Sunday 14 September 2014

Tolak Parti-parti malaya di Bumi Borneo!

Pemimpin yang wujud sekarang ini adalah hasil daripada sokongan undi yang diberikan. Jikalau tiada undi yang diberikan, mereka itu hanyalah orang biasa.

Sebab itu apabila hendak membuang undi, fahami terlebih dahulu dasar (asas) perjuangannya. Bukan kita undi pemimpin tersebut kerana diberi duit, zink, tangki biru dan macam-macam. Hasil daripada tindakan nanti, inilah yang terjadi.

Tolak ideologi politik malaya kerana mereka hanya ingin mempergunakan kuasa undi Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk terus kekal di Putrajaya. Sama ada umno-bn dan pr adalah sama. Pkr adalah pecahan umno yang tersisih tetapi memiliki mentaliti yang sama.

Di Borneo ini, hanya parti Politik Tempatan sahaja yang layak bertanding dan rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak WAJIB memfokuskan kepada parti tempatan sahaja. Sama ada pembangkang atau kerajaan. Yang penting parti tempatan. Ini kerana ideologi politik parti tempatan khasnya untuk rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak. Maka perjuangannya hanya memfokuskan kepada Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Demikian juga perjuangan politik parti-parti malaya iaitu untuk orang malaya. Apabila mereka mengatakan untuk rakyat malaysia, mereka sebenarnya bermaksudkan rakyat malaya. Kenapa? Kerana malaya kini sudah menganggap diri mereka adalah malaysia dan bukan lagi malaya.

Bangsa kita, Negara Sabah dan Negara Sarawak terperangkap dalam permainan politik ini.

Sekarang anda sudah faham?

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...