Friday 5 September 2014

Dimanakah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) sekarang?

Satu persoalan yang harus diajukan kepada semua generasi muda terutamanya daripada seberang iaitu di Semenanjung Tanah Melayu (Malaya DAN BUKAN MALAYSIA)... Dimanakah sudah sebuah kerajaan yang pernah Merdeka dan Berdaulat yang disambut pada 31 Ogos 1957 itu menghilang? Dimanakah sudah Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu? Kerajaan yang ada sekarang ialah "Persekutuan Malaysia" yang mana ia ditubuhkan oleh EMPAT buah Negara yang Merdeka dan Berdaulat iaitu Negara Sabah, Negara Sarawak, Negara Singapura dan Negara Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Tetapi mengapa ia terus menghilang sebaik sahaja selepas menubuhkan "Persekutuan Malaysia" pada 16 September 1963???

Wasiat merupakan satu mesej yang penting dan tidak boleh ditokok tambah mahupun dikurangkan. Tujuh wasiat ini diperbuat dan diwartakan pada 5 Ogos 1957. Pada waktu itu, Persekutuan Malaysia belum lagi wujud mahupun terbentuk.

Wasiat Pertama telah ditokok tambah dengan menyatakan dalam kurungan "sekarang dikenali sebagai Malaysia"

Wasiat Ketujuh juga telah ditokok tambah dengan menyatakan dalam kurungan "kemudian ditambah dengan kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak".

Persoalan ini harus dijawab dengan jujur oleh kerajaan malaya yang menyamar menjadi kerajaan malaysia. Jikalau asas sejarah ini telah ditokok tambah, adakah ia boleh dikatakan sejarah asli? Jawapannya, ia adalah sejarah auta! Dengan mengubah fakta sejarah yang lepas, ia tidak boleh lagi disebut atau dijadikan bahan sejarah kerana ia tidak memberikan maksud dan pengajaran yang seharusnya dipelajari oleh sesuatu bangsa. 

Tujuh wasiat Raja-Raja Melayu

Ketujuh-tujuh wasiat itu adalah seperti berikut:-

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara (Persekutuan Tanah Melayu) ini. 

5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan (Persekutuan Tanah Melayu)

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan (Persekutuan Tanah Melayu) ialah BAHASA MELAYU. 

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN di (Persekutuan Tanah Melayu)

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...