Friday 5 September 2014

"BANGSA MALAYSIA" yang "SEBENAR"

Bermula daripada tahun 1990an, kerajaan persekutuan telah memulakan doktrinasinya (proses pengajaran) mengenai bangsa malaysia yang terdiri daripada kaum melayu, cina, india dan "lain-lain". Setelah berfikir untuk perkara ini, saya telah menyedari bahawa betapa kejinya permainan pemimpin malaya yang cuba menghapuskan identiti rakan-rakan senegaranya melalui proses malayanisasi terhadap rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Untuk pengetahuan umum, sebenarnya Persekutuan Malaysia terdiri daripada EMPAT BANGSA UTAMA ialah Bangsa Negara Sabah, Bangsa Negara Sarawak, Bangsa Negara Singapura dan Bangsa Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Setiap Negara dalam persekutuan malaysia ini terdiri daripada pelbagai etnik.

Di Negara Sabah, Bangsanya terdiri daripada lebih 37 etnik. Bermula daripada etnik majoriti sehinggalah kepada minoriti iaitu etnik KadazanDusunMurutRungus, Bajau, Suluk, Cina dan seterusnya.

Di Negara Sarawak pula, Bangsanya terdiri daripada lebih 41 etnik. Sama seperti Negara Sabah iaitu bermula daripada etnik majoriti kepada etnik minoriti. Etnik Majoriti iaitu Dayak (Iban, Bidayuh), Cina, Melanau dan seterusnya.

***Perlu diingatkan bahawa etnik Majoriti tidak bermaksud mereka adalah 1st Class dalam sesebuah negara tetapi peranan etnik majoriti adalah untuk melindungi dan membantu etnik minoriti serta bersama-sama dengan etnik yang ada dalam sesebuah negara membangunkan serta memajukan negara dengan semangat Kebangsaan untuk Negara yang didiami***

Di Negara singapura pula ia terdiri daripada 3 etnik utama iaitu Cina, melayu, India manakala di Persekutuan tanah melayu (malaya), majoritinya ialah etnik melayu, cina, india dan seterusnya.

Adalah TIDAK BETUL jikalau mengatakan bahawa malaysia terdiri daripada 3 etnik yang majoriti/terbesar iaitu melayu, cina dan india. Jikalau kenyataan seumpama ini dibuat, ia sebenarnya merujuk kepada bangsa persekutuan tanah melayu (malaya).

Ia adalah TEPAT apabila membuat kenyataan mengenai Bangsa Persekutuan malaysia sebagai sebuah persekutuan Negara yang mempunyai Empat Bangsa Utama iaitu;

1. Bangsa Negara Sabah.
2. Bangsa Negara Sarawak.
3. Bangsa Negara Singapura.
4. Bangsa Persekutuan tanah melayu (malaya)

Inilah yang sepatutnya diajar dalam subjek sejarah untuk topik Kenegaraan tetapi sayang sekali kerana malaya sebenarnya TIDAK MAHU perkara kefahaman seperti ini diketahui kerana mereka seperti yang kita sedia maklum mempunyai agenda tersembunyi iaitu "Ingin dan Sedang Menjajah Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak" melalui pendidikan sejarah yang salah.

Maka tepatlah kata-kata seorang ilmuan Timur Barat yang mengatakan bahawa "jikalau anda ingin menghancurkan sesuatu Bangsa dan Negara, anda perlu Putar-Belitkan sejarah Asal-usul Bangsa Mereka agar identiti mereka sebenar tidak diketahui oleh generasi-generasi muda dan akan datang. Dengan itu, mudahlah penguasaan terhadap bangsa tersebut."

Ini adalah pandangan dan kefahaman saya secara peribadi. Jikalau anda tidak bersetuju, itu HAK anda. Dan jikalau anda bersetuju dan ingin kongsikan pandangan ini, itu HAK anda juga. Jikalau anda telah mentafsirkan pandangan ini sebagai "Menghasut", maka saya dengan penuh tegas mengatakan bahawa "Saya TIDAK BERTANGGUNGJAWAB" terhadap persepsi anda kerana tujuan pandangan ini dikongsikan adalah ingin membuka mata Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak dalam satu sudut yang berlainan daripada yang lain khususnya kepada Generasi Muda di kedua-dua Negara iaitu Negara Sabah dan Negara Sarawak.. 

Harap maklum.

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...