Tuesday 9 September 2014

Reaksi parti-parti Politik di Negara Sabah dan Negara Sarawak terhadap isu (sebelum) pembentukan Malaysia

Apabila mengkaji semula bagaimana reaksi pemimpin-pemimpin parti parti politik di Negara Sabah dan Negara Sarawak sebelum terbentuknya Persekutuan Malaysia, ia jelas terang lagi bersuluh bahawanya segala kekhuatiran mereka dahulunya kini telah menjadi realiti. Namun, apa yang menjadi kesedihan kepada Generasi Muda dikedua-dua negara Borneo iaitu Negara Sabah dan Negara Sarawak ialah pemimpin-pemimpin Borneo kini sudah lagi tidak menghiraukan masalah-masalah ini. Mereka kini nampaknya lebih bersifat defensif malah mengagungkan Ketuanan Malaya keatas bumi Sabah dan Sarawak.

Untuk memahami secara ringkas, sila lihat penjelasan ringkas dibawah ini.

SUPP
Bimbang Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Persekutuan Tanah Melayu.

PESAKA, SNAP, UNKO
Orang bukan Melayu dan kaum peribumi bimbang akan kehilangan identiti dan dikuasai orang Melayu. Semua parti politik di Sarawak dan Sabah kecuali BERJASA. Inginkan kemerdekaan terlebih dahulu.

PESAKA, SNAP, UNKO, 
Bimbang sumber ekonomi Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu(kuasa pusat).

PANAS, BERJASA, USNO
Membangkitkan isu kemajuan ekonomi dan sosial.

Kebimbangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang penguasaan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu keatas kedua-dua negera ini telah lama dibangkitkan.

Ini bukanlah isu yang baru dan kebimbangan ini memang ada asasnya melihatkan senario dan penguasaan pelbagai sumber amat merugikan dan tidak adil pada kedua-dua negera Sabah dan Sarawak.

Justeru, adakah ia menjadi kesalahan untuk berlaku Kebangkitan Nasionalisme di Borneo? Dengan pendedahan seumpama ini, adakah ia adalah kategori "Hasutan" yang boleh membawa ketidakharmonian? Siapakah yang terlebih dahulu mewujudkan ketidakpercayaan Generasi-generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak kini?

Jawapannya adalah Kerajaan Malaya yang menyamar menjadi Kerajaan Persekutuan Malaysia dengan bantuan boneka daripada pemimpin Tempatan di Kedua-dua Negara Borneo, Sabah dan Sarawak.

Source: Ckg Idreez

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...