikin. itu salah satu contoh yang jelas untuk menggambarkan keadaan masa lalu. Kini, contoh yang jelas untuk membuktikan bahawa kenyataan seperti "melakukannya secara demokrasi dan berpelembagaan" itu adalah satu tindakan yang sia-sia apabila YB.Darell Leiking telah membawakan usul untuk mengkaji semula perjanjian malaysia 1963 di peringkat parlimen malaysia. Apakah kesudahannya? Demikian juga apabila YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan ingin membawakan usul untuk mengkaji perjanjian malaysia diperingkat negeri (negara) Sabah juga berakhir dengan kekecewaan. Mengapa takut untuk mengkaji semula perjanjian malaysia yang sebenarnya asas kepada penubuhan persekutuan malaysia ini? Apakah yang menjadi ketakutan pemimpin-pemimpin malaya sehingga apabila isu untuk mengkaji semula perjanjian malaysia ini dibangkitkan, ia seolah-olah menampakkan hari kiamat kepada persekutuan malaysia. Niat yang baik untuk menyelamatkan malaysia ditafsirkan salah malah dituduh sebagai penghasut dan penderharka serta pengkhianat. Untuk itu, pihak kami mohon anda memikirkan perkara ini secara terperinci. Siapakah sebenarnya yang tidak mengikut mekanisme berpelembagaan dan telah melanggar demokrasi berparlimen?

Ketiga [3], Isu mengenai perlindungan perlembagaan adalah antara satu faktor kepada kebangkitan perjuangan ini. Bagaimana anda selaku Peguam Negara mengangkat dan mendaulatkan sebuah perlembagaan yang jelas menampakkan kecacatan serta penipuan untuk menipu rakyat jelata Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak? Lihatlah definisi perlembagaan persekutuan yang merujuk "persekutuan" itu adalah persekutuan yang ditubuhkan pada 31 Ogos 1957. Dalam erti kata lain, ia menggunapakai perjanjian pembentukkan kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 dan berkuatkuasa pada 1 Februari 1948. Pada 8 Februari 1956, sekali lagi sebuah perjanjian Kemerdekaan persekutuan tanah melayu (malaya) ditandatangani dan deklarasi kemerdekaan diistiharkan pada 31 Ogos 1957. Satu persoalan untuk anda selaku Peguam Negara yang sangat dihormati dan disanjung tinggi yang juga merupakan anak kelahiran bangsa Negara Sabah, adakah ketika itu Negara Sabah (North Borneo) dan Negara Sarawak sudah merdeka? Jikalau anda mengatakan belum dan masih berada dibawah jajahan British, dimanakah logiknya dalam perlembagaan persekutuan malaysia yang wujud sekarang mengatakan bahawa Negara Sabah dan Negara Sarawak adalah "negeri-negeri" dibawah kerajaan persekutuan tanah melayu yang telah menjenamakan dirinya sebagai "malaysia" dan menggunakan perjanjian persekutuan tanah melayu (malaya) sebagai asas kepada perlembagaan malaysia? Mengapa tidak menggunakan perjanjian malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 dan dibentuk secara rasmi pada 16 September 1963?

Keempat [4], sejauh manakah perlindungan kontrak sosial dengan Negara Sabah dan Negara Sarawak yang berlandaskan kepada 20 & 18 Perkara itu dihormati? Adakah hanya Perkara 7 sahaja yang disanjung tinggi malah dilindungi untuk menghalang kemaraan perjuangan kami, SSKM-SSU(UK)? Pihak kami yakin bahawa anda sedar 20 & 18 Perkara hanyalah berstatus Memorandum yang telah diserahkan kepada Suruhanjaya Antara Kerajaan (IGC). Perkara 7 telah ditolak bulat-bulat dengan justifikasi yang jelas bahawa pembentukkan persekutuan ini adalah berdasarkan kepada "kerelaan" negara-negara anggota. Atas sebab itu, Perkara 7 tidak diletakkan ke dalam perlembagaan kerana ini membolehkan Negara Sabah dan Negara Sarawak menarik diri daripada persekutuan pada bila-bila masa jikalau mereka merasakan persekutuan ini sudah tidak membawa kebaikan kepada mereka. Singapura sudah membuktikan akan kenyataan ini benar yang mana malaya tidak mempunyai locus standi untuk menghalang sebarang perpisahan dikalangan anggota-anggota persekutuan. Ini kerana kerajaan persekutuan malaysia yang wujud sekarang bukanlah kerajaan penuh yang dibentuk pada 16 September 1963 tetapi adalah kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menjenamakan diri mereka kepada malaysia dan menggunakan perjanjian  yang ditandatangani pada 8 Februari 1956. Pemimpin-pemimpin Negara Sabah dan Negara Sarawak bersetuju untuk membentuk Persekutuan Malaysia berdasarkan kepada Perjanjian 9 Julai 1963 dan bukan berlandaskan kepada perjanjian persekutuan tanah melayu (malaya)!

Kelima [5], benar. Pihak kami bersetuju dengan kenyataan anda. Namun adakah ia terlaksana, dihormati dan dipatuhi? Sekali lagi, Perkara 7 TIDAK DIMASUKKAN KE DALAM AKTA ataupun PERLEMBAGAAN Malaysia. Dalam erti kata lain, perlembagaan persekutuan malaysia tidak mempunyai hak mahupun locus standi untuk menghalang perpisahan ini yang mana ia adalah kehendak dan suara rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak. Dengan memasukkan halangan untuk berpisah ke dalam Akta Hasutan, itu akan menjadi salah satu bukti yang kukuh lagi kepada perlanggaran perjanjian malaysia kerana ia sudah bertentangan dengan rekomendasi IGC. Pihak kami tidak menafikan akan berlaku sedikit kesulitan nanti dalam perjuangan ini namun ia akan dilalui dan ditempuhi dengan sepenuh hati sebagai Perjuangan untuk Memerdekakan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak daripada penjajahan zaman moden yang telah dilakukan melalui projek persekutuan malaysia ini.

Keenam [6], pihak kami juga bersetuju dengan kenyataan anda bahawa semua ini adalah fakta sejarah. Ia direkodkan untuk generasi masa datang dalam laporan-laporan dua suruhanjaya itu. Ia harus dibaca, dihargai dan difahami dengan betul oleh setiap generasi rakyat malaysia. Namun pihak kami terpaksa menyangkal fakta yang mengatakan bahawa kononnya rakyat Negara Sabah (North Borneo) dan rakyat Negara Sarawak bersetuju dengan pembentukkan persekutuan malaysia ini. Dengan mengambil pandangan sekitar 4000 orang di kedua-dua negara sahaja pada waktu itu, anda mengatakan bahawa rakyat Sabah dan rakyat Sarawak bersetuju membentuk persekutuan malaysia? Ditambah lagi dengan kesimpulan Lord Cobbold yang mengatakan 1/3 bersetuju tanpa syarat, 1/3 bersetuju dengan syarat dan 1/3 tidak bersetuju untuk mewakili jumlah 4000 lebih ini, anda katakan rakyat semuanya bersetuju?

Peranan Suruhanjaya Cobbold bukanlah untuk memungut pungutan suara atau membuat referendum tetapi adalah lebih untuk meninjau dan memahami apakah sebenarnya yang diinginkan oleh rakyat di Kepulauan Borneo ini. Atas sebab itulah laporan Cobbold dikeluarkan dan memberikan rekomendasi kepada British dan malaya tentang apakah yang perlu diambil perhatian dalam menubuhkan sebuah kerajaan persekutuan. Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin di kedua-dua negara Borneo ini telah mengemukakan memorandum agar dimasukkan ke dalam perlembagaan persekutuan malaysia. Dan terima kasih diucapkan kepada Lord Cobbold dan Lord Landsdowne apabila mereka bertindak tegas menolak terhadap cadangan yang melarang negara Sabah dan negara Sarawak berpisah daripada persekutuan. Hasilnya, kini rakyat bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak mempunyai HAK MUTLAK untuk memilih perpisahan ataupun Self-Determination selari dengan resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu yang membenarkan mana-mana bangsa dalam sesebuah negara untuk Merdeka dan Berkerajaan Sendiri. Satu lagi, dakwaan anda terhadap kami kononnya didalangi oleh "kumpulan minoriti" seharusnya ditujukan kepada Laporan Cobbold. Tinjauan pandangan tentang gagasan persekutuan malaysia ini telah dilakukan hanya kepada "sekumpulan minoriti" dengan bilangan sekitar 4000 lebih sahaja. Bandingkan petisyen yang digerakkan oleh pihak kami, SSKM-SSU(UK) yang kini sudah mencapai 39,301. Adakah benar kami hanya satu "kumpulan minoriti"?

Pihak kami, SSKM-SSU(UK) juga mempunyai hak untuk mendakwa kerajaan persekutuan malaysia kerana telah berniat untuk menghasut generasi muda di kedua-dua negara untuk mempercayai segala penipuan dalam sejarah yang telah diajar di sekolah rendah, menengah mahupun diperingkat Universiti. Jangan sesekali memandang rendah lagi terhadap Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak kerana generasi sekarang bukan generasi yang akan tunduk kepada penipuan apatah lagi kepada penindasan. Impian dan matlamat kami adalah ingin memiliki masa depan yang terjamin dengan kepimpinan dalam kerajaan yang adil dan saksama serta bebas daripada gejala rasuah. Adakah impian ini salah dimata kerajaan persekutuan malaysia? Atas sebab itulah perpisahan daripada persekutuan ini merupakan jalan yang terbaik kerana selagi terdapat ikatan hubungan pemerintahan dengan persekutuan tanah melayu yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia, selagi itulah impian ini tidak akan pernah menjadi realiti.

In Sovereignity We Breathe, In Unity We Believe

Monday, 26 January 2015

20-Point Agreement stipulates No right to secede, says A-G

Kota Kinabalu: Calls for the secession of Sabah and Sarawak from the Federation of Malaysia are arguably seditious and against the spirit of federalisation, said Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail.

"As I have stressed on other occasions, if there is consensus for change, let it be done by the people affected. More importantly, let it be done through an agreed constitutional mechanism and without infringing parliamentary democracy.

"But if the issue is really about how the constitutional safeguards for Sabah and Sarawak are being implemented, then the arguments and debate should be focused accordingly and discourse carried out rationally," said Abdul Gani at the opening of the Sabah and Sarawak Legal Year at the courthouse, here, Friday.

He said the "Social Contract" with Sabah was based on the safeguards mooted in the "20-Point" Agreement while with Sarawak it was based on the "18-Point" Agreement.

"The memoranda containing these safeguard conditions were considered by the Inter-Governmental Commission set up on the recommendation of the Cobbold Commission in 1962. The safeguard conditions, with some modification, were included in the Malaysia Act, the Federal Constitution and the State Constitutions of Sabah and Sarawak.

"These are historical facts. They are recorded for posterity in the relevant reports of these Commissions. They should be read, appreciated and properly understood by every succeeding generation of Malaysians," he said.

He also highlighted that both the 20-Point Agreement and the 18-Point Agreement expressly stated that "There should be no right to secede from the Federation".

"This was therefore the agreed position taken by the people of Sabah and Sarawak themselves when Sabah and Sarawak agreed to the formation of Malaysia. It cannot now be for a disgruntled minority to unilaterally change it," he said.

On another note, Abdul Gani said the threats from terrorism, extremism and radicalisation are particularly insidious and that they are the most difficult kind to root out and address which requires firm and resolute, yet level-headed, calm and humane responses.

He said the Attorney General's Chambers, in this regard, is committed to ensure the highest quality of legal advice and timely prosecution in the ongoing security cases in Sabah and Sarawak.

Resident Deputy Public Prosecutors have been placed in the major districts such as Lahad Datu, Sandakan and Tawau to fortify public confidence that offenders will be brought to justice immediately.

"With the release of the report of the Royal Commission of Inquiry on Immigrants in Sabah at the end of last year, further action is also anticipated in relation to the enforcement of Malaysia's immigration laws."

On the Native Customary Rights to land (NCR) issue, he said the International Centre for Law and Legal Studies (I-CeLLS) – the Attorney General's Chambers research vehicle — initiated a study on the effectiveness of the existing legal framework in dealing with indigenous issues brought before the Native Courts and the continued relevancy of these courts.

"The study is being undertaken in collaboration with offices of the State Attorney Generals of Sabah and Sarawak. We hope to make better headway on this project in 2015," he said.

He said the NCR to land and the distinct concept of "Native Customary Land" was a matter of concern to note the disparate court decisions being issued.

"There must be a proper understanding of the "Adat" (customary laws) which governs the respective indigenous communities in dealing with such cases," he said.

On another note, Abdul Gani also called for more participation from lawyers in Sabah and Sarawak in legal aid services through the National Legal Aid Foundation (YBGK) because as at December 2014, out of 1,499 YBGK panel lawyers throughout Malaysia, only 25 panel lawyers were from Sabah and 46 from Sarawak.

Furthermore, out of 666 active registered panel lawyers, only three appear to be active in Sabah while in Sarawak the figure is nine, he said, adding that YBGK services are currently only available in the city, Papar, Penampang, Tuaran, Sandakan and Kota Belud.

"In the face of such challenges, lawyers should be placing equal, if not more emphasis, on Article 5 of the Federal Constitution, rather than just on Article 10 of the Federal Constitution. I am of course referring to the enshrined right to due process, the right of every person to be informed of the grounds of his arrest and to be allowed to consult and be defended by a legal practitioner of his choice.

"I am also referring to the need for comprehensive and sustainable legal aid services for those who would otherwise not be able to afford legal representation.

"It may seem strange that the Public Prosecutor should be giving such advice. Nor do I raise this annually merely in my capacity as the Chairman of the YBGK. As I remind all our Deputy Public Prosecutors, our function is not just to obtain convictions and put people behind bars. Our task is to ensure that justice is done," said Abdul Gani.

In conjunction with the opening of the Legal Year, there was a parade of court officials led by Chief Justice of Malaysia Tun Arifin Zakaria together with Court of Appeal President Tan Sri Md Raus Shariff, Federal Court Judge Tan Sri Abdul Hamid Embong, Chief Justice of Sabah and Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Minister in the Prime Minister's Department Datuk Nancy Shukri, Special Tasks Minister Datuk Teo Chee Kang, Mayor Datuk Abidin Madingkir, judges, lawyers and other members of the legal fraternity from the Community Hall to the courthouse.

AG : No secession but people can decide

“It cannot now be for a disgruntled minority to unilaterally change the 20/18 Points which rule out secession.”

KOTA KINABALU: Attorney General Abdul Gani Patail reminded the opening of Legal Year 2015 for Sabah and Sarawak at the High Court here on Fri that the disgruntled minority cannot ignore the fact that the 20 Points, if not the 18 Points, being constitutional documents on Malaysia, do not allow for secession from the Federation.

“It cannot now be for a disgruntled minority to unilaterally change it,” he said.

The Attorney General recalled that he had stressed on other occasions, that if there was consensus for change, let it be done by the people affected.

“More importantly, let it be done through an agreed constitutional mechanism without infringing parliamentary democracy,” he added.

“But if the issue is really about how the constitutional safeguards for Sabah and Sarawak are being implemented, than the arguments and debate should be focused accordingly and discourse carried out rationally.”

Secession of Sabah and Sarawak from Malaysia, he belaboured, goes against the spirit of federalization and, arguably, was seditious.

The “social contract” with Sabah was based on the safeguards mooted in the 20 Points Agreement while that with Sarawak was based on the 18 Points Agreement, he reiterated.

“The memoranda containing these safeguard conditions were considered by the Inter-Governmental Commission set up on the recommendation of the Cobbold Commission in 1962.”

The safeguard conditions, with some modifications, were included in the Malaysia Act, the Federal Constitution and the Constitutions of Sabah and Sarawak.

“These are historical facts and they are recorded for posterity in the relevant reports of these Commissions. They should be read, appreciated and properly understood by every succeeding generation of Malaysia,” said the Attorney General without explaining whether 1963 was self-determination, under international law, for Sabah and Sarawak.

The Attorney General did not touch on the position taken by activists in Sabah and Sarawak that Article 1 of the Malaysia Agreement 1963, calling for a new Federation called Malaysia as an Equal Partnership of Sabah, Sarawak and Malaya (with Singapore incorporated through merger), and a new Constitution, was never implemented.

Instead, they point out with reference to Article 1(1) of the Federal Constitution and Article 160 on the definition of Federation, that Sabah and Sarawak were dragged in as the 12th and 13th states of the Federation of Malaya, which renamed itself Malaysia.

This, according to them, was not the intention of the Founding Fathers in Borneo, and not what the people want.

Right to secession not allowed under Malaysia Agreement, says Attorney-General

KOTA KINABALU - The special rights for Sabah and Sarawak do not allow for the two states to secede from the federation of Malaysia and such calls are seditious.

Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail said it was stated under the 20-point (Sabah) and 18-point (Sarawak) Malaysia Agreement that there should be no right to secede from the federation.

He said such talk of secession was against the spirit of the federation, which is based on a social contract of safeguards drawn under the Inter-Governmental Committee that was set up on the recommendations of the Cobbold Commission in 1962.

Such safeguards, he added, were included in the Malaysia Act, the Federal Constitution and the constitutions of the two states.

"This was the position taken by the people of Sabah and Sarawak themselves when they agreed to the formation of Malaysia.

"A disgruntled minority cannot now unilaterally change it," Abdul Gani said when referring to the Facebook-based movement "Sabah Sarawak Keluar Malaysia" in his speech at the Sabah and Sarawak Legal Year opening by Chief Judge of Sabah and Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

Touching on the issue of secession, Abdul Gani said if there was consensus for change, it should be done by the people affected without infringing on parliamentary democracy.

But if the issue is really about how the constitutional safeguards for Sabah and Sarawak were being implemented, then the arguments and debate should be focused accordingly and discourse carried out rationally, Abdul Gani noted.

He also said his office would provide quality legal advice and quick prosecution on security cases in Sabah and Sarawak, including the 2013 intrusion into Lahad Datu.

"Deputy public prosecutors have been placed in major districts like Lahad Datu, Sandakan and Tawau to ensure that offenders are brought to justice in the Eastern Sabah Security Zone (Esszone)," he said.

With the recent release of the Royal Commission of Inquiry report on immigrants in Sabah, further action was anticipated in relation to the enforcement of Malaysia's immigration laws, he said.

Abdul Gani also spoke on the need for the proper understanding of the Native Customary Rights to ensure that the rights of the indigenous communities were protected.

"We have initiated a study on the effectiveness of the existing legal framework in dealing with the indigenous issues brought before the native courts and the continued relevance of these courts," he said.

Bangsa-Bangsa Borneo

Proses perkembangan politik akan terus berkembang mengikut peredaran garis masa dari masa ke semasa. Sesiapa pun tidak akan dapat mengelakkan diri daripada menjerumuskan diri dalam menghadapi situasi perubahan politik.

Kita semua tahu bahawa kebenaran itu harus ditegakkan, dan sejarah sepatutnya tidak disembunyikan atau dihapuskan.Apa yang Bangsa-Bangsa Borneo sedang hadapi dewasa ini ialah terjadinya perhambaan moden dan penghapusan identiti diri dan sejarah Sabah dan Sarawak.

Kamu tahu Bangsa Bangsa-Borneo sedang dan telah pun melalui fasa-fasa genting ini tetapi sikap untuk terus berdiam diri dan merelakan sebarang bentuk penindasan kerana kita masih bersifat ingin terus hidup butakan mata dan terus duduk dalam posisi yang selamat dan selesa.

Selama berpuluhan tahun Bangsa-Bangsa Borneo terus berhidup dalam suatu keadaan hidup yang berhadapan dengan pelbagai bentuk konflik sosial yang jelasnya membantutkan peningkatan taraf sosial masyarakat daripada terus berkembang dan berjaya melalui frasa yang lebih terjamin dan menguntungkan hidup.

Tindakan sesetengah pihak yang bertindak cuba untuk mengekalkan suatu bentuk kehidupan yang cuba bermain dalam posisi yng lebih selamat telah cuba untuk mempengaruhi keadaan masyarakat sekelilingnya dengan menggunakan pengetahuan teori atas kertas semata mata tanpa cuba untuk meletakkan diri dalam situasi sebenar yang dihadapi oleh kita saban hari.

Bagaimanakah kamu mengklaim diri kamu seorang “pejuang” jika kamu hanya bijak berkata kata dan berhujah berpandukan pengetahuan manusia semata mata yang kamu pelajari tetapi kamu tidak pernah berusaha untuk berurusan langsung berhadapan dengan situasi kehidupan sebenar orang-orang kampung yang secara langsung saban hari menghadapi situasi kehidupan yang lebih teruk dan daif daripada kamu.

Sebanyak manapun pengetahuan kamu tentang sejarah Sabah Sarawak, dan setinggi manapun taraf pendidikan kamu tetapi kamu masih tidak dapat menandingi kesengsaraan hidup masyarakat yang setiap hari terpaksa berhadapan dan bergelut dengan masalah ekonomi, politik dan sosial dunia.

Situasi politik yang belum matang masih terjadi di Borneo. Kita mengharapkan keadaan atau situasi pendidikan berada dalam peringkat yang lebih baik supaya kita dapat menyaksikan martabat kita sebagai Bangsa-Bangsa Borneo dapat diangkat sebaris di pentas politik Malaysia, namun hakikatnya, sifat sesetengah pemimpin yang mengklaim diri mereka golongan bijak pandai sebenarnya hanyalah satu adaptasi cerita Pak Pandir dengan kebodohannya. Tidak ada resolusi atau jalan penyelesaian yang cuba diaplikasikan sebaliknya hanyalah satu cerita dongeng Pak Pandir versi Sabahan di zaman moden dan serba canggih ini.

Perjuangan SSKM yang menjadi titik perubahan kepada situasi politik yang kita hadapi sekarang. Oleh kerana “Politik” itu sendiri telah ditolak oleh generasi muda maka penekanan atau pembaharuan cuba ditimbulkan melalui “Pergerakkan Rakyat” yang ditunjangi oleh golongan muda-muda yang menggunakan kuasa sebagai rakyat biasa yang tidak memiliki kuasa besar atau peranan penting dalam dunia politik. Terdapat banyak tentangan dalam perjuangan yang sedang dikendalikan oleh pejuang-pejuang muda ini oleh segenap lapisan masyarakat khususnya Bangsa Bangsa Borneo yang berdiri dalam posisi “Puak Penentang”.

Persoalan yang saya cuba timbulkan ialah, tembok yang menghalang perjuangan dalam menuntut hak-hak dan pembebasan Bangsa-Bangsa Borneo itu sendiri sebenarnya datangnya dalam kalangan rakyat Sabah itu sendiri, kita sendiri yang bertindak mematikan sebuah titik perjuangan yang bakal membawa sebuah Kemerdekaan dan penentuan untuk berkerajaan dan mentadbir Negara kita sendiri.
Oleh kerana kita berhadapan dengan situasi komuniti atau masyarakat yang hanya menjadi “Pemerhati Bebas” dan “Parasit Moden” maka banyak isu semasa yang menjadi viral di laman sosial saban hari ditimbulkan untuk tatapan sendiri tanpa mengambil kira emosi dan harapan orang-orang yang mengalami situasi penindasan yang nyata.

Bagi mereka yang menyertai “pertarungan realiti” ini, amat mengharapkan satu proses pemulihan demokrasi berlaku seterusnya yang akan dapat memusnahkan sebuah kerajaan yang telah menzalimi Bangsa-Bangsa Borneo, dan menggantikan rejim yang korup kepada suatu pemerintahan yang lebih bersifat “Berjuang untuk rakyat”.

Titik poin yang paling penting dalam perjuangan rakyat ini bukanlah bersandarkan semata mata kepada suatu perjanjian yang pernah dimateraikan suatu ketika dahulu oleh pemimpin-pemimpin Sabah,saya tidak katakan ianya tidak penting, jauh sama sekali. Oleh kerana, kamu merasakan bahawa hak-hak asasi manusia, kamu tidak mendapatkannya sepenuhnya, peluang pendidikan yang bersifat terlalu berat sebelah, identiti bangsa kamu telah dinafikan, terjadinya diskriminasi kaum dan agama dalam sektor pekerjaan, hak keistimewaan sebagai pribumi Sabah dan pribumi Sarawak telah diabaikan, serta kawalan dan keselamatan tanah telah dirampas.Kamu mengalami situasi yang sedemikian rupa maka segala bentuk penafian ini sepatutnya mendapat perhatian oleh dunia luar,bahawa sesiapa pun individu atau blok-blok masyarakat yang berhadapan dengan ketidakadilan dan banyaknya penafian, MAKA Bangsa-Bangsa Borneo yang ditindas haruslah bangkit dan suarakan ketidakadilan yang berlaku.

Kita tidak mahu menjadi pelarian dan orang asing di atas tanah kita. Kita tidak mahukan orang lain yang menjajah tanah kita, sebarang urusan biarlah dikendalikan oleh orang asal kita sendiri. Sebarang campur tangan dan kerjasama yang cuba diaplikasikan dengan kerjasama pihak luar tidak akan menjamin kelangsungan hidup yang akan mengembalikan hak-hak kita yang telah dicabul. Sebaliknya, Bangsa Bangsa Borneo haruslah tetap diperintah oleh wakil dalam kalangan Bangsa-Bangsa Borneo, kerana tidak ada orang luar yang arif memahami keperluan emosi dan kesejahteraan hidup kita selain daripada kalangan orang asal kita sendiri.

Demokrasi Malaysia Juga Sepatutnya Mewakili Suara Rakyat Sabah Sarawak

Umum mengetahui bahawa bagaimana kepentingan pilihan raya yang sebenarnya akan menentukan masa depan Negara dan yang akan membela nasib rakyat yang bernaung di bawahnya. Tetapi sebenarnya kuasa politik yang telah disalah gunakan oleh para pemimpin dewasa ini telah memberikan ruang untuk membenarkan sebuah penindasan terhadap berlakunya percabulan hak-hak dan pemimpin kerajaan yang korup terus menerus berkuasa.

Konsep pilihan raya yang digunakan sebagai sebuah Negara yang mengamalkan sistem demokrasi sepatutnya bercirikan kuasa untuk menggubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat bersama sama dengan wakil yang dipilih, dan kita tidak dapat melihat keberkesanannya. Salah guna kuasa menyebabkan rakyat mengalami suatu penghidupan yang tidak mencapai status sebuah keharmonian masyarakat dan taraf sosial masyarakat berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.Kuasa politik yang dipegang oleh rejim yang korup menyebabkan kita mengalami kegagalan dalam mencapai keseimbangan dan kesamarataan kuasa politik dalam kalangan golongan orang asal, kesatuan ekonomi dan perkembangan sosial masyarakat pribumi sabah dan pribumi Sarawak.

Demokrasi tidak berakhir dengan satu pihak sahaja yang akan diberi mandat dan kuasa untuk mentadbir. Adalah penting untuk memastikan bahawa proses demokrasi akan terus memainkan peranan yang penting dalam kehidupan orang-orang kita dan kerajaan sepatutnya menggalakkan penyertaan popular rakyat dalam menganjurkan dan menguruskan hal ehwal masyarakat melalui badan-badan tempatan dan komuniti pembangunan kampung iaitu dengan melihat ke dalam institusi ketua kampung dan ketua anak negeri. Ini merupakan satu saluran penting yang mana bumiputra boleh menyuarakan pandangan dan aspirasi mereka dan mengemukakan keperluan mereka supaya tindakan boleh diambil.

Sejak kebelakangan ini kebangkitan rakyat mulai dirasakan sebagai akibat bangkit daripada kesedaran tentang pendedahan sejarah yang telah lama cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum rakyat Bangsa Bangsa Borneo. Permintaan rakyat mulai disuarakan kepada kerajaan yang memerintah, golongan etnik majoriti di Sabah mulai mengangkat isu berkenaan pembangunan ekonomi dan sosial rakyat. Kebebasan hak-hak untuk bersuara sepatutnya tidak dimatikan melalui sebarang sistem perundangan yang digubal melalui kuasa perlembagaan Negara.

Semua kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak sepatutnya bangkit dan bersatu membuat kesepakatan dalam mencari satu titik persamaan dalam menghadapi rintangan dalam usaha untuk menyasarkan satu pemerintahan berpusat yang berpaksikan di bawah kekuasaan Sabah dan Sarawak, kuasa penentuan untuk berkerajaan sendiri. Ketidakseimbangan yang telah berlaku oleh kerana kuasa tiga kaum dominan yang terdapat di tanah semenanjung Malaysia mulai meminggirkan hak-hak orang asal untuk turut serta menikmati keistimewaan sebagai kaum pribumi Sabah dan pribumi Sarawak.

Semua golongan etnik yang terdapat di Sabah seharusnya bertindak untuk menuntut hak otonomi, satu kesatuan dibentuk agar pemimpin politik tempatan di Sabah dapat “dirawat” dan seterusnya yang akan menyatukan rakyat sabah bukan di bawah kekuasaan kerajaan Malaya. Campur tangan oleh semua golongan etnik yang akan dapat membentuk satu kesatuan yang kuat dengan membawakan harapan supaya konsep asal melalui Perjanjian Malaysia dan perkara 20/18 semasa persetujuan membentuk Malaysia dahulu dapat disuarakan melalui suara rakyat.

Selagi perjanjian dan hak-hak sebenar rakyat Sabah tidak diberikan dan diiktiraf maka konflik ini akan dijangka berpanjangan, tidak akan didapati sebarang penyatuan yang bakal diperolehi lagi melalui rakyat Sabah untuk diberikan kepada kerajaan Malaysia.

Keenganan kerajaan Malaya untuk berkongsi kuasa bersama dengan etnik majoriti di Sabah, pada asalnya setiap etnik majoriti yang terdapat di Sabah sepatutnya berperanan dalam memegang kekuasaan pemerintahan dan mengusulkan permintaan rakyat sabah bagi tujuan kesamarataan dalam mengecapi hak-hak istimewa sebagai pribumi Sabah dan pribumi Sarawak.Tetapi malangnya perkongsian sama rata kuasa untuk dimonopoli oleh wakil golongan etnik sabah dan Sarawak tidak diberikan.

Pembangunan ekonomi terus menerus dinikmati oleh golongan elite dan pemimpin yang berkuasa dan kelebihan untuk menggunakan segala kemudahan-kemudahan terus dimanfaatkan oleh kalangan mereka sahaja. Kelebihan kuasa ekonomi mungkin memberikan penghidupan yang memberangsangkan kepada golongan kaya dan elite namun tidak kepada rakyat yang berada di tingkat bawah hieraki kontrak sosial masyarakat. Sehingalah kerajaan menyelesaikan konflik masyarakat ini hanya dengan ini maka golongan etnik di sabah dan Sarawak akan menikmati perhatian yang sewajarnya.

Kekayaan sumber alam yang terdapat di atas tanah Borneo Sabah dan Sarawak telah membutakan mata dan perebutan hak dan pemilikan tanah daripada pelabur asing di tanah semenanjung Malaysia untuk tujuan bertapak dan menjalankan urusan bisnes telah mempengaruhi pemimpin tempatan untuk tidak berkerjasama dengan rakyat dan membentuk penyatuan bagi melawan kuasa politik Malaya.

Adalah baiknya jika kita menjauhi segala tuntutan untuk memenuhi keinginan untuk mengecapi pembangunan ekonomi sebagai langkah prioriti sebaliknya memfokuskan kepada mencapai satu keputusan politik, sebagai permintaan untuk mendapatkan kembali otonomi dan hak-hak istimewa sebagai orang asal.

Kemunculan banyaknya anak-anak muda untuk berjuang dan menyertai perbahasan politik di Sabah semakin dirasai. Kerajaan terutamanya pemimpin tempatan yang mewakili orang-orang asal sepatutnya memberikan hak kawalan kepada anak-anak muda untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap banyaknya isu yang gagal diselesaikan oleh kerajaan. Berikan ruang dan hak untuk bersuara kepada mereka.

Tekanan yang diberikan oleh rakyat dan orang asal kepada kerajaan adalah bertujuan untuk suatu gesaan untuk mengiktiraf dan mengembalikan kuasa otonomi dan hak-hak sebagai orang asal yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia melalui perkara 20 dan 18.

Thursday, 22 January 2015

Jawapan SSKM-SSU(UK) Kepada Ashi Ara

Pihak SSKM-SSU(UK) telah menerima beberapa soalan daripada seorang Generasi Muda Negara Sabah yang bernama Ashi Ara. Soalan-soalannya merupakan satu gambaran kerisauan yang pihak SSKM-SSU(UK) percaya juga timbul dikalangan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Oleh itu, pihak kami telah menyediakan jawapan untuk memberi kefahaman kepada Ashi Ara. Semoga jawapan ini menjawab segala persoalan anda.

Berikut adalah soalan-soalan daripada Ashi Ara berserta jawapan daripada pihak SSKM-SSU(UK):

1. Adakah perjuangan SSKM-SSU(UK) menyeluruh kepada rakyat Sabah tidak kira bangsa (ini sebenarnya merujuk kepada etnik) dan agama? atau hanya majoriti sahaja maksud saya bukan kepada bangsa-bangsa lain contoh bugis, suluk, jawa, butun dsb.

- Ya. Perjuangan SSKM-SSU(UK) adalah menyeluruh. Perjuangan ini tidak memfokuskan kepada sekolompok etnik atau kepentingan mana-mana etnik. Dalam erti kata lain, ia adalah untuk kepentingan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak yang yang terdiri daripada Etnik Orang Asal dan Etnik Bukan Orang Asal namun mempunyai semangat SEBANGSA. Sebangsa yang dimaksudkan adalah Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak yang mempunyai etnik pelbagai hidup dalam satu wilayah yang besar. Wilayah itu dikenali sebagai Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Negara Sabah dan Negara Sarawak tidak akan sesekali mempunyai agama rasmi. Itu adalah MUKTAMAD. Negara Sabah dan Negara Sarawak adalah BEBAS BERAGAMA. Tiada sesiapa mempunyai hak untuk melarang mana-mana individu daripada menjalani aktiviti kepercayaannya ataupun menukar kepercayaannya. Ini kerana seseorang itu boleh membawa kes kepada Makhamah Awam (Civil Court) untuk menuntut kebebasan Hak Asasi dalam semua perkara termasuk agamanya.

2. Yang nama ibubapanya ataupun keturunan mereka yang bukan asal dari Sabah sedangkan anak-anak mereka lahir di Sabah dan ada juga bumiputera berkahwin dengan bangsa mereka ini. Adakah mereka ini akan dihantar pulang? Atau mereka diberi taraf kewarganegaraan Sabah tapi bukan bumiputera Sabah apabila Negara Sabah dan Sarawak berjaya keluar dari Persekutuan Malaysia.

- Kepada mereka yang bukan berasal daripada Negara Sabah ataupun Negara Sarawak tetapi telah berkahwin dengan Bangsa Sabah ataupun Bangsa Sarawak, tiada halangan untuk mereka tinggal di Negara Sabah atau di Negara Sarawak (bergantung dengan pasangan mereka). Namun, mereka perlu memutuskan sama ada mahu menukar kewarganegaraan ataupun tidak. Contoh kita ambil Negara Sabah, seorang lelaki bangsa malaya telah berkahwin dengan seorang perempuan bangsa Sabah dan telah mempunyai anak-anak yang membesar di Negara Sabah. Anak-anak ini secara automatiknya adalah Bangsa Negara Sabah. Begitu juga dengan si isteri. Untuk si suami, dia tetap berbangsa Malaya (Malaysia) kerana berasal daripada negeri di malaya. Namun, apabila perpisahan ini sudah terjadi, si suami perlu mengambil keputusan muktamad sama ada mahu mengekalkan kewarganegaraannya sebagai Bangsa Malaysia ataupun memilih untuk menukar kewarganegaraannya menjadi Bangsa Sabah. Jikalau si suami enggan menukar kewarganegaraannya, tiada masalah untuknya tinggal di Negara Sabah. Apa yang perlu untuk si suami lakukan ialah memohon passport dan juga sokongan surat perkahwinan agar dia boleh menetap di Negara Sabah dibawah jaminan isterinya dan bekerja (disektor swasta). 

Dalam bidang pekerjaan sektor Kerajaan, mestilah 100% Bangsa Negara Sabah ataupun Bangsa Negara Sarawak. Tetapi mereka yang bukan warganegara Sabah ataupun Sarawak, mereka masih boleh bekerja disektor swasta ataupun berniaga.

Perlu diingatkan bahawa Bangsa dan etnik itu berbeza. Bangsa itu merujuk kepada sejumlah besar rakyat yang mendiami di sesebuah wilayah besar seperti Negara Sabah dan Negara Sarawak. Justeru, mereka yang mendiaminya akan dikenali sebagai Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.

Manakala Etnik itu tetap dikekalkan dan tidak boleh diubah (suku kaum). Contoh untuk di Negara Sabah. etnik Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Bajau, Suluk dan seterusnya (kategori Orang Asal). Manakala Cina, Bugis, Jawa, Butun, Melayu (Malaya) dan seterusnya (Kategori Orang Bukan Asal). Namun Orang Asal dan Bukan Orang Asal adalah sebangsa dalam satu Negara dan boleh bekerja dalam sektor Pentadbiran Awam Kerajaan. Mungkin kuota itu diperuntukkan kepada 60:40 ataupun 70:30 (cadangan).

3. Di Sabah, banyak bangsa (ini sebenarnya merujuk kepada etnik) yang bukan bumiputera yang merungut sekiranya Sabah Sarawak membentuk negara sendiri sedangkan mereka lahir di bumi Sabah atau Sarawak. Mereka akan jadi apa?

-Sekali lagi, apabila terjadi perpisahan ini, ia tidak akan menjejaskan mana-mana etnik/komuniti malah akan dilindungi lagi. Bukan Bumiputra bermaksud Bukan Orang Asal, mempunyai Hak sebagai rakyat Bangsa Negara Sabah / Bangsa Negara Sarawak dalam menjalankan kehidupan sosial, ekonomi mahupun politik. Tetapi jikalau mereka memilih untuk mengekalkan kewarganegaraan Malaysia (Bangsa Malaysia), mereka adalah terkeluar daripada segala keistimewaan sebagai rakyat Bangsa Negara Sabah atau rakyat Bangsa Negara Sarawak. Mereka akan dikategorikan sebagai Orang Asing ataupun Pelancong. Mereka boleh berada di Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk satu tempoh yang ditetapkan. Jikalau berkeluarga dengan rakyat Negara Sabah ataupun Negara Sarawak, mereka perlu mendapatkan jaminan pasangan mereka untuk membolehkan mereka berada didalam Negara yang didiami untuk satu tempoh. Tetapi tempoh tersebut boleh diperbaharui dari masa ke semasa.

4. Bagaimana dengan nasib anak Bini atau Suami mereka? Saya bertanya kepada DJ agar mereka yang tidak menyokong SSKM faham apa sebenarnya matlamat SSKM buat rakyat Sabah dan anak bangsa Sabah.

- Soalan ini sudah dijawab diatas. Jikalau mereka memilih untuk menukar kewarganegaraan kepada kewarganegaraan Sabah ataupun Sarawak (jikalau mereka menetap di Negara Sarawak), mereka dapat menikmati segala keistimewaan sebagai bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak. Jikalau tidak, keistimewaan itu tidak dapat dinikmati namun mereka dapat menikmati keistimewaan warganegara Malaysia di malaya. Pergerakkan dan aktiviti adalah tertakluk dibawah bidang kuasa Imigresen tentang berapa lama boleh menetap, sama ada boleh bekerja ataupun tidak dan sebagainya.

5. Saya mohon DJ memberi pencerahan kepada rakyat NEGARA SABAH SARAWAK agar ada yang tidak terkeliru dengan macai-macai Malaya yang ingin memecah-belahkan perpaduan bangsa di tanah tumpah darah kita ni. Terima Kasih.

- Keadaan apabila Negara Sabah (ataupun North Borneo) dan Negara Sarawak selepas berpisah adalah sama seperti negara-negara luar yang telah merdeka. Mempunyai bidang kuasa Politik, Ekonomi dan Sosial dalam mengurus tadbir negara sesuai dengan kehendak rakyat yang membentuk parti-parti Politik untuk mewakili mereka dalam memimpin Kerajaan. Segala urusan pentadbiran akan diurus oleh rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak tanpa campur tangan kuasa asing.

Segala urusan keselamatan, kesihatan dan pendidikan dibawah kuasa penuh Kerajaan Baru yang mentadbir Negara. Negara Sabah dan Negara Sarawak juga bakal mempunyai satu kerusi masing-masing di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations-UN). Bakal mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar dan juga menjalinkan hubungan perdagangan dan sebagainya.

Semoga penerangan ringkas ini mampu menjawab segala persoalan yang timbul. Perpisahan melalui penamatan dalam Persekutuan Malaysia ini tidak akan sesekali membawa keburukan tetapi adalah kebaikan yang selama ini menjadi keinginan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Semua etnik akan dilayan dengan adil. Perlindungan khas diberikan kepada Orang Asal yang merupakan penduduk asal di Kepulauan Borneo, Negara Sabah dan Negara Sarawak. Sistem Demokrasi dan Keluhuran Perlembagaan akan menjadi Garis Panduan dalam Pentadbiran Negara yang Merdeka dan Berdaulat.

SEJARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

Selama 51 tahun, kita diberitahu bahawa Malaysia merdeka pada 31hb Ogos 1957. Itu adalah fakta yang menyeleweng sebab Perjanjian Malaysia yang melibatkan Kerajaan Malaya, UK, Singapura, Sabah dan Sarawak hanya ditandatangani pada 9hb Julai 1963.

Pemashyuran Malaysia sebagai sebuah Persekutuan baru pula telah dibuat dengan rasmi pada 16hb Sept. 1963. Malaysia adalah gabungan 4 wilayah, yang dibentuk bersama secara rakan kongsi sama rata, dan semua wilayah itu pula mengekalkan kemerdekaan masing-masing.

Malaysia bukanlah sebuah negara yang dimerdekakan, tapi sebuah Persekutuan yang dibentuk bersama melalui suatu perjanjian.

Cadangan membentuk Malaysia adalah datangnya dari British dan Malaya. British sebagai penjajah 4 wilayah itu mahu terus mengekalkan kepentingannya di bekas jajahannya. British tidak mahu Singapura jatuh ke tangan komunis, lalu mencadangkan supaya digabungkan dengan Negara Malaya. Bagi Malaya pula, mereka enggan menerima Singapura kerana majoriti penduduknya adalah Cina. Malaya bimbang, kaum Cina akan menguasai Malaya jika hanya Malaya dan Singapura yang bergabung. Berdasarkan ini, Malaya dan British nampak bahawa penyertaan Sabah, Sarawak dan Brunei akan menyelamatkan kaum Melayu di Malaya.

Cadangan pembentukan Malaysia tidak diterima baik di Sabah, Sarawak dan Brunei. Di Sarawak, cadangan ini dibantah oleh banyak tunjuk perasaan secara besar-besaran. Di Brunei, berlaku pemberontakan oleh A.M. Azahari, dan walau pun ia gagal, Brunei kemudiannya tidak jadi untuk menyertai penggabungan. Di Sabah pula, majoriti pemimpin tidak bersetuju. Datuk G.S Sundang umpamanya menentang habis-habisan idea itu. Hasil kaji selidik Suruhanjaya Cobbold juga mendapati, hanya sepertiga rakyat Sabah yang setuju bergabung. Sepertiga yang lain, setuju secara bersyarat dan sepertiga lagi sama sekali tidak bersetuju.

Walau pun berlakunya tentangan, hasil pujuk rayu Malaya, dan hasil persetujuan Malaya ke atas syarat-syarat yang dikemukakan Sabah dan Sarawak, maka terjadi juga penggabungan. Tunku Abd Rahman, dalam proses memujuk, menjanjikan untuk tidak menjajah Sabah, Sabah memerintah sendiri dan penyertaan Sabah kelak adalah rakan kongsi sama taraf dan sama rata dengan Malaya dalam Malaysia. Dengan jaminan itu, pemimpin Sabah seperti Tun Mustapha dan Tun Fuad termakan pujuk. Tun Fuad misalnya, pada mulanya tidak bersetuju menyertai pembentukan Malaysia sebab bimbang, jawatan-jawatan di Sabah diambil orang Malaya dan Sabah akan dijajah Malaya.

Parti-parti politik di Sabah kemudian mengemukakan syarat-syarat untuk menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia. Syarat-syarat itulah yang kini dikenali sebagai Perkara 20. Tanpa persetujuan dan penerimaan Perkara 20, maka Sabah akan memerintah sendiri seperti Brunei pada masa kini. P20 kemudian dibahaskan dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC). Selepas diluluskan dengan beberapa ubahsuai dan syor tambahan, maka Perjanjian Malaysia pun ditandatangani sebagai tanda lahirnya sebuah Persekutuan yang baru.

Filipina membantah keras pembentukan Malaysia dan mendakwa Sabah sebagai wilayah mereka dan bukannya wilayah Malaya. Menurut Presiden Macapagal, selagi Sabah berada dalam Malaysia, Filipina akan terus menuntut Sabah. Sebaliknya jika rakyat Sabah memilih untuk memerintah sendiri, maka Filipina akan menggugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah, sebab itu adalah pilihan penduduk Sabah. Indonesia pula melancarkan kempen 'Ganyang Malaysia' dan menghantar tentera ke sempadan Sabah hingga berlakunya konflik bersenjata dengan pasukan Malaysia dan Australia.

Dengan begitu banyak peristiwa dan liku-liku dalam proses ke arah lahirnya Malaysia, mari bersama sayangi Malaysia. Sayangi Malaysia bermaksud, Malaysia yang ada mesti adalah Malaysia yang adil, yang kita impikan dan harapkan. Semua janji-janji, jaminan, syor dan terutama Perkara 20 hendaklah dilaksana supaya semua orang Sabah merasa bertuah berada dalam Malaysia. Jika janji, jaminan dan syor itu tidak dilaksana, anak-anak muda Sabah akan terus tidak puas hati, dan akhirnya akan menguburkan Malaysia. Sabah akan lahir sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, bebas dari campur tangan Malaya.

Source: http://ssprakyat.blogspot.com/2015/01/sejarah-pembentukan-malaysia.html

"Konsep Persekutuan Malaysia Yang Asal Dan Yang Diubah Berserta Nota Pindahan Akta Yang Telah Dilakukan"

Konsep Asal / Original Persekutuan Malaysia
Konsep Asal Persekutuan Malaysia ini telah diubah selepas Negara Singapura berpisah ataupun keluar daripada Persekutuan ini pada 8 Ogos 1965 dan diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Status "Negara" Sabah dan Sarawak telah diturunkan menjadi "negeri" pada 28/7/1976 sebulan selepas Tragedi Double Six yang telah meragut Pemimpin-Pemimpin Nasionalis Negara Sabah yang diketuai oleh Tun Donald Stephens / Tun Fuad Stephens

Konsep Persekutuan Malaysia yang telah diubah pada 28/7/1976
Dibawah ini adalah nota tentang pindaan yang telah dilakukan dalam pengertian "Federation / Persekutuan".

The Original Federation

The Amended Federation
Art. 1:

The original Article as it stood on Merdeka Day read as follows:

"1. (1) The Federation shall be known by the name of Persekutuan Tanah Melayu (in English the Federation of Malaya).

(2) The States of the Federation are Johore, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor and Terengganu (formerly known as the Malay States) and Malacca and Penang (formerly known as the Settlements of Malacca and Penang).

(3) The territories of each of the States mentioned in Clause (2) are the territories of that States immediately before Merdeka Day.".


Art. 1(2):

1. The present Article without Clause (4) was inserted by Act 26/1963, section 4, in force from 16-09-1963 (i.e. when Malaysia was established). Act 59/1966 section 2, in force from 09-08- 1 9 6 5 (i.e. the date Singapore left Malaysia) amended Clause (2) by deleting therefrom paragraph (c) which read as follows:

"(c) the State of Singapore.".

2. The present Clause (2) was substituted by Act A354, section 2, in force from 27-08-1976.This clause before its substitution by Act A354 was amended by Act 26/1963, section 4, in force from 16-09-1963 (i.e. when Malaysia was established) read as follows:

"(2) The States of the Federation shall be—

(a) the States of Malaya, namely, Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor and Terengganu;

(b) the Borneo States, namely, Sabah and Sarawak; and

(c) the State of Singapore.".

Art. 1(3):

The words "Subject to Clause (4),"were inserted before the words "The territories of each of the State" by Act A206, Schedule, in force from 01-02-1974. 

Art. 1(4):

1. The original Clause which was added by Act A206, Schedule, in force from 01-02-1974 (i.e. the date of the establishment of the Federal Territory of Kuala Lumpur) read as follows:

"(4) The territory of the State of Selangor shall exclude the Federal Territory established under the Constitution (Amendment) (No. 2) Act, 1973.".

2. Subsequently this Clause was amended by Act A566. Subsection 2(1), in force from 01-02-1974, by inserting after the figures "1973" the words, "and the Federal Territory shall be a territory of the Federation.".

Subsection 2(2) of Act A566 also provided w.e.f. 01-02-1974 that—

"Any reference in the Constitution and other written law to the Federation, Malaya, Malaysia, the States of the Federation, the States of Malaya, or West Malaysia, however used, whether or not used in conjunction with or as part of another expression, shall be construed to include a reference to the Federal Territory, unless there is express provision to the contrary or there is something in the subject or context inconsistent with or repugnant to such construction.".

3. The above Clause was substituted by Act A585, section 11, in force from 16-04-1984.

4. This Clause was again substituted by Act A1095, section 11, in force from 01-02-2001.

***  Negara Singapura BUKAN DIKELUARKAN daripada persekutuan malaysia tetapi TELAH MENINGGALKAN (9-8-1965 was the date Singapore left malaysia) persekutuan malaysia. Persekutuan Malaysia ini juga TIDAK PERNAH MERDEKA TETAPI DIBENTUK PADA 16 September 1963. 31 Ogos 1957 adalah Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ***

Tuesday, 20 January 2015

Perkara 7: Hendaklah Tidak Mempunyai Hak Untuk Berpisah Daripada Persekutuan. [Hendak VS Harus (Should VS Shall)]

Pihak SSKM-SSU(UK) akan mendedahkan satu lagi kepincangan dan perlanggaran Perjanjian Malaysia 1963 oleh kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia. Pada kali ini, pihak kami akan membuat pendedahan tentang perkataan "Should VS Shall" dalam dokumen rasmi Perjanjian Malaysia 1963 dan juga Memorendum 18 & 20 Perkara (memfokuskan kepada Perkara 7).

Apabila kami menerangkan perbezaan "Should VS Shall", pihak kami akan menggunakan pengertian dalam bahasa antarabangsa iaitu English Britain dengan penterjemahan yang betul daripada sudut perundangan.

Perkataan "Should" dalam bahasa English adalah perkataan yang membawa maksud untuk "Mencadangkan" iaitu "Hendaklah" ("Should" has no special legal meaning- "Hendaklah" tidak mempunyai keistimewaan dalam maksud perundangan) manakala perkataan "Shall" pula membawa maksud untuk "Mewajibkan" iaitu "Haruslah" ("Shall" means mandatory; compulsory requirement - "Haruslah" bermaksud mandatori; kewajiban keperluan ; TIDAK BOLEH jikalau tidak dipenuhi tuntutannya). Dalam sesuatu kontrak perjanjian rasmi ataupun dokumen rasmi antarabangsa, perkataan "Shall" (required by this rule; imperative command; has a duty to; is required to - diperlukan dalam peratuan ini; arahan imperatif; mempunyai tangunggjawab untuk; diperlukan untuk) adalah perkataan "UTAMA" yang selalunya digunakan. Dalam kes ini, kita merujuk kepada Perjanjian Malaysia 1963. Sementara itu, dalam membuat sebarang rekomendasi ataupun cadangan ataupun pendapat, perkataan "Should" adalah perkataan "PILIHAN" (encouraged to do so but not compulsory; is a conditional phrase - digalakkan untuk melakukannya namun tidak diwajibkan; adalah satu syarat pilihan frasa)  yang digunakan agar cadangan, pendapat ataupun pendapat terhadap sesuatu perkara itu diterima (Should means RECOMMENDED; Should not means NOT RECOMMENDED - Hendaklah bermaksud DICADANGKAN; Hendakalah bukan bermaksud TIDAK DICADANGKAN). Dalam konteks penerangan ini, kita merujuk kepada Memorendum 18 & 20 Perkara. Untuk lebih spesifik lagi, kita hanya akan memfokuskan kepada Perkara 7 yang menyatakan bahasa "Hendaklah tidak mempunyai hak untuk berpisah daripada persekutuan" (There should be no rights to secede from the federation) yang ditujukan khas kepada Negara Sabah (dahulunya dikenali sebagai North Borneo) dan Negara Sarawak.   

Kita seharusnya mengambil pandangan inisiatif/pilihan yang positif daripada Perkara 7 yang menyatakan "tidak berhak untuk memisahkan diri (no rights to secede)", yang mana ia layak untuk dipertimbangkan penegasannya meskipun pada Perkara 7 yang berbicara tentang hak-hak Sabahan dan Sarawakian untuk memisahkan diri daripada Persekutuan Malaysia. Hal ini adalah kerana "penggunaan [oleh Perkara 7] daripada perkataan ''hendaklah" (sebagai lawan kata "wajib", misalnya) telah menterjemahkan pilihan "TIDAK BERHAK UNTUK MEMISAHKAN DIRI" itu kepada hanya satu bentuk "CADANGAN SAHAJA".

Anda lihat... Dalam setiap dokumen diplomatik, ia seringkali menuntut analisis linguistik/penggunaan bahasa yang terdekat. Adakah Perkara 7 membawa maksud yang lain seperti mengatakan bahawa "Semestinya tidak mempunyai hak untuk berpisah daripada persekutuan"?

Kerana kata kerja bantu (auxillary verb) "Harus (Shall)" dan "tidak seharusnya (shan't)" memiliki semua tapi telah hilang daripada bahasa English Amerika, namun di Great Britain, mereka secara umum masih menggunakannya. Fakta bahawa Memorendum Perkara 18/20 adalah Memorandum yang berkaitan dengan Malaysia antara Great Britain and Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Borneo Utara (North Borneo), Sarawak dan Singapura; penggunaan dalam bahasa English British yang sebenarnya diambil kira - dan apabila ia pergi kepada perkara itu, apakah kuasa/hak yang kita miliki jikalau dibandingkan dengan mereka yang disanjung tinggi iaitu Fowler, FG dan HW, yang telah menghasilkan "The King's English" (edisi pertama yang diterbitkan oleh Oxford University Press, 1906) yang telah membantu generasi-generasi yang bertutur bahasa English yang mempunyai kekeliruan melalui panduan ini. 

Kesimpulan daripada penyampaian tentang pengertian maksud dan perbezaannya ialah "Should" (hendaklah) adalah merupakan perkataan yang bermaksud "MENCADANGKAN TETAPI TIDAK MEWAJIBKAN MALAH BOLEH UNTUK TIDAK MEMATUHINYA". Manakala "Shall" merupakan perkataan yang bermaksud "MEWAJIBKAN DAN TIDAK BOLEH UNTUK TIDAK MEMATUHI KERANA IA ADALAH SYARAT/KEPERLUAN YANG MESTI DIPENUHI". 

Jadi dalam 18 & 20 Perkara, Perkara 7 itu sebenarnya hanyalah cadangan yang menasihati Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak bahawa Negara Sabah dan Negara Sarawak hendaklah tidak berpisah daripada Persekutuan Malaysia namun jikalau Negara Sabah dan Negara Sarawak berkeinginan untuk berpisah daripada Persekutuan Malaysia (menamatkan persekutuan malaysia dengan persekutuan tanah melayu), mereka (Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak) mempunyai HAK MUTLAK untuk melakukannya. Dalam hal ini, kerajaan persekutuan tanah melayu yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia TIDAK MEMPUNYAI HAK MAHUPUN LOCUS STANDI untuk melarang ataupun menyekat USAHA PERPISAHAN INI. Malah, jikalau mereka masih menentang mahupun menyekat usaha tersebut, kerajaan menyamar (malaya) ini sebenarnya sedang melakukan JENAYAH kerana telah melanggari UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA.

Setelah berbicara mengenai perkara ini, satu hal yang perlu anda ketahui ialah Perkara 7 sebenarnya telah melanggari Undang-undang Antarabangsa kerana "Pemisahan" ataupun "Kemerdekaan" itu adalah Hak Asasi sesebuah bangsa dalam sesebuah negara.

Walaupun dalam 18 dan 20 Perkara telah dihantar kepada Inter-Governmental Committee (IGC) untuk dimasukkan kedalam Perjanjian Malaysia 1963, Perkara7 itu DITOLAK dan TIDAK DITERIMA kerana menurut kebijaksaan Lord Landsdowne, Pembentukkan Persekutuan Malaysia ini adalah dibentuk dan dianggotai secara sukarela tanpa sebarang paksaan. Atas sebab itu, tidak boleh ada sebarang sekatan mahupun halangan kepada negara-negara anggota dalam persekutuan ini untuk keluar daripada persekutuan ini ataupun berpisah daripada persekutuan ini pada bila-bila masa kerana itu adalah HAK MUTLAK MEREKA.

Disini pihak kami kongsikan satu (1) bukti yang jelas telah berlaku perlanggaran nyata oleh kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia.

United Nations - Treaty Series
Negara Bangsa-Bangsa Bersatu - Siri Perjanjian

Original Agreement - Perjanjian Asal

Perlembagaan Malaysia hasil daripada Perjanjian Malaysia selepas diubah
Pihak SSKM-SSU(UK) YAKIN bahawa anda mampu melihat bulatan pada perkataan "SHALL" pada dua gambar diatas ini. Setelah anda membaca artikel diatas, anda sudah tentu memahaminya bahawa perkataan "SHALL" itu membawa maksud "MEWAJIBKAN DAN DIMESTIKAN". TIDAK BOLEH SESEKALI TIDAK DIPATUHI. Tetapi, melihat kepada perlembagaan malaysia sekarang, tidakkah itu sudah jelas lagi terang bersuluh bahawa Perlanggaran Perjanjian Malaysia sudah jelas merupakan perlanggaran Antarabangsa kerana Perjanjian ini ditandatangani pada dokumen "United Nations - Treaty Series / Negara Bangsa Bangsa Bersatu - Siri Perjanjian".

Selain itu juga, Perjanjian asal ini telah jelas menyenaraikan Negara Singapura sebagai "Salah Sebuah Negara Anggota" dalam Persekutuan Malaysia dan ia telah dimasukkan kedalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tapi lihatlah pada Perlembagaan sekarang, dengan sesuka hati mereka mengubahnya tanpa sebarang "Review Malaysia Agreement - Mengkaji Perjanjian Malaysia". Dokumen Perjanjian Asal yang tersimpan di United Kingdom (UK) masih jelas menyatakan bahawa Negara Singapura masih berada dalam Persekutuan Malaysia.

Dibawah ini adalah NOTA PINDAHAN AKTA YANG TELAH DILAKUKAN

Art. 1:

The original Article as it stood on Merdeka Day read as follows:

"1. (1) The Federation shall be known by the name of Persekutuan Tanah Melayu (in English the Federation of Malaya).

(2) The States of the Federation are Johore, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor and Terengganu (formerly known as the Malay States) and Malacca and Penang (formerly known as the Settlements of Malacca and Penang).

(3) The territories of each of the States mentioned in Clause (2) are the territories of that States immediately before Merdeka Day.".


Art. 1(2):

1. The present Article without Clause (4) was inserted by Act 26/1963, section 4, in force from 16-09-1963 (i.e. when Malaysia was established). Act 59/1966 section 2, in force from 09-08- 1 9 6 5 (i.e. the date Singapore left Malaysia) amended Clause (2) by deleting therefrom paragraph (c) which read as follows:

"(c) the State of Singapore.".

2. The present Clause (2) was substituted by Act A354, section 2, in force from 27-08-1976.This clause before its substitution by Act A354 was amended by Act 26/1963, section 4, in force from 16-09-1963 (i.e. when Malaysia was established) read as follows:

"(2) The States of the Federation shall be—

(a) the States of Malaya, namely, Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor and Terengganu;

(b) the Borneo States, namely, Sabah and Sarawak; and

(c) the State of Singapore.".

Art. 1(3):

The words "Subject to Clause (4),"were inserted before the words "The territories of each of the State" by Act A206, Schedule, in force from 01-02-1974. 

Art. 1(4):

1. The original Clause which was added by Act A206, Schedule, in force from 01-02-1974 (i.e. the date of the establishment of the Federal Territory of Kuala Lumpur) read as follows:

"(4) The territory of the State of Selangor shall exclude the Federal Territory established under the Constitution (Amendment) (No. 2) Act, 1973.".

2. Subsequently this Clause was amended by Act A566. Subsection 2(1), in force from 01-02-1974, by inserting after the figures "1973" the words, "and the Federal Territory shall be a territory of the Federation.".

Subsection 2(2) of Act A566 also provided w.e.f. 01-02-1974 that—

"Any reference in the Consititution and other written law to the Federation, Malaya, Malaysia, the States of the Federation, the States of Malaya, or West Malaysia, however used, whether or not used in conjunction with or as part of another expression, shall be construed to include a reference to the Federal Territory, unless there is express provision to the contrary or there is something in the subject or context inconsistent with or repugnant to such construction.".

3. The above Clause was substituted by Act A585, section 11, in force from 16-04-1984.

4. This Clause was again substituted by Act A1095, section 11, in force from 01-02-2001.


*** Negara Singapura BUKAN DIKELUARKAN daripada persekutuan malaysia tetapi TELAH MENINGGALKAN (9-8-1965 was the date Singapore left malaysia) persekutuan malaysia***

Sekarang, kita merujuk kepada dokumen Memorendum 20 Perkara pula;



Fokuskan kepada Perkara 7

Point 7. Right of secession: There should be no right to secede from the Federation.

Kesimpulannya, Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 adalah satu Perjanjian yang WAJIB DIPATUHI DAN TIDAK BOLEH SESEKALI TIDAK DIPATUHI. Ini jelas dinyatakan dengan penggunaan perkataan "SHALL". Namun, apakah yang sebenarnya telah terjadi??? Yang WAJIB DIPATUHI TIDAK PULA DIPATUHI. Tetapi YANG TIDAK WAJIB DIPATUHI MALAH MEMANG DI TIDAK DIMASUKKAN KEDALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA UNTUK DIPATUHI ITU PULA YANG TELAH DIPAKSA UNTUK DIPATUHI MALAH PIHAK KERAJAAN MENYAMAR INI INGIN MENGAKTIFKAN AKTA HASUTAN 1948 YANG AKAN MEMASUKKAN "ISU PERPISAHAN" DILARANG UNTUK DIBUALKAN.

***Negara Sabah (dahulunya North Borneo) dan Negara Sarawak bersetuju membentuk persekutuan malaysia atas dasar "sukarela" dan telah menandatangani perjanjian malaysia 1963 yang akhirnya dibentuk pada 16 September 1963. 

Negara Sabah dan Negara Sarawak TIDAK PERNAH menandatangani perjanjian persekutuan malaysia yang merdeka pada 31 Ogos 1957.

Oleh itu, akta hasutan 1948 TIDAK BOLEH SESEKALI DILAKSANAKAN KEPADA BANGSA NEGARA SABAH DAN BANGSA NEGARA SARAWAK! Ini kerana, akta tersebut adalah akta yang telah diguna pakai pada kerajaan persekutuan tanah melayu!***

Sekarang anda faham sudah perbezaan "Should" dan "Shall"? Adakah anda dapat kaitkan semua info ringkas dan umum ini untuk kefahaman awal anda???

Semoga pencerahan ini dapat mematikan segala serangan ataupun cubaan daripada sesetengah pihak yang cuba menggunakan isu ini untuk membantutkan Perjuangan dalam menuntut Kemerdekaan yang sebenar di Negara Sabah dan Negara Sarawak.

***Pada masa ini, terdapat dua orang "budak tua" yang sedang mempertikaikan isu ini. Apabila diterangkan dengan baik beserta dengan justifikasi, mereka cuba untuk menafikan malah menuduh pihak kami cuba memutar-belitkan fakta. Justeru, pihak kami tidak akan lagi membuang masa terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka kerana ia adalah sekadar mengganggu fokus perjuangan SSKM-SSU(UK). Kumpulan Hormati Perjanjian Malaysia 1963 (HPM63) diketuai oleh Datuk James Ligunjang telah membuat kenyataan RASMI bahawa beliau tidak terlibat dengan sebarang serangan terhadap SSKM-SSU(UK) yang melibatkan mereka berdua ini (budak tua). Dalam erti kata lain, mereka berdua ini melakukan pertikaian ini atas kapasiti mereka sendiri dan tidak ada kena mengena dengan Perjuangan HPM63. Walaupun HPM63 yang diketuai oleh Datuk James Ligunjang melihat bahawa 20 Perkara ini tidak mempunyai Locus Standi dalam perundangan (menurut pandangan peribadinya) namun beliau menghormati pendirian SSKM-SSU(UK) dan tidak  pernah sesekali merendahkannya. Malah, beliau menyokong dan mengatakan, lakukan cara anda dan pihak kami akan lakukan cara tersendiri kerana misi kita adalah sama iaitu untuk Kepentingan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Harap Maklum***

Monday, 19 January 2015

Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) berhubung dengan Isu Nama Doris Jones yang dipopularkan oleh Dua Orang Rakyat Negara Sabah

Salam sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Kemerdekaan Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk kali ke-52 tahun kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones yang mewakili sebuah kumpulan sosial didalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini sudah bergerak dibawah naungan sebuah Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah berdaftar secara SAH dibawah bidang perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan isu nama saya yang telah dipopularkan oleh dua orang rakyat Negara Sabah.

Dalam kenyataan ini, tidak perlulah pihak kami untuk menyebut nama mereka kerana mereka ini cukup terkenal dengan sikap kebudak-budakkan walaupun umur sudah menunjukkan kematangan. Mereka ini juga sangat terkenal dengan perbuatan yang jelas memalukan diri-sendiri (mungkin disebabkan tidak mengenal erti malu?). Jikalau tidak, rajin-rajinlah bertanya kepada rakan-rakan Facebook tentang siapakah gerangan mereka yang dimaksudkan didalam kenyataan ini. 

Saya Doris Jones dengan bangga ingin mengesahkan bahawa nama sebenar saya adalah Doris Yapp Kim Yuon daripada etnik Sino Kadazan. Saya memiliki sijil kelahiran anak Negara Sabah. Ya, saya adalah peranakan Cina dan Kadazan. Saya menyambut Tahun Baru Cina, Hari Natal, Hari Raya dan Hari Kaamatan.

Satu soalan untuk anda semua, adakah anda nampak sebarang masalah dengan nama, etnik dan perayaan yang disambut oleh saya?

Ingin saya perjelaskan disini bahawa perjuangan ini [SSKM-SSU(UK)] adalah berlandaskan kepada semangat Sabah for Sabahan, Sarawak for Sarawakian dan Borneo for Bornean bersama-sama dengan Pejuang-pejuang Kebangsaan Negara Sabah dan Negara Sarawak yang lain. Ia merangkumi semua etnik di Negara Sabah dan Negara Sarawak. Saya tidak melihat perbezaan etnik ini akan menghalang usaha dalam pembebasan Bangsa Borneo daripada cengkaman penjajahan kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan malaysia.

Mengapa?

Sebab dalam perjuangan ini adalah bertujuan untuk melindungi Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak yang terdiri daripada pelbagai etnik dengan kebudayaannya yang masing-masing unik, yang sebenarnya cuba untuk dilenyapkan dengan satu cara iaitu penyerapan identiti dan penjenamaan etnik baru melalui proses memalayanisasikan Bangsa Borneo. Tindakan ini MESTI DIHALANG SEPENUHNYA agar identiti Bangsa Borneo tidak akan hilang di Dunia ini. Ia adalah tanggungjawab bersama.

Perjuangan ini bukan berlandaskan kepada keutamaan mana-mana etnik tetapi adalah berlandaskan kepada satu BANGSA dalam Negara. Bangsa yang merangkumi kesemua etnik Orang Asal dan yang bukan Orang Asal tetapi mempunyai semangat Sebangsa yang asli. Itulah salah satu misi Perjuangan teras pihak kami.

Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.

Anda lihat, anda baca dan anda sedar bahawa sejak kebelakangan ini, terdapat provokasi kebudak-budakkan yang dibelakangi oleh individu-individu yang luarannya nampak matang namun dalamannya sungguh kurang matang dan tidak professional. Diselebungi dengan emosi yang tidak stabil, penuh dengan kedengkian, dan tidak salah dilabelkan sebagai duri dalam daging. Tapi syukur, kerana mereka sudah pun dikenalpasti dan kini rakyat sendiri telah mampu melihat dan menilai rentak perjuangan mereka yang berusaha untuk menikam daripada depan dan belakang bagi melumpuhkan semangat perjuangan Bangsa Borneo.

Punca kepada provokasi ini menurut kefahaman kami adalah disebabkan apabila pihak kami terus mempertahankan pendirian dengan hujah serta justifikasi yang jelas bahawanya 20 Perkara itu adalah salah satu bukti yang telah memperlengkapkan Perjanjian Malaysia 1963. Ini kerana 20 Perkara adalah satu memorendum yang telah dihantar kepada pihak IGC oleh lima buah badan parti politik Negara North Borneo (kini dikenali sebagai Sabah) untuk diberikan perhatian lebih agar ia dimasukkan kedalam Perjanjian Malaysia. Namun Perkara 7 tidak dipersetujui kerana ia, menurut kebijaksanaan Lord Landsdowne (Pengerusi Inter-Governmental Committee-IGC), pembentukkan persekutuan malaysia ini adalah berdasarkan kepada "kerelaan" masing-masing. Atas sebab itu, tidak perlu dimasukkan larangan untuk berpisah kerana Negara Sabah (dahulunya North Borneo) dan Negara Sarawak mempunyai HAK MUTLAK untuk menamatkan persekutuan dengan malaya dalam persekutuan malaysia ini "pada bila-bila masa" sahaja tanpa sebarang halangan mahupun sekatan.

Pihak kami akan menggunakan Dokumen Kolonial British, Laporan Suruhanjaya Cobbold, 18 & 20 Perkara, Laporan IGC dan Perjanjain Malaysia 1963 sebagai bukti yang akan digunakan bagi menjustifikasikan kepada Pemisahan daripada Persekutuan Malaysia ini. Manakala pihak yang menentang pendirian kami ini mengatakan bahawa mereka akan "HANYA" menggunakan Perjanjian Malaysia 1963 sahaja. Namun perjuangan mereka hanyalah untuk terus kekal didalam persekutuan malaysia dengan hanya memperbetulkan konsep yang seharusnya dipraktikkan oleh negara anggota dalam persekutuan malaysia. Jadi, jelas sudah perbezaan yang nyata daripada pihak penentang dengan perjuangan pihak kami yang sudah nekad dalam keputusan dan percaya bahawa selagi Negara Sabah dan Negara Sarawak bersekutu dengan malaya dalam persekutuan malaysia, selagi itulah masa depan Bangsa Borneo iaitu Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak tidak akan terjamin malah penindasan itu akan menjadi sesuatu yang tidak dapat digambarkan nanti melalui kata-kata.

Semoga pencerahan ini mampu menerangkan segala kekeliruan yang timbul daripada provokasi murahan golongan itu yang sekadar ingin mendapatkan perhatian sahaja demi mempromosikan diri agar mendapat sokongan pada PRU14. Orang Sabah cakap, kirim salam sajalah.

Sebelum mengakhiri kata-kata dalam kenyataan ini, ingin saya mengucapkan Selamat membuat persiapan dalam menyambut Tahun Baru Cina kepada semua etnik Cina daripada Negara Sabah dan Negara Sarawak. Semoga ikatan kekeluargaan akan bertambah erat dan rezeki akan lebih melimpah-limpah pada tahun ini. 

Join The Fight!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...