Sunday 14 September 2014

Ramai Menolak TAPI Majoriti MENYOKONG

Pihak SSKM ingin mengulas komen dibawah ini... Sila baca dulu...

"Menuntut hak Sabah dan Sarawak tidak salah. Tapi yg ditolak adalah laungan `keluar` dari Malaysia. 

SSKM juga ditolak kerana menanam kebencian kepada rakyat Semenanjung/Malaya. Sedangkan ianya patut ditujukan pada pihak berkuasa. Ini dapat dilihat pada komentar pembaca yang menaruh prejudis dan kebencian melampau terhadap warga semenanjung.

Majoriti rakyat Sabah dan Sarawak menjadi contoh kepada penolakan sifat perkauman. Namun SSKM dan page berkaitan menabur prasangka negatif terhadap manusia lain(yang tidak perlu) atas dasar keturunan dan asal usul semata-mata(yakni Tanah Malaya). Ini dinamakan perkauman juga.

Disebabkan itu saya percaya sebahagian besar rakyat Sabah dan Sarawak menolak SSKM dan kumpulan berkaitan. Hak perlu dituntut tetapi kenapa sehingga tegar menghasut perpecahan dalam negara.

Jika anak Sabah dan Sarawak memilih untuk perjuangkan dengan cara yang betul, jangan terkejut jika rakyat dari Semenanjung yang menetap dan melihat sendiri kedaifan pembangunan di Sabah dan Sarawak akan turut menyokong anda.

Itulah beza antara pejuang atas dasar kebenaran dan pejuang atas dasar kebencian."


Pihak SSKM tidak menanam kebencian terhadap orang malaya. Apabila merujuk kepada konteks perjuangan ini, Admin kerap kali mengatakan "pemimpin malaya". Sekali lagi, "pemimpin malaya".

Dalam perjanjian malaysia yang dimetrai dengan tandatangan, setiap pemimpin negara telah menurunkan tandatangan masing-masing. Apabila kenyataan digunakan seperti "malaya", ia merujuk sepenuhnya kepada pemimpin-pemimpin malaya secara khusus dalam kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi malaysia.

Perjuangan ini bukan soal kebencian semata-mata tetapi adalah kemarahan yang sudah sampai ke tahap limit nya dan kini inilah hasilnya... Bercakap mengikut kematangan dan professional, sudah ada banyak usaha dilakukan melalui saluran yang betul tetapi adakah kerajaan bersedia mendengar atau memberi peluang untuk perkara itu didengari? Tidak.

Adakah perjuangan SSKM berlandaskan kepada perkauman? Itu adalah satu dakwaan jahat dan tidak benar. Perjuangan SSKM melangkaui soal perkauman mahupun agama kerana apa yang diperjuangkan dalam SSKM adalah untuk semua kaum/etnik dan agama di Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Ramai Menolak TAPI Majoriti MENYOKONG

Tidak dinafikan ramai yang menolak ideologi perjuangan ini kerana golongan ini sebenarnya mempunyai konteks pemikiran yang sempit serta negatif. Ditambah lagi dengan terpengaruh ideologi politik malaya yang berlandaskan kepada ketuanan melayu dan rasis telah meresap dalam pemikiran golongan ini. Atas sebab itulah, apa-apa perubahan yang sebenarnya membawa kebaikan untuk Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak telah dinilai, dihakimi dan didebatkan secara negatif dalam lingkungan konteks ideologi malaya yang jelas menanam perasaan takut dan hormat kepada bangsa malaya secara menyeluruh dan khususnya kepada pemimpin-pemimpin malaya.

Inilah yang sebenarnya maksud "Minda Terjajah" kerana tidak berkemampuan untuk berfikir jauh secara positif dalam pelbagai aspek sebagai sebuah Bangsa Yang Merdeka Dan Berdaulat!

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...