Tuesday, 21 October 2014
Tuesday, October 21, 2014
Exposing the Truth
,
History
,
Sabah Sarawak Union (SSU)
,
Sarawak
No comments
The Original Constitution of Sarawak
Perlembagaan Asal Negara Sarawak menggunakan gelaran "Governor" untuk merujuk kepada Ketua Negara Sarawak yang tertinggi. Untuk Dewan Undangan pula, Kerajaan Negara Sarawak menggunakan Council Negri.
Namun, pindahan demi pindahan telah dibuat bertujuan untuk menghilangkan identiti Sarawak sebagai sebuah Negara. Kini, ia telah menampakkan keadaan yang mana Sarawak kehilangan identiti uniknya sebagai sebuah Kerajaan yang Merdeka dan Berdaulat semasa Zaman Pemerintahan Kerajaan Brooke.
Walau bagaimanapun, melihat kepada keadaan sekarang, Kerajaan Negara Sarawak dalama momentum untuk memperbetulkan kesilapan pemimpin-pemimpin terdahulu.
Tuesday, October 21, 2014
Constitutional
,
Exposing the Truth
,
Fact
,
History
,
Sabah
,
Sabah Sarawak Union (SSU)
,
SSKM
No comments
The Original Constitution of Sabah (Formerly known as North Borneo)
Ramai yang mempertikaikan dan mengatakan bahawa Sabah bukan "Negara". Disini, pihak SSKM dedahkan tentang Perlembangaan Asal Sabah. Dalam perlembagaan ini, Perkataan "Yang Di-Pertua Negara" sangat kerap disebut.
Perlembagaan ini juga merujuk kepada perjanjian malaysia yang dicapai pada 9 Julai 1963 yang telah ditandatangani di London. Perlembagaan ini merupakan dokumen rasmi yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia.
Sekarang, anda masih mengatakan bahawa pihak SSKM hanya bercakap kosong? Mengapa mahu menafikan kebenaran yang menentang perjuangan yang membawa kepada kesejahteraan rakyat Negara Sabah?
Anda fikirkan sendiri dan mohon sebarkan...
Monday, 20 October 2014
Monday, October 20, 2014
Agreement of Malaysia
,
Federation of Malaysia 16 September 1963
,
Mosik
,
Nationalist
,
Sabah
No comments
Tiada Sebab Mengapa Status Sabah Sarawak sebagai Negara Tidak Boleh Dipulihkan
KOTA MARUDU: "Tiada sebab dan alasan mengapa status Sabah Sarawak sebagai negara tidak boleh dipulihkan walaupun sudah 51 tahun penubuhan Persekutuan Malaysia. Jika regim Malaya mengambilnya, Sabahan dan Sarawakian berhak mendapatnya semula," kata Jebon Janaun, Presiden Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK) dalam satu kenyataan.
Menurutnya, jika regim Malaya sebelum ini telah menurunkan status Sabah dan Sarawak daripada sebuah negara kepada sebuah negeri yang sama taraf dengan negeri-negeri di Malaya, status itu perlu dipulihkan semula sesuai dengan persetujuan dan persefahaman asal. Persekutuan Malaysia dianggotai empat negara yang merdeka dan berdaulat, iaitu Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak yang telah diisytiharkan pada 16 September 1963, namun Singapura kemudiannya disingkirkan pada 9 Ogos 1965.
Namun, status Sabah dan Sarawak sebagai negara itu perlahan-lahan diturunkan sehingga akhirnya telah diturunkan sepenuhnya pada 27 Ogos 1976, apabila berlaku pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Sabah dan Sarawak sama taraf dengan negeri-negeri di Malaya.
"Ini tidak patut dan amat tidak wajar kerana persetujuan penubuhan Malaysia tidak dipatuhi. Maknanya, Perjanjian Malaysia itu tidak dihormati dan dilaksanakan oleh regim Malaya. Oleh sebab itu, status Sabah dan Sarawak sebagai negara itu perlu dipulihkan oleh people power," katanya meminta supaya Persekutuan Malaysia yang ada sekarang distrukturkan semula mengikut terma dan syarat persetujuan asal.
Status Sabah dan Sarawak sebagai negara itu itu amat penting kerana dengan adanya status itu, Sabah, Sarawak, dan Malaya (selepas Singapura disingkirkan) merupakan rakan kongsi sama taraf dan sama rata serta mempunyai entiti yang berasingan dalam Persekutuan Malaysia.
"Status Sabah dan Sarawak sebagai negara itu perlu dipulihkan untuk membolehkan Sabah dan Sarawak berkerajaan sendiri atau berautonomi penuh dalam pemerintahan dan pentadbiran, selain menguruskan hal-ehwal ekonomi, " katanya dengan menegaskan bahawa tiada sebab mengapa perjanjian penubuhan Malaysia 1963 tidak boleh dihormati, dihargai, dan dipatuhi jika ingin Persekutuan Malaysia diteruskan.
Menurutnya, ancaman, ugutan, ataupun tirai besi tidak akan menghalang dan mematahkan perjuangan ini kerana perjuangan ini benar dan berlandaskan kebenaran. Sama ada cepat atau lambat Sabahan dan Sarawakian lambat menerima kebenaran bahawa Sabah, Sarawak, dan Malaya rakan kongsi sama taraf serta entiti yang berasingan dalam Persekutuan Malaysia, namun pada akhirnya perjuangan ini akhirnya akan mencapai kemenangan.
Jebon Janaun
Presiden Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK)
Kota Marudu
20 Oktober 2014
Jangan ambil remeh usaha Sabah keluar Malaysia
KOTA TINGGI: Pemuda PAS Sabah memandang serius terhadap usaha yang cuba mengeluarkan Sabah daripada Gagasan Malaysia.
Perwakilan Pemuda PAS dari Sabah ketika berbahas ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Malaysia mengingatkan tindakan ini perlu diberikan perhatian yang khusus semua pihak termasuk PAS sendiri.
"Kami di Sabah sekarang berdepan dengan satu gerakan terang-terang yang cuba mengeluarkan Sabah daripada Malaysia.
"Usaha ini amat serius dan perlu diberi perhatian kerana ia bukan lagi diperingkat rancang tetapi sudah sampai ke peringkat antarabangsa," ucap beliau pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia Kali ke-55 di Dewan Choon Moi.
Jelas perwakilan Sabah itu lagi, Pemuda PAS Sabah menentang tindakan tersebut dan akan menghalang usaha mengeluarkan Sabah dari Malaysia.
"Alasan untuk keluar dari Malaysia ini adalah kerana layanan berat sebelah dari soal pembangunan jika dibandingkan Sabah dengan negeri-negeri lain di semenanjung.
"Kita telah 57 tahun merdeka dan 51 tahun di dalam Malaysia tetapi pembangunan di Sabah jauh ketinggalan, malah menyamai zaman sebelum merdeka," ucap beliau.
Tambah beliau, walaupun Sabah merupakan penyumbang kepada ekonomi negara, namun hasil yang diberikan kepada negeri itu tidak dapat menampung untuk pembangunan Sabah.
"Kerajaan Pusat menganaktirikan Sabah dan menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati, berusaha mengeluarkan Sabah dari Malaysia.
"PAS perlu bertindak bagi memastikan usaha ini gagal, kami tidak mahu Sabah keluar dari negara yang kita cintai," sambung beliau lagi. – HARAKAHDAILY 17/9/2014